Sabtu, 3 Januari 2015

Insafi diri


           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        karena syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       karena syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

    

Teruskan

Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan  Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

            Sahabat2ku:

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga 
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
            sedikitpun,
  padahal aku tahu saat ini
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Kuasai marah

Buat renungan : Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

     

Salam maulidur rasul

Rasulullah ada dlm diri mu

Jika benar dlm diri mu ada Rasulullah

Nescaya jiwamu hanya mencintai Tuhan Mu

Nescaya ruhmu bermusyahadah dgn Tuhan Mu

Nescaya khusyu dan fana ruh mu pd Tuhan mu

Nescaya hidup mu bagaikanYatim piatu disisi Tuhan mu

Nescaya Allah tempat engkau bergantung hidupmu

Nescaya Allah amat membahagiakan mu

Nescaya Allah amat menenangkan mu

Jika benar Rasulullah ada dlm diri mu

Nescaya engkau akn miliki kesucian jiwa yg mulia

Nescaya engkau miliki sifat yg amat penyayang

Nescaya besar dada mu dgn kemaafan

Nescaya lemah lembut sifat mu,

Nescaya indah bahasa mu 

Nescaya tiada dusta, nista apa lg fitnah pd lidah mu.

Nescaya indah akhlak pergaulan mu

Nescaya jujur dan ikhlas tindakan mu

Nescaya tinggi kesabaran mu

Nescaya kental dan berani diri mu

Nescaya bijaksana pemikiran mu

Nescaya tiada berundur utk tegakkan kebenaran

Nescaya tangkas menunggang kuda perjuangan

Nescaya menghulur pedang demi pertahankan amanah Tuhan pd siapa yg mahu menanggalkan.

Jika benar dlm diri mu ada Rasulullah

Nescaya engkau tidak sebarkan keaiban org lain malah menutupnya

Nescaya engkau tidak mudah menghukum walaupun engkau boleh menghukumnya

Nescaya engkau tidak mendoakan pd sesiapa utk keburukannya

Nescaya engkau mahu seluruh insan diampuni Tuhannya

Nescaya engkau dahului dakwah bil hikmah demi kasihnya

Jika benar dlm diri mu ada Rasulullah

Nescaya tangan mu menyayangi

Nescaya simiskin dikenyangi

Nescaya yatim diusapi

Nescaya kaum teraniaya dibelai

Nescaya para warisnya di takzimi

Nescaya ibu,ibu, ibu dipeluki

Nescaya bapa amat disantuni

Nescaya para suami disultani

Nescaya para isteri dilindungi

Nescaya para anak dibelai sari

Nescaya kaum zalim akn dikuburi

Nescaya alam dirahmati

Hidupkan Rasulullah dalam diri mu dgn cinta

Nescaya Allah akn mencintai mu

Nescaya langit akn menaungimu

Nescaya bumi akn berkahi mu

Nescaya tanah muliakan jasad mu

Nescaya arsy dan mahfuz mencatat nama mu

Nescaya di padang masyar awam melindungi mu

Nescaya al kautshar menjadi minuman mu

Nescaya syafaatnya akn dilimpah pd mu

Nescaya syurga menjd kediaman mu

Nescaya Rasulullah akn dipertemukan mu

Nescaya yg dicinta akn bersama dgn mu

12 rabiul awal akn sentiasa hidup dan hidup

Sebagai sejarah yg mengegar alam buana

" Sesungguhnya telah datang kepada mu seorang Rasul drp golongan kamu sendiri (iaitu nabi Muhammad saw) yg mengambil berat di atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang bagi orang beriman" ( at-taubah ayat 128)

Wallahu a'klam.

Rabu, 24 Disember 2014

Pelaburan emas

Beli Emas Dapat Duit Setiap Bulan

“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.”

Ada beberapa cara terlibat dalam pelaburan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup. Antaranya:

1. Emas Fizikal

Beli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas.

Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.

2. Akaun Pelaburan Emas

Beli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.

Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.

3. Emas + Ar-Rahnu

Kalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah.

Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.

4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa Malaysia

Setahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual beli di Bursa Malaysia. Wah Chan dan Habib Jewels masih Sdn Bhd. (Kalau saya tertinggal syarikat berhad dalam industri emas yang didagangkan di Bursa, tolong beritahu saya ya dalam ruang komen.)

Syarikat Poh Kong merupakan penjual emas dan barang kemas paling besar di Malaysia dan mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara. Beli saham Poh Kong Holdings Berhad dan kita berpeluang mendapat capital gain dari harga saham dan juga dividen tahunan.

Saya ulang, dividen tahunan.

5. Skim Cepat Lingkup

Caranya, beli emas dapat dividen, duit dan pulangan x% setiap bulan.

Ini skim cepat lingkup. Emas fizikal tak beri dividen. Akaun pelaburan emas pun tak beri sebarang dividen. Kalau nak dapat dividen pun kena beli saham macam syarikat Poh Kong yang tersenarai dengan Bursa Malaysia untuk tujuan tersebut, tapi itu bukan beli emas tapi beli saham.

Kalau syarikat berkaitan emas yang paling besar pun cuma berani dan mampu beri dividen tahunan sahaja, kenapa boleh ada syarikat biasa-biasa yang nak janjikan pulangan dividen setiap bulan? Ia tidak masuk akal. Syarikat sebegitu adalah musang yang sedang membela ayam.

Apa yang sebenarnya syarikat sebegini jual? Emas ke saham?
Jika emas, mana emasnya? Jika emas tiada, emas tak boleh kita ambil maka itu sudah jadi transaksi / pelaburan haram di sisi Islam.
Kalau saham pula, adakah ia tersenarai di Bursa Malaysia atau mana-mana bursa saham lain ?
Apakah operasi sebenar syarikat tersebut? Terlibat dalam jual beli emas macam Poh Kong, Habib dan Wah Chan atau cuma sedang menipu orang ramai, penjawat awam dan makcik-makcik di kampung?
Tergoda Dengan Janji Untung Tetap Bulanan

Modus operandi skim cepat lingkup bermula dengan model “pelaburan” semudah operasi skim Pak Man Telo dan Labu Peram. Kemudian disusuli skim forex, futures market, CPO, ternak lembu, rumpai laut, jala ikan, MLM dan kini pelaburan emas.

Tak percaya?

“Takkan dia tipu pula, sebab saya masih dapat duit tiap-tiap bulan !” ujar seorang pegawai kerajaan.

Ok. Tiada masalah.

Pergi lah habiskan semua duit simpanan, duit simpanan nak pergi haji, pecahkan tabung anak, gadai tanah, buat pinjaman bank, minta duit & paksa emak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua masuk dan jumpa peneroka Felda dan orang kampung untuk terlibat dalam skim yang sama.

Pergi buat apa yang patut untuk terlibat dalam skim macam ni. Pergi buat untuk jadi kaya dengan jalan menipu. Teruskan mengikis duit orang lain.

Saya dah tegur dan ingatkan skim cepat lingkup sebegini melalui siri seminar, ceramah dan bengkel dan hari ini melalui blog. Saya cuma nak selamatkan diri saya, keluarga dan kalian yang mahu percaya sahaja.

Sabtu, 13 Disember 2014

Dulu dan kini

Kejar Kebendaan Tergadai Kebahagiaan

Dalam masyarakat Melayu sebelum merdeka atau lebih awal dari itu,
orang-orang Melayu umumnya belum begitu maju. Mereka tinggal di
kampung - kampung. Hidup mereka kebanyakannya sebagai petani, nelayan dan kerja-kerja kampung biasa seperti bercucuk tanam dan menternak ayam
itik, membela kambing, lembu dan kerbau.

Mereka mundur dalam pelajaran dan dalam ilmu pengetahuan terutamanya
ilmu yang berbentuk duniawi. Ilmu yang mereka pelajari terhad kepada membaca Quran, fardhu ain dan sedikit-sedikit ilmu agama lain yang diajarkan oleh tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung.

Kerana adanya pimpinan dan asas-asas agama ini dan kerana mereka tidak terlalu terdedah dengan hal-hal dunia dan tidak terlalu mengejar dunia, maka fahaman dan roh Islam mereka tebal. Cara hidup mereka banyak melambangkan ukhwah dan cara hidup Islam. Wujud kasih sayang, kesatuan, perpaduan, kerjasama dan rasa bersama di kalangan mereka. Mereka hidup saling bantu-membantu. Satu kampung itu ibarat sebuah keluarga yang besar. Masing-masing berkasih sayang dan rasa bertanggungjawab terhadap satu sama lain. Kalau ada orang yang bertandang ke rumah orang lain dan
dilihatnya atap rumah orang itu bocor, maka tanpa perlu diminta, dia akan terus membaiki atap tersebut. Atau kalau dilihatnya tangga rumah orang itu patah, maka dia akan terus memperbaikinya. Dirasakannya bahawa rumah orang lain itu seperti rumahnya sendiri.

Kalau ada kaum ibu yang datang menziarah dan kebetulan tuan rumah sedang menganyam tikar ketika itu, maka dia pun terus duduk dan sama-sama menganyam tikar itu sambil mereka berbual-bual.

Di kala musim buah, sama ada rambutan, manggis, jambu, kundang, kuinin,
pulasan dan sebagainya, semua pokok yang berbuah jadi hak bersama tidak
kira pokok siapa. Semua orang kampung boleh datang makan buah di pokok sampai kenyang dengan syarat tidak dibawa balik ke rumah (kerana itu sudah dianggap tidak manis atau tidak beradab).

Kalau ada orang yang menangkap atau menimba ikan dan dapat banyak ikan,
semua ikan itu akan diagih-agihkan kepada semua keluarga. Ikan itu tidak dijual atau dikomersialkan.

Tok-tok lebai dan tok-tok guru kampung mengajar agama secara percuma.
Tidak ada orang mengambil upah atau mengenakan yuran kepada murid-murid
mereka. Malahan, tok-tok lebai dan tok-tok guru itu pula yang mengeluarkan belanja untuk makan minum murid-muridnya itu.

Kalau ada anak-anak yang nakal atau yang berbuat salah, sesiapa sahaja
yang nampak boleh memarahi atau kalau perlu memukulnya untuk mengajarnya. Tidak payah tunggu ayahnya sendiri bertindak. Anak-anak di kampung dirasakan sebagai anak bersama dan semua orang kampung bertanggungjawab mendidik mereka. Tindakan ini tidak akan mencacatkan hati ayah atau ibu anak-anak berkenaan malahan mereka merasa bahagia kerana ramai yang mengambil berat tentang anak mereka. Kanak-kanak yang nakal itu pula takut untuk mengadu kepada ayahnya kerana kalau mengadu,
selalunya ayahnya akan tambah lagi dengan sebatan.

Boleh ada dalam satu kampung semua golongan, iaitu golongan kaya, golongan pertengahan dan golongan miskin. Ini tidak berlaku sekarang. Taman-taman perumahan sekarang ini dibina berasingan. Ada taman untuk golongan kaya, ada taman untuk golongan pertengahan dan ada taman untuk
golongan miskin.

Dahulu, kalau ibu bapa menghantar anak mengaji Quran, mereka hadiahkan kepada guru sebatang rotan sambil berkata, "Kalau anak saya nakal, rotanlah dia dengan rotan ini." Sekarang merotan murid sudah jadi satu pantang-larang.

Kalau ada orang berjalan-jalan tidak pakai songkok dianggap kurang adab.
Sekarang, tidak pakai songkok sudah jadi satu budaya bahkan ulama pun jalan bergondol kepala.

Dahulu, orang-orang perempuan terutama perempuanperempuan muda, tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Sekarang, keluar rumah
seorang diri atau ditemani oleh orang lain yang bukan saudara sudah menjadi perkara biasa. Jalan berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan muhrim sudah jadi budaya.

Dahulu, dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak bertemu, lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang, belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan, betapa pula setelah bertunang.

Hidup ketika itu bergotong-royong dalam semua hal sama ada dalam mengadakan majlis kenduri, menanam dan menuai padi, membina rumah dan sebagainya. Sekarang ini, semuanya perlu diupah kerana hidup nafsi-nafsi yang telah membudaya dan menebal.

Kalaupun ketika itu ada orang yang berbuat maksiat seperti berjudi dan
sebagainya, mereka menyorok-nyorok takut dilihat dan diketahui orang. Sekarang orang berbuat maksiat terang-terangan. Mereka megah pula dengan
maksiat itu.

Orang-orang alim dan para guru sangat dihormati dan disegani. Alim ulama
selalu diziarahi orang. Orang ramai selalu membawa hadiah untuk guru-guru. Sekarang orang tidak peduli.

Anak-anak muda kampung yang bekerja sebagai askar atau polis, kalau mereka balik bercuti, bukan sahaja akan menziarahi ibu bapa mereka bahkan juga tuan-tuan guru dan orang-orang penting kampung. Kalau tidak, dia dianggap tidak beradab. Sekarang ziarah ibu bapa sahaja, orang lain tidak.

Demikianlah hidup masyarakat Melayu sebelum merdeka. Sungguh indah, sungguh manis, sungguh tenang dan sungguh bahagia.

Sekarang ini setelah merdeka, orang Melayu sudah maju sedikit. Tidaklah
maju sangat tapi majulah sedikit dari dahulu. Pelajaran dan ilmu terutama ilmu dunia sudah bertambah. Taraf ekonomi juga sudah meningkat walaupun setakat makan gaji sahaja dan tidaklah sangat di bidang perniagaan, perdagangan atau perindustrian. Walaupun dunia tidak
dipunyai tetapi sudah boleh dirasai. Tetapi harga dan pengorbanan untuk kemajuan yang sedikit ini terlalu mahal.

Di dalam kita merebut dunia, kita telah mengabaikan roh Islam kita. Kita telah meninggalkan cara hidup Islam kita. Kita terpaksa korbankan kasih sayang, persaudaraan, kesatuan, perpaduan dan rasa bersama kita. Kita terpaksa menghadapi krisis, pergeseran, pergaduhan, curiga-mencurigai dan permusuhan. Cara hidup sudah nafsi-nafsi. Tidak ada lagi ukhwah sesama kita. Kita sudah hilang kebahagiaan dan ketenangan seperti mana yang pernah kita rasakan dahulu yang lebih mahal harganya dari kemajuan kebendaan yang sedikit ini.

Cita cita jutawan

Cita-cita menjadi seorang jutawan ?

Barangkali lebih baik mengejar impian yang begini:

Saya nak ada harta supaya dapat bayar zakat RM 10,000 setahun. Saya nak bebas hutang supaya dapat mudah nak bangun malam beribadah. Saya nak financial freedom supaya dapat mendidik anak-anak dengan tangan sendiri bukan tangan maid. Saya mahu ada pendapatan pasif yang dapat menyara 100 anak-anak yatim. Saya mahu dapat dividen saham yang cukup membiaya 10 pelajar masuk universiti setahun.

Maka, sekaligus ia dapat mengelakkan kita terpedaya dan terpersona dengan tawaran meleleh pelaburan jutawan dari ‘Datuk’, ‘Tan Sri’ yang menayangkan kereta-kereta mewah…

Jadi jutawan sekadar mahu tayang kereta mewah ?

Sayyidina Uthman r.a. mengorbankan lebih 1000 “kereta mewah” ketika perang Tabuk.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post