Khamis, 24 Oktober 2024

Flange Leak

Some Causes of Flange Leaks

Flange leaks are a common issue in many industries, from oil and gas to chemical processing. They can cause significant downtime and safety hazards if not properly addressed.

Flange joint leaks can range from a barely detectable, slow emission or a sudden drastic failure. Both will cause severe problems for operators. Basic causes of Flange joint leaks are Fastener Fails, Gasket Fails and Flange Fails.

1. Fasteners Fails: Too tight or not tight enough? An incorrect "too-loose" assembly or loosening over time of fasteners can become a leak source. Conversely, fasteners that are too tight can put excessive loads on a gasket or increase fatigue on aging equipment possibly causing stress cracking.

2. Gasket Fails: There is no way to predict when gasket failure will occur. Gasket manufacturers have these tips regarding bolted flange gaskets.

Selection: 
Choose the right gasket for your application and conditions with an experts. An elastomeric based gasket can become brittle with elevated temperature or certain chemical conditions. If these gaskets begin to leak a little, retightening may now cause them to break, resulting in a serious blowout situation.

Quality: 
A lower priced gasket should not be the priority. 

Reliability: 
safety and gasket life are most important.

 Installation: 
Begin with knowledge of the correct Installation procedure. Using a torque wrench and knowing the correct torque values and tightening patterns/procedures are important to gasket longevity and performance.

3. Flange Damages: Warped surfaces can lead to improper installation. Flange surfaces can be damaged during transportation and installation, which could lead to poor performance.

First priority of an operator is the safety of personnel and the facility. Every reasonable effort must be made to ensure safety when it comes to potential leaks. Using protective shields to mitigate the effects of a leak can be done with Spray Shields, sometimes called flange guards, flange wraps or flange protectors. These protective covers are used to inhibit leaks from spraying out to a wide area. Safety Spray Shields help to prevent injury to personnel, damage to nearby equipment and the environment in the event of a spray-out of hot or dangerous liquids.







Selasa, 15 Oktober 2024

Steam turbine Double stage extraction and condensesing type.

This steam turbine type, The extraction condensing turbine is able to change the electric power and the process steam flow independently by adjusting inlet steam flow and process steam flow. Adjustment of process steam flow is implemented by the extraction control valve. The turbine output is adjusted by the main control valve for inlet steam flow in conjunction with the LP turbine flow affected by the extraction control valve. That is to say, the extraction condensing turbine has both features of the condensing turbine and the backpressure turbine and has the capability to fulfilling both the requirements of the electric power supply and the process steam flow.

Example, (refer diagram below). shows a steam consumption of the extraction condensing turbine. In this figure, the thick line F–E shows lower limit of operation undersupplying process steam to facilities, line B–C shows the upper limit of inlet steam flow, thick line A–B shows the lower limit of the LP turbine flow, thick line D–E shows the upper limit of the LP turbine flow, and thick line C–D shows the upper limit of power output.

Jumaat, 20 September 2024

Tupperware bagaimana zaman kegemilangan kepada kejatuhan

Tupperware dan Pengajaran Berharga.

Teori Charles Darwin boleh diambil iktibar. 
"Bukanlah spesies yang paling kuat atau paling bijak yang akan terus hidup, tetapi mereka yang paling responsif terhadap perubahan."

Tupperware 

Jenama yang sungguh mengagumkan bagaimana sesebuah jenama boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan kita selama berdekad-dekad. Tupperware, nama yang sinonim dengan bekas makanan berkualiti tinggi, kini sedang bergelut dengan hutang sebanyak AS$700 juta (kira-kira RM3.2 bilion) dan berdepan kemungkinan kebankrapan. Bagaimana syarikat yang pernah menjadi ikon dapur di seluruh dunia boleh sampai ke tahap ini?

Diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia Earl Tupper, Tupperware bukan sekadar mencipta bekas makanan, tetapi juga merevolusikan cara jualan langsung melalui "Tupperware parties". Konsep ini memberi peluang kepada jutaan wanita untuk menjana pendapatan tambahan, menjadikan Tupperware simbol budaya wanita pada zamannya.

Pada kemuncak kejayaannya, Tupperware menjual lebih daripada satu juta produk sehari di seluruh dunia. Bayangkan, lebih 100 juta bekas Tupperware telah dihasilkan setakat ini, menjadikannya kebiasaan di hampir setiap rumah. Di Malaysia, istilah "Tupperware" sering digunakan sebagai sinonim untuk semua jenis bekas makanan, walaupun dari jenama lain.

Namun, zaman berubah dan Tupperware gagal mengikuti arus. "Parti Tupperware" yang dahulunya popular kini kurang relevan dalam era digital. Orang ramai beralih kepada platform dalam talian untuk membeli barang keperluan, dan jenama lain mula mendominasi pasaran dengan produk serupa pada harga yang lebih kompetitif.

Walaupun Tupperware cuba berinovasi dengan pelbagai produk dapur seperti alat penyimpanan vakum dan alatan memasak microwave, strategi jualan mereka tidak mengikut rentak perubahan zaman. Pandemik COVID-19 memberi lonjakan sementara kepada jualan kerana ramai mula memasak di rumah, tetapi pasaran kembali jatuh selepas dunia mula kembali normal.

Tupperware juga berdepan cabaran dari gerakan mesra alam yang semakin berkembang. Dengan ramai pengguna beralih kepada produk biodegradasi, kaca, dan keluli tahan karat, bekas plastik yang menjadi teras perniagaan Tupperware mula dianggap kurang relevan.

Apa yang menarik, kisah Tupperware sebenarnya berkait rapat dengan banyak jenama gergasi yang pernah tersungkur kerana lambat beradaptasi. Lihat saja kepada Kodak, yang pernah menguasai 85% pasaran fotografi dunia tetapi tersungkur apabila tidak segera mengadaptasi teknologi kamera digital, walaupun mereka yang menciptanya. Nokia pula pernah menjadi penguasa telefon bimbit dengan lebih 40% pasaran dunia, namun akhirnya tewas di tangan iPhone dan Android kerana mereka tidak responsif terhadap perubahan pasaran telefon pintar.

Sekiranya Tupperware benar-benar gulung tikar, ia akan menandakan akhir sebuah era. Bekas Tupperware lama mungkin akan menjadi barang koleksi bernilai tinggi pada masa hadapan, sama seperti bagaimana sesetengah barang klasik lain yang kini mencecah harga ribuan ringgit.

Charles Darwin pernah berkata,  Begitu jugalah dengan dunia perniagaan. Bagi usahawan di Malaysia, kisah ini harus dijadikan iktibar. Sama ada anda menguruskan syarikat kecil atau besar, adaptasi terhadap teknologi dan perubahan trend pengguna adalah kunci untuk kekal relevan.

Sebagai tambahan, kita juga dapat melihat bagaimana beberapa perniagaan tempatan mula terkesan apabila platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada menguasai pasaran. Banyak peruncit yang sebelum ini bergantung kepada jualan fizikal kini terpaksa mengubah model perniagaan mereka, atau berdepan risiko kejatuhan. Inilah cabaran yang dihadapi semua usahawan—untuk tidak takut berubah dan berinovasi.

Adakah ini penghujung jalan bagi Tupperware? Atau adakah mereka akan bangkit semula? Masa sahaja yang akan menentukan. Tetapi satu perkara yang pasti, kejatuhan Tupperware mengingatkan kita bahawa dalam dunia yang pantas berubah ini, hanya mereka yang bersedia berinovasi dan mengikut arus teknologi akan terus bertahan.

Siapa yang tidak ingat bekas Tupperware di dapur mak kita dahulu? Kualitinya terjaga, dan ia menjadi simbol kemewahan pada zamannya. Kini, mungkin masa akan tiba di mana kita melihat Tupperware lama sebagai barang yang berharga tinggi, sesuatu yang bernilai untuk disimpan.

MasyaAllah, sungguh banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah Tupperware ini. Semoga ia menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa bersyukur atas kejayaan yang dikecapi, namun tetap berwaspada dan responsif terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Rabu, 17 Julai 2024

TIPS BERCAKAP FLUENTLY AND CONFIDENTLY

1. Jangan takut untuk buat mistake 
The goal untuk satu communication is to deliver a message, bukannya to speak perfect english. So korang takyah risau sangat kalau korang bercakap grammatically wrong. Bila dah selalu cakap english, dari situ lah korang boleh belajar pasal grammar ni and improve

2. Practice, practice, practice
I tak tahu nak tekan kan point ni macam mana, sebab memang sangat penting! Kalau korang memang jenis selalu baca buku english or dengar lagu english tapi kalau tak practice bercakap pun susah. Macam mana korang nak tahu level pronunciation korang. So try to practice conversing in english dengan kawan kawan or family.

3. Think in English 
Sebelum nak bercakap apa apa mesti kroang fikir dulu kan? But since English ni bukan our first language, selalunya kita akan fikir ayat tu dalam bahasa malaysia dulu lepastu baru translate. Tapi kalau korang berfikir dalam english kan, dia akan mempercepatkan proses korang belajar english tu tau. Tak dinafikan memang susah at first tapi once korang dah biasa, senang jeee

4. Talk to yourself 
Yes you read that right. Memang nampak macam pelik sebab cakap sorang sorang kan, tapi relating it to the 2nd point, korang kena practice. Kalau lah takda orang yang available time korang nak practice tu, dont worry. Cakap je dengan diri korang depan cermin in English. Dari situ kroang boleh nampak kat which part yang korang banyak buat mistakes

Banyak kebaikan tau kalau korang kuasai English language ni especially when it comes to working environment. Banyak company sekarang memang memang bertutur dalam English lagi lagi masa interview. So korang jangan buang masa and practice your english now

Isnin, 3 Januari 2022

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD.

1. Kekerapan Lawatan doktor

Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor sekali sehari. Kebanyakan doktor akan membuat lawatan 2 kali sehari, terutama utk penyakit kritikal. Jika polisi anda hanya cover sekali lawatan doktor sehari, maka anda perlu menanggung sendiri kos selebihnya. Periksa polisi atau product disclosure. Akan ada tertulis. Tak semua agent akan cerita benda ni.

2. Co-Insurance @ Co-Takaful

Kalau boleh, cari yg tak perlu bayar co-insurance/co-takaful. Mungkin mahal sedikit tapi sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar cash sendiri bila kena masuk hospital. Kalau mahal pun dlm RM20-30 sahaja.


3. Claim Senang @ Tidak

Anda boleh selidik sendiri dgn orang hospital @ admission counter. Selalunya diorang akan tau. Kalau tanya agent semua kata cepat.

4. Agent

Cari agent yg betul2 boleh educate anda. Apa pro dan kontra produk tu. Bagaimana kelebihan dan kelemahan produk tu boleh disesuaikan dgn keperluan anda.

5. Harga

Pastikan apa yg anda bayar tu berbaloi. It's not about how much you pay but what VALUE you get from it. Kadang2 bayar murah tapi rupanya feature kurang. Kalau bayar mahal pulak, pastikan dapat coverage yg menyeluruh.

6. First Party atau Third Party?

Ini SANGAT PENTING. 

First Party - syarikat pengendali insurans tu sendiri yang kendalikan medical card dia. 

Third party - syarikat pengendali insurans menggunakan syarikat lain untuk mengendalikan medical insurance. MCO iaitu Managed Care Organization @ Third Party Medical Card Provider. Cthnya seperti MediJaring, PMCare dan AsiaAssist, MiCares.

 Nak tahu, kad mempunyai logo selain daripada logo syarikat insurans anda, maka third party lah tu. Kenapa third party leceh? Sebab nanti bila nak claim jadi macam main ping pong.

 7. Investment-Linked vs Traditional

Kalau ambil yang traditional, mungkin murah sedikit. Cuma bezanya, kalau ada masalah payment sangkut ke (ye lah mana tahu macam2 benda boleh jadi kan), maka medical card anda tak boleh guna sampai anda clear kan outstanding payment. Kalau investment-linked, anda boleh pakai medical card selagi polisi in-force. 

 8. Baca Quotation dan Polisi

Sebelum turunkan tandatangan anda atas borang insurans, sila BACA QUOTATION LINE BY LINE. Dalam quotation tu ada product disclosure. Kalau kurang faham, minta tolong agent explain. 

Bila dah dapat polisi, baca polisi untuk betul2. Bank negara punya requirement lepas dapat polisi ada 15 hari cooling off period... di mana anda boleh cancel polisi tu kalau anda rasa tak sesuai dengan keperluan anda. Lepas 15 hari dah tak boleh cancel. 

 

Malas baca? Pastikan agent terangkan satu persatu. Agent juga manusia biasa...kadang-kadang dorang terlepas pandang. Jadi untuk kebaikan anda sendiri, elok lah anda baca Product Disclosure tu. Sekurang-kurang nya anda tahu hak anda, apa yang anda dapat dengan membayar polisi setiap bulan. :)

 

Dan satu lagi, Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pengecualian cukai sebanyak RM3000 setahun utk polisi perubatan sendiri dan anak2?

NAK DAPAT QUOTATION FREE DAN AGENT HENSOM ? NAK!!






Khamis, 30 Disember 2021

Aspirasi - Merentasi Pelaburan Biasa

Antara soalan yang biasa saya terima adalah perbezaan #Aspirasi dengan  #UnitTrust dan #Asb ?


Ini soalan paling famoust! 


Mungkin sebab nama dia #Aspirasi , jadi orang agak pelik, dari mana datangnya simpanan bernama #Aspirasi ni? Actually, Aspirasi ni hanyalah sekadar #nama kepada produk. Namun kaedah simpanannya sama sahaja seperti mana kaedah simpanan ASB mahupun UT.


🔹Regular Saving - Monthly atau Yearly Saving or Lump Sump Saving mana-mana satu pun terpakai seperti terpakainya juga pada ASBF & Unit Trust.


🔹Saving based on Fund - Aspirasi juga menyimpan berasaskan Dana. Kedah yang sama juga jika anda menyimpan di Unit Trust, kerana naratif simpanan UT juga berdasarkan Dana. Maka disinilah peranan Ejen untuk memastikan Pemilihan Dana Yang Tepat serta menguntungkan. Cuma di dalam Aspirasi, pihak Prubsn telah menghadkan pilihan Dana kepada 7 Dana yang berkualiti tinggi sahaja iaitu Dana Bon, Dana Urus, Dana Dinamik, Dana Ekuiti, Dana Ekuiti Dinasti, Dana Ekuiti Global dan Dana Dinamik. Pelanggan boleh memilih atas nasihat Ejen lebih dari satu Dana (misalnya 70% Dana Ekuiti Dinasti & 30% Dana Bon). 


🔹Force Saving - falsafah simpanan yang sama juga diguna pakai sama ada di ASBF atau UT. Kaedah Force Saving di mana tuan-tuan tak perlu risau lagi jika malas nak simpan sebab nak tak nak tiap2 bulan kena simpan juga.


Jadi dimana terletaknya perbezaan?


💡Liquidity Upon Death : Di dalam Aspirasi duit simpanan anda akan dihibahkan kepada penama setelah meninggal dunia. Anda tidak perlu risau lagi soal duit lambat dicairkan kerana ia tidak tertakluk kepada pembekuan.


💡Free Investment Upon Critical Illness & TPD : Di dalam Aspirasi, anda tidak perlu bimbang jika tiba2 diserang sakit kritikal dan hilang kemampuan utk menyimpan kerana simpanan anda menjadi PERCUMA. 


💡Political Proof : Plan Aspirasi tidak terkesan walaupun wujudnya ketidakstabilan politik di dalam sesebuah negara kerana simpanan berasaskan Dana Antarabangsa. Misalnya Dana Ekuti Dinasti yang bergantung kepada the Great China Trade. So  tukarlah berapa banyak kali kerajaan pun, insyaAllah the Fund is still strong.


💡Fund Manager : Di dalam simpanan Aspirasi, Fund Manager kepada dana-dana pilihan anda adalah Eastspring Company (sister company kepada Prudential). Bayangkan, sebuah syarikat  Unit Trust yang begitu dipercayai yang menguruskan Fund Anda. So di dalam Aspirasi, duty to manage your fund is solely put under Eastspring Company. Dalam kata lain, bro, your money is in a good hands. 


💡Annual Bonus/Cash Payout : Ini lah antara keunikan Aspirasi yang menyediakan Guaranteed Bonus pada tiap-tiap tahun kepada anda. Bonus ini pula boleh dilaburkan semula dan menghasilkan keuntungan yang lebih besar.


💡Partial Withdrawal : Di dalam plan ini, partial withdrawal is allowed. Usually saya sendiri akan recommend client to allocate some money via Takaful Saver to boost the profit and ready cash to withdraw bila ada Emergency. Duit disitu boleh dikeluarkan bila-bila u need the money tanpa menjejaskan bonus tahunan you. So you get fleksibility here. Tak perlu risau kalau tiba-tiba nak pakai duit boleh keluar ke tak, jawapannya boleh. 


💡 Bukan Loan Tapi Simpanan : Jika ada tempoh simpanan 20 tahun, maka that 20 years itu adalah tempoh menyimpan dan bukan tempoh berhutang. Inilah falsafah simpanan Aspirasi - we avoid loan, but we create saving.


Kesimpulannya,


‼️ Saving lah dimana-mana pun, asalkan ia sesuai dengan kehendak anda dan sesuai dgn “Falsafah” simpanan anda.


‼️ As long as ia tempat menyimpan yang boleh jana keuntungan, maka ia tempat simpanan yang baik.


‼️ Tujuan utama posting ini dibuat bukanlah atas tujuan menyatakan kelebihan Aspirasi berbanding produk lain dan bukanlah sebaliknya juga. Ia sekadar posting pemberitahuan agar tidak wujud kekeliruan antara perbezaann channel simpanan yang ada di dalam negara kita sebab setiap medium simpanan ada kekuatan tersendiri.


‼️Falsafah Simpanan yang paling ideal adalah “diversify your money”


Untuk lebih Penerangan? Klik dibawah. Kita mengopi sama2.

CALL ME

Sabtu, 27 November 2021

Jangan Pernah Mengalah

#Repost @jentikhati 
——
Jangan pernah mengalah dengan kehidupan kita, kerana Allah tidak pernah mengalah untuk menunggu taubat kita.

Dengarkan baik-baik sahabat ku.. Kehidupan ini tidak semuanya terjadi sesuai dengan apa yang kita inginkan.

Terkadang, kita harus mengalah untuk meraih kemenangan. Dan terkadang pula, kita memang harus menerima kekalahan itu. 

Ketika kau sedih, jangan pernah berfikir Allah  itu tidak adil. Boleh jadi, kesedihan itu adalah jambatan menuju kebahagiaan." 

Syukuri nikmat yang dikurniakan oleh-NYA...
Insafi segala kekurangan dan kegagalan...
Jangan pernah mengalah dengan kehidupan ini...
Pasti ada sinar di masa akan datang...

Bila jatuh dan terasa mahu putus asa,
lihatlah pada sungai yang mengalir walaupun dihalang bebatu Dan Ibarat air mengalir ia akan sampai kemuaranya...

Jangan pernah terpedaya dengan kehidupan dunia ini...
Siapkan bekal di hari esok.
.
Hidup ini adalah perjalanan panjang yg penuh berliku....
hanya Allah yg memahami semuanya...
Allah tempat kita bersandar...
Allah tempat kita menangis dan mengadu segalanya....
Dan Allah jua tempat kita  kembali.
.
Selalu lah berkata dan ingat dalam diri ini bahwa allah tak akan menguji hamba hambaNya di luar batas kemampuannya.
.
Sahabat aku tahu engkau  mampu berdiri dan menumpang dijalan takdir dan juga mampu memikul beban dan ujian ini.
.
Selalulah  berkata Allah sentiasa ada bersama ku...
Selalu dan selalu..
.
INGATLAH SAHABAT HIDUP INI ADALAH PERJALANAN...
JANGANLAH ENGKAU MERASA LELAH...
JANGANLAH ENGKAU BERPUTUS ASA....
JANGANLAH ENGKAU BERHENTI...
TERUSLAH BERJALAN....
SAMPAI WAKTU  ITU TERHENTI..

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post