Isnin, 16 November 2015

Susu

Orang alim bagi contoh, ada satu orang duduk rumah dua tingkat, yang duduk tingkat atas ialah seorang tua dan dia sendiri, seorang tua juga, duduk tingkat bawah. Suatu hari orang tua yang duduk di tingkat bawah didatangi tetamu. Maka orang tua itu nak buat air teh sebagai hidangan kepada tetamunya. Bila nak buat teh di dapur, tengok2 susu telah habis.

Maka dia jerit kpd jiran dia yg duduk di tingkat atas. "Awak ada susu tak?"
Jiran dia jawap "Ada".

Dia berkata lagi "Boleh tak awak tolong turun bawah hantarkan susu kepada saya, saya ada tetamu?"

Jiran dia jawap "saya tak boleh turun tangga, sakit kaki! awak naiklah ambik!"
Dia pun jawap "saya pun tak boleh naik, kaki saya sakit!"

Maka jiran dia jawap "Takpelah, saya tuang dari drain sinki punya paip tu, dari atas ni paip tu sambung kat bawah, kemuadian awak tahan kat bawah!"

Dia pun jawap "Baiklah.." Maka susu jugak yang keluar dari saluran paip bawah tu, tak berubah, rupa dan rasa pun macam susu, lepas tu dia guna buat teh Kaw! punya..tapi tergamak tak tuan2 utk minum teh tersebut?

Susu memang susu, tapi jalan yang dia datang tu dari jalan yang yang tak betul, jalan kotor, jalan yang mana tempat orang buang air basuhan tangan, basuh pinggan dan berludah. Ada benda2 yang kita tak nampak spt kuman2 dan bakteria2, bila minum teh tu kene sakit perut.

Inilah tuan2 mulia,contoh apabila kita belajar ilmu ikut saluran yang tak betul. Umat hari ini tengah "sakit perut". Umat hari ini mencela alim ulama terdahulu. Kita apa pun tak belajar, dengan angkuhnya kita mencela alim ulama zaman dahulu yang mana mereka telah korbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Tiada sedikitpun kepentingan dunia dalam diri mereka dan dalam menulis kitab2 mereka.

Oleh itu tuan2 yang mulia kita kena belajar ilmu dari saluran yang betul, barulah datang amal yang betul dan faham yang betul. -Petikan bayan Maulana Abdul Hamid b. Chin (lukisan oleh Fikrie Fauzi dan ditulis oleh Abu Medina @ Nor Azlan)

Arak halal

ARAK HALAL ( TANPA ALKOHOL )

Artikel ini disiarkan pada 2009, ADMIN mendapati penjualan telah meluas dan banyak didapati dikedai kedai makan orang Islam...Ini tidak harus dibiarkan. Harus bertindak segera...

PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al- Maidah ayat 90)

____________________________________________________

KENAPA IKTIRAF ARAK NI HALAL? TAK SESUAI LANGSUNG....

Arak / Bir dan yang bersekutu dengannya akan dihasilkan melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi sacharomyces cereviciae, pada bahan yang yang mengandungi pati atau mengandungi gula tinggi. Proses fermentasi adalah proses yang sudah dikenal sejak berabad tahun yang lalu. Proses inilah menjadikan asbab nama 'arak/bir' diberi jika ianya dihasilkan sebagai minuman.

Pada zaman kehidupan Rasulullah saw , RASULULLAH MELARANG para sahabat untuk mengkonsumsi jus buah yang umurnya lebih dari 3 hari, atau ketika saribuah tersebut dalam kondisi berbuih.

Berdasarkan penelitian para pakar, pemeraman sari buah yang sudah berumur lebih dari 3 hari tersebut, maka kandungan alcohol (ethanolnya sudah lebih dari 1 persen). Berdasarkan fakta inilah kemudian Fatwa MUI menetapkan batas maksimal kandungan alcohol (sebagai senyawa tunggal, ethanol) yang digunakan sebagai pelarut dalam produk pangan iaitu 1 persen.

Bagi pengguna muslim, minuman yang merupakan hasil fermentasi adalah  HARAM untuk diminum.

Fatwa Ulama Indonesia (MUI) menyatakan BIR ITU TETAP HARAM bagi umat Islam kerana cita rasa dan aromanya masih berasa bir.

Alasan lain adalah keterangan dari pihak industri minuman tersebut yang mengatakan bahwa green sand prosesnya adalah sama sebagaimana produk bir mereka yang lain,hanya pada proses berikutnya ada tahap penghilangan alcohol.

Memandangkan pembotolan pula hampir menyerupai packing arak beralkohol ( Carlsberg, Anchor Beer dsb ), dari hukum Islam ianya haram diminum kerana menyerupai. Oleh itu, kita kena bertindak segera sebagai langkah pencegahan untuk jangka panjang.

Rumusan saya yang kurang pandai, banyak sebab mengatakan ianya HARAM diminum :-
1) Rasulullah melarang minum minuman melalui proses pemeraman lebih 3 hari.
2) Packing menyerupai arak tidak halal
3) Datang dari negara Syiah yang memusuhi dan membantai umat Islam.
4) Alkohol ada dan ianya di neutralkan supaya menjadi halal...tapi proses pertama cukup menjadikan asbab ianya haram...
Allahuwa'lam

Betul betul mengelirukan Umat Islam. Kita kena tengok balik proses membuat Ribena dan Rut Bir. Kalau ada proses pemeraman seperti diatas, tau taulah jawabannya...( admin buat ribena dgn bunga roselle hampir rasa ribena tapi ada yg kurang sikit )

Cukuplah dengan nama Rut Bir yang kadangkala mengelirukan masyarakat.

Esok esok bila anak muda beli bir dijalanan, togok Carlsberg, Jolly Shandy, Anchor Beer, Tiger Beer, kita susah nak bezakan dan akhirnya menjadi tidak kisah sebab sangkakan arak halal.

Malaysia negara Islam walaupun sekular. Kita mencorakkan sistem agar menjadi lebih baik...Jangan beri Allah murka...Padah jawabnya. Segala tindakan di dunia dipersoalkan diakhirat kelak..Harap harap dapat tindakan dari pihak JAKIM akan isu ini..

Doa Nabi SAW Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam

Doa Nabi SAW Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam

Doa Yang Di Amalkan Nabi SAW Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam

Terdapat hadis yang menjelaskan dianjurkannya beberapa doa pada dubur solat (akhir solat) sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di bawah :

أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya, “Aku wasiatkan padamu wahai Mu’az. Janganlah engkau tinggalkan untuk berdoa setiap dubur solat (akhir solat) :

Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik.

[Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir pada-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbaiki ibadah pada-Mu].”
(HR. Abu Daud no. 1522. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Namun apakah yang dimaksud dengan dubur solat (akhir solat)?

Apakah sebelum salam atau sesudah salam?

Untuk memahami hal ini, alangkah baiknya kita memperhatikan penjelasan Syaikh Ibnu Baz berikut (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz 11/194-196) yang kami sarikan berikut ini. Serta ada sedikit penjelasan dari Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dan ulama lainnya yang kami sertakan.

Dubur solat kadang bermakna sebelum salam dan kadang pula bermakna sesudah salam.

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan hal ini. Majoritinya menunjukkan bahawa yang dimaksud dubur solat adalah akhir solat sebelum salam jika hal ini berkaitan dengan doa.

Sebagaimana dapat dilihat dalam hadis Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengajarkannya tasyahud padanya, lalu baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

ثُمَّ لِيَتَخَيَّرْ مِنْ الدُّعَاءِ بَعْدُ أَعْجَبَهُ إِلَيْهِ يَدْعُو بِهِ

“Kemudian terserah dia memilih doa yang dia sukai untuk berdoa dengannya.” (HR. Abu Daud no. 825).

Dalam lafazh lain,

ثُمَّ لْيَتَخَيَّرْ بَعْدُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ

“Kemudian terserah dia memilih setelah itu (setelah tasyahud) do’a yang dia kehendaki (dia sukai).” (HR. Muslim no. 402, An Nasa’i no. 1298, Abu Daud no. 968, Ad Darimi no. 1340)

Di antara contoh do’a yang dibaca sebelum salam adalah yang terdapat dalam hadis Mu’adz bahawasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berwasiat padanya,

لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Janganlah engkau tinggalkan untuk berdo’a setiap dubur solat (akhir solat) : Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik.

[Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir pada-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbaiki ibadah pada-Mu].” (HR. An Nasa’i no. 1286, Abu Daud no. 1301. Sanad hadis ini sahih)

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Ahad, 15 November 2015

Mendidik umat

Mendidik Umat Terbaik untuk melahirkan zuriat yang terbaik juga. Sifat laki-laki yang dibenci dan tidak disukai wanita. Di antaranya adalah:

P E R I N G A T A N
U N T U K  S I  L E L A K I
Y A N G  B E R G E L A R  S U A M I

J a n g a n
a n d a  b e r k a h w i n  d u l u
s e b e l u m  m e m b a i k i  i m a n
e m p a t  b u l a n  d i  j a l a n  A l l a h

K a l a u  d a h  k a h w i n
K e l u a r l a h  s e k a r a n g  j u g a
A t u r k a n  m a s a  a n d a . . .

1. NAK BERBINI TAPI TAK NAK BELAJAR AGAMA. JANGAN RISAU! ADA PENYELESAIANNYA

Suami yang jahil agama. Suami adalah kepala rumahtangga yang bertanggung jawab terhadap pelaksanaan ajaran agama dalam keluarga untuk memastikan isteri dan anak-anaknya menjadi insan yang taat terhadap perintah Allah SWT.

2. HANTAR SUAMI DUDUK DALAM BAYAN SETIAP MINGGU DI SRI PETALING ATAU DI MASJID TERHAMPIR

Suami yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas. Setiap kaum wanita merindukan suami yang mempunyai visi hidup yang jelas.

Hidup ini diciptakan Allah SWT bukan semata-mata untuk hidup melainkan ada tujuan mulia. tujuan hidup berumahtangga adalah untuk bertakwa kepada-Nya.

Takwa dalam artikata bersungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah haramkan benar-benar dijauhi. Dan apa yang Allah perintahkan benar ditaati.

Namun yang banyak terjadi sekarang adalah bahwa banyak para suami yang menutupi dosa dan kemaksiatan. Isteri tidak dianggap penting. Dosa demi dosa diperbuat di luar rumah tanpa merasa takut kepada Allah SWT.

3. HANTARKAN SUAMI KELUAR DAKWAH 3 HARI 72 JAM SEBULAN! ANDA PASTI AKAN MELIHAT PERUBAHANNYA NANTI..!

Suami yang bersifat keras dan kasar terhadap isteri adalah merugikan. Allah SWT memerintahkan para suami secara khusus agar menjaga para isteri dengan lemah lembut:

Allah SWT berfirman, "...Dan pergaulilah para isteri itu dengan perlakuan yang baik". (QS. An Nisa: 19).

Banyak para suami sekarang yang menganggap isteri sebagai hamba suruhan. Ia dibantai dan disakiti semahunya tanpa sedikitpun kenal belas kasihan.

4. HIDUPKAN TAKLIM DALAM RUMAH SUPAYA SYAITAN KELUAR DARI RUMAH!

Suami yang bersikap sombong dan ego. Sombong adalah sifat syaitan. Allah SWT melaknat Iblis adalah kerana kesombongannya.

Kesombongan sangat bertentangan dengan naluri wanita. Kerana itu para isteri yang baik tidak suka mempunyai suami yang sombong dan ego.

Kerap terjadi banyak suami yang tidak mahu mendengarkan nasihat isteri kerana kesombongan dan keegoannya.

5. MISTI MEYAKINI BAHAWA ALLAH SWT MAHA MELIHAT! ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI

Suami yang bersifat tertutup. Suami yang baik adalah suami yang terbuka kepada isterinya sebagaimana isteri juga bersifat terbuka kepada suaminya.

Namun banyak terjadi sekarang, para suami menutupi perbuatannya di luar rumah. Ia tidak mau berterus terang kepada isterinya.

Sikap semacam ini sungguh sangat tidak disukai kaum wanita. Banyak para isteri yang tersiksa kerana sikap suami yang begitu tertutup.

6. ORANG BIASA KATA 'MACAM TAK BERTELOR'. KELUARLAH DI JALAN ALLAH UNTUK PULIHKAN KEYAKINAN DIRI ANDA

Suami yang tidak mempunyai pendirian. Setiap wanita sangat memerlukan seorang suami yang tegas dan mempunyai pendirian. Tegas dalam artikata memiliki sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil satu keputusan.

7. JAUHI BERBOHONG WALAUPUN DALAM BERGURAU..! BUATLAH APA SAJA, TAPI JANGAN BERBOHONG

Suami yang bersifat pembohong. Banyak kejadian para isteri tersiksa kerana sang suami suka berbohong. Tidak mau jujur atas perbuatannya.

Sungguh tidak sedikit rumahtangga yang hancur kerana kebohongan suami. Kebohongan telah menghancurkan harga diri seorang isteri.

Oleh kerana itu banyak para isteri yang sanggup bercerai kerana tidak sanggup hidup dengan suami pembohong.

8. SIKIT-SIKIT GIVE UP! SIKIT SIKIT FRUST! SIKIT SIKIT CABUT! SERIK..! ISTERI PERLU IKUT SUAMI KELUAR JALAN ALLAH..!

Suami yang mudah berputus asa. Para isteri menginginkan suami yang tegar, bukan suami yang cepat putus asa.

Para isteri menyukai suami yang selalu tegar dalam ertikata penuh semangat dan tidak kenal erti lelah. Lebih dari itu tabah dalam menghadapi berbagai cobaan hidup.

9. JADI ORANG LELAKI TAPI PENAKUT NAK MAMPOS. BELAJARLAH JUMPA ORANG BERCAKAP TENTANG KEBESARAN ALLAH, AKHIRAT DAN KERJA AGAMA.

Suami yang pengecut. Sikap pengecut banyak menghalangi sumber-sumber kebaikan dalam rumahtangga. Banyak isteri yang terbantut keinginannya kerana sikap pengecut suaminya.

Banyak isteri yang tersiksa batin kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Para isteri sangat tidak suka suami pengecut. Mereka suka pada suami yang berani. Sebab cabaran hidup sangat menuntut keberanian. Berani dengan penuh pertimbangan yang matang.

10. MENCEKIK DAN MENTEKEDARAH SAJA YANG DIA TAU..! AMALAN SUNNAH MISTILAH HIDUP DALAM RUMAH! SUAMI BAGILAH MASA BUAT AMAL JEMAAH MASJID

Suami yang pemalas. Malas telah membuat seseorang tidak produktif. Banyak sumber-sumber rezeki yang terlepas kerana kemalasan seorang suami.

Malas kerapkali membuat rumahtangga menjadi sempit dan tersepit. Para isteri sangat tidak suka kepada seorang suami pemalas.

Sebab keberadaanya di rumah bukan memecahkan masalah melainkan menambah permasalahan. Seringkali sebuah rumahtangga diwarnai pergaduhan kerana suami yang pemalas.

11. BUAT ANAK PANDAI! JAGA ANAK TAK PANDAI..! HANTAR ANAK SEDARI KECIL KE MADRASAH! IN SYAA ALLAH

Tidak mengambil berat tentang anak-anak. Mendidik anak bukan saja tanggungjawab seorang isteri melainkan tanggungjawab suami juga.

Sekarang banyak kita saksikan seorang ayah sangat acuh dan tidak endah  pada anak-anaknya. Sikap seperti inilah yang sangat tidak disukai para wanita.

12. DIA SAJA NAK MENANG! TAK BAGI PELUANG ISTERI BERCAKAP! DALAM TAKLIM RUMAH SEMUA BOLEH BERCAKAP..!

Suami yang mahu menang sendiri. Setiap manusia normal mempunyai perasaan ingin dihargai pendapatnya. Begitu juga seorang isteri.

Banyak isteri tersiksa kerana sikap suami yang selalu merasa benar sendiri dan hanya mahu menang sendiri.

Kerana itu Umar bin Khathab r.hu lebih bersikap diam ketika isterinya bercakap. Ini adalah contoh yang patut ditiru. Umar beranggapan bahwa adalah hak isteri mengungkapkan perasaan hatinya. 

Sebab hanya kepada suamilah ia menemukan tempat untuk mengadu dan mencurahkan isi hatinya. Kerana itu, seorang suami hendaklah selalu berlapang dada.

13. SUAMI BUAT HAL SENDIRI JE! BUAT 5 AMAL DI RUMAH! TAK TAU? GI TANYA KARKUN..!

Suami yang Jarang berkomunikasi. Banyak isteri merasa kesepian ketika  suami pergi atau berada di luar rumah. Sebaik-baik suami adalah yang sesekali  menalipun isterinya.

Ingatlah bahawa banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana salah berkomunikasi. Kerana itu, berkomukasi ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga.

14. SUAMI BUSUK MELANTUNG! MANDILAH DAN BERWANGIANLAH!

Suami yang tidak kemas dan tidak harum. Para isteri sangat suka ketika suaminya selalu berpenampilan rapi dan bersih.

Ketika seorang suami kemas dan bersih, isteri akan merasa bangga kerana orang yang melihat pasti akan terkesan bahawa isteri betul dalam mengurusnya.

Sebaliknya ketika suami tidak rapi dan tidak harum, orang-orang akan terkesan bahwa ia tidak diurus oleh isterinya.

Sungguh sangat tersinggung dan tersiksa perasaan seorang isteri, ketika melihat suaminya sembarangan dalam penampilannya dan menyebarkan bau yang tidak menyenangkan.

DOA ISTERI PASTI ALLAH TERIMA!
Ya Allah..! Hidupkan suasana Agama dalam rumah kami. Lemah-lembutkan hati-hati kami, anak-anak kami, suami dan ibubapa kami, jiran-jiran kami, saudara-mara kami dan Umat seluruh alam ini.

Anugerahkan kepada kami keluarga yang soleh! Yang sentiasa membimbing kami untuk menjalani kehidupan kami di dunia dan Akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami..! Jadikan semua Umat ini taat kepada perintah-Mu. Jadikan rumahtangga kami dan semua rumah orang Islam di seluruh dunia, di mana-mana jua, sentiasa mendapat taufik dan hidayah-Mu. Aamiin Yaa Robbal 'Aalamiin..!

Wallahu A'lam.

M E N Y E D I A K A N
W A N I T A  J U G A  S E B A G A I
P E M B A N T U  K E R J A  A G A M A

Sertai jemaah wanita bersama suami ke Negara Jauh 2 bulan, ke Negara Jiran

Asid urik dan udang

Ni pun penting. Udang byk asid urik. Amat x elok utk pesakit gout. Tp jgn takut. Allah buat elok2 dah. Dimana ada racun situ ada penawar. Kulit jgn buang abis. Tinggalkan separuh. Kulit yg tinggal tu adalah penawar asid urik. X perlu telan, cukuplah ada dlm kuah. Cegah sebelum kena. Info- majalah 3

Dosa

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post