Isnin, 26 September 2016

Hati

"Hati ini boleh berkarat seperti karatnya besi. Bila mana hati ini mulai karat (kotor), maka ianya akan keras yakni susah menangis, susah menerima nasihat atau pandangan, tidak tersentuh dengan amal ibadah yang dilakukan.

Hati bilamana sifatnya keras (gelap), maka sukar cahaya hidayah-NYA untuk menembusinya. Berzikir dan membaca Al-Quran adalah bahagian daripada cara mengelakkan kerasnya hati"

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid

Ahad, 25 September 2016

Nyamuk

Subhanallah! Hebatnya Allah.

Seekor nyamuk diletakkan di bawah mikroskop, diperbesar 400 kali!

Ternyata di kepalanya terdapat 100 mata..
Berat nyamuk yg hanya 0,001 gram

Di mulutnya ada 48 gigi
Di dadanya ada 3 buah jantung!, ditiap jantung ada 2 atrium,2 bilik jantung ,dan 2 katup jantung

Nyamuk memiliki alat pendeteksi panas
Dan nyamuk melihat segala sesuatu dengan pendeteksi panasnya

Memiliki alat pencair darah krn darah manusia itu kasar bagi nyamuk agar boleh mengalir di belalai nyamuk,dia mengambil contoh darah dulu baru mula menggigit

juga memiliki alat pembius sehingga org yg di ambil darahnya tidak merasa sakit saat proses pengambilan darah,beberapa detik kemudian barulah efek bius itu hilang

Dan...

Belalai nyamuk memiliki 6 buah pisau! 4 buah pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat sedang 2 pisau membentuk lubang sesuai tabung penghisap darah

Di kaki nyamuk terdapat cakar dan terdapat alat seperti bekam sehingga dapat menempel di tempat yg licin

Masya Allah semoga nyamuk yg kecil ini boleh menambah keimanan kita kpd Allah, aamiin yaa Rabbal 'aalamiin

Firman Allah Ta'ala ; SESUNGGUHNYA  ALLAH  TIDAK  MALU MEMBUAT  PERUMPAMAAN  SEEKOR  NYAMUK  ATAU  YANG  LEBIH  KECIL  DARI  ITU. ADAPUN  ORANG-ORANG  YANG  BERIMAN,  MEREKA  TAHU  BAHWA  ITU  KEBENARAN  DARI  MAHAPENCIPTA. TETAPI MEREKA  YANG  KAFIR  BERKATA, "APA  MAKSUD  ALLAH  DENGAN  PERUMPAMAAN  INI ?  DENGAN  PERUMPAMAAN  ITU  BANYAK  ORANG  YANG  DIBIARKAN-NYA  SESAT  &  DENGAN  ITU  BANYAK  PULA  ORANG  YANG  DIBERI-NYA  PETUNJUK.  TETAPI  TIDAK  ADA  YANG  DIA  SESATKAN  DENGAN  PERUMPAMAAN  ITU  SELAIN  ORANG-ORANG  FASIK.
(Al Baqarah,26)

Rabu, 21 September 2016

Doa selepas solat

Membentuk zuriat yang soleh

MEMBENTUK ZURIAT YANG SOLEH

Kematian Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din mengajarkan kita beberapa perkara. Hal ini bukanlah diajarkan oleh Allahyarham secara lansung. Namun Allah menzahirkannya di mata hati yang tidak terbelenggu.

Pertama:
Allahyarham mengajarkan kita suatu sunnah iaitu jenazah dikebumikan di tempat ruh ditarik.

Kedua:
Mentarbiah anak-anak dan keturunan supaya beragama sehingga tidak memerlukan bantuan orang lain untuk keperluan peribadi seperti imam solat jenazah.

Ketiga:
Berbakti untuk agama dan masyarakat dengan akhlak yang baik sehingga mereka bakal menjadi saksi amal kebaikan kita pada akhirat kelak.

Di Malaysia, solat jenazah ghaib diimami oleh cucu Allahyarham Hakeem bin Hamdi yang berumur 17 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Hal ini mengingatkan saya suatu kisah yang terdahulu iaitu pada saat ibu TG Haron Din meninggal dunia dalam keadaan sujud.

Jenazah ibu ini diurus oleh ketiga-tiga anaknya iaitu TG Haron Din, Datuk Hassan Din dan Ustaz Ishak Din dari awal hingga akhir.

Mereka tidak berhajat kepada orang lain untuk memandikan jenazah atau mengkafankan jenazah atau mengimami solat jenazah kerana hasil daripada didikan ibu ini, ketiga-tiga anaknya menjadi anak yang berbakti kepadanya dunia dan akhirat.

"Bagaimana pula kita membentuk anak-anak kita?"

"Adakah semata-mata menjadi doktor/pilot/engineer/guru atau lain-lain yang bakal meninggalkan urusan jenazah kita kepada orang upahan??"

Masih belum terlambat, sila dorong anak-anak agar meminati ilmu agama dan akhlak beragama..

Andai esok kita mati, agak-agaknya boleh x anak n cucu kita uruskan jenazah kita?

Selasa, 20 September 2016

Jazaakallahu khairon.

Makna Kalimat
JAZAAKALLAHU KHOIRON

Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khoiron, lalu apa maknanya kalimat tersebut?
Bersabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam : "Apabila ada seorang mengucapkan kepada saudaranya jazaakallahu khoiron, maka sungguh dia telah sangat menyanjungmu (sangat berterima kasih kepadamu karena dia menyerahkan kepada Allah untuk membalas kebaikanmu)". Jazaakallahu khoiron adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan di sisi Allah.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menganugerahkan kepadamu surga-Nya.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menganugerahkan kepadamu kenikmatan melihat wajah-Nya kelak di surga.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menyelamatkanmu dari neraka jahanam.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah memberikan hidayah untukmu di atas Shirothol Mustaqim.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah melindungimu dari syaithon yang terkutuk.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah memberikan rezeki yang penuh berkah.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menjadikan engkau selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat.
◎ Jazaakallahu khoiron artinya semoga Allah menjadikan engkau senantiasa mengikuti sunnah nabi-Nya صلى الله عليه وسلم.

✏Berkata sayyidina Umar bin khattab رضي الله عنه: "Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan jazaakallahu khoiron, niscaya akan memperbanyak untuk mengucapkannya satu sama lain".

Jazaakallahu khoiron kita ucapkan kepada yang menerima faedah ini.
Dan jazaakallahu khoiron kita juga ucapkan kepada yang menyebar-luaskannya.
semoga manfaat...

Ahad, 18 September 2016

Mukmin Yang hebat

ORANG MUKMIN YANG HEBAT IALAH.....

1) Dia meninggalkan dunia, sebelum dia meninggal dunia.

2) Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah.

3) Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah.

4) Dia dtg ke masjid@surau sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid@ surau.

5) Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post