Rabu, 28 Mei 2008

Air mutlak dan air mustakmal

Sebagaimana yang lazimnya kita pelajari daripadaustaz-uztaz atau buku-buku tentang Fardu ‘Ain, airmustakmal itu tidak boleh dibuat untuk bersuci.Sekiranya air mustakmal itu digunakan untuk berwuduknescaya wuduk kita itu dianggap terbatal. Wuduk yangbatal akan menjejaskan keabsahan solat seseorang. Olehsebab itu permasalahan air mustakmal harus kitaperhatikan dengan serius kerana solat adalah perkarayang pokok di dalam Islam. Ini sebagaimana sabdaRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnyaadalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad. -Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 2541.DEFINISI AIR MUSTAKMAL.Air mustakmal adalah air yang suci tetapi tidakmenyucikan. Ia adalah air yang telah digunakan untukmengangkat hadas sama ada hadas yang kecil (berwuduk)atau hadas besar (mandi wajib). Ini bermakna air yangtelah dibasuhkan kepada anggota yang wajib sekiranyaditadah semula dan air itu tidak sampai dua kolah,maka air itu dikira sebagai air mustakmal iaitu tidakboleh di buat bersuci. Ia hanya boleh dibuat minumatau makan sahaja atau membasuh benda-benda yang bukannajis. Begitu juga sekiranya air basuhan wajibtertitik ke dalam air yang tidak sampai dua kolah, iadikira mustakmal.ADAKAH TUBUH SEORANG MUKMIN ITU NAJIS?Kebiasaanya yang menyebabkan air itu tidak suci dantidak boleh berwuduk dengannya adalah disebabkan ianyatelah tercampur dengan unsur-unsur najis. Maka adakahtubuh seorang mukmin itu dianggap sebagai najissehingga sekiranya terpercik air dari anggota tubuhnyaia boleh menjejaskan kesucian sumber air untukberwuduk? Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihatsebuah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh:Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjumpadengannya di salah satu jalan kota Madinah, sedangkanwaktu itu dia di dalam keadaan junub. Maka dia punmenyelinap pergi dari Rasulullah lalu mandi, kemudiandatang kembali. Ditanyakanlah oleh Nabi shallallahu'alaihi wasallam kemana dia tadi lalu dijawabnyabahawa dia datang sedang di dalam keadaan junub dantidak hendak menemaninya di dalam keadaan tidak suciitu. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihiwasallam: “Maha Suci Allah, orang mukmin itu tidakmungkin najis.” - Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, no:283Imam al-Bukhari rahimahullah memasukkan hadis ini didalam bab “Keringat Orang Junub dan Seorang MuslimTidak Najis.” Jelas melalui hadis di atas, iamembuktikan tubuh seorang mukmin itu bukanlah najiswalaupun di dalam keadaan berjunub. Oleh itu tidak adaalasan untuk menyatakan bahawa sekiranya terpercik airdari tubuh seorang mukmin lalu jatuh ke dalam bekasair ianya akan menghilangkan kesucian air tersebut.Jelas apabila barang yang suci bertemu barang yangsuci ianya tidak akan memberi pengaruh apa-apa.Tambahan lagi menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalanirahimahullah:Ibnu Hibban (rahimahullah) telah menyebutkan hal inidi dalam satu bab yang tersendiri di dalam kitabnya,sebagai bantahan terhadap orang yang berpendapatbahawa orang yang junub dan berniat mandi wajib, laluair percikan mandi wajibnya itu jatuh ke dalam bekasmaka airnya menjadi najis. - Al-Hafidz Ibnu Hajaral-Asqalani, Fathul Baari, Jilid 2, ms. 469.NABI TIDAK MENGHARAMKAN PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL UNTUKBERWUDUKTerdapat beberapa riwayat yang sabit daripada Nabishallallahu 'alaihi wasallam bahawa air mustakmal ituadalah suci dan boleh digunakan untuk berwuduk. Telah diriwayatkan dari Humran (hamba abdi ‘Uthman),bahawasanya dia melihat ‘Uthman bin Affan mintadibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air daribejana itu ke telapak tangannya dan mencuci keduanyatiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya kedalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumurseraya memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya.Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudiandia (‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihatRasulullah berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”- HadisRiwayat Imam al-Bukhari no: 164.Dari hadis ini jelas kita melihat bahawa ‘Uthmanal-Affan radhiallahu 'anh telah mencelup tangannya kedalam sebuah bejana berisi air dan terus menggunakanair tersebut untuk membasuh anggota wuduk yang lain.Sekiranya air mustakmal itu tidak suci untuk berwudukpasti dia akan menyuruh Humran untuk menggantikan airdi dalam bejana tersebut kerana ianya tidak sah lagiuntuk digunakan untuk berwuduk. Lantas ‘Uthmanradhiallahu 'anh mensabitkan perbuatannya kepadaajaran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.Rubaiyi’ binti Mu’awwidz mengkhabarkan bahawa diamelihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk. Katanya: “Baginda menyapukan kepalanyadengan air yang tersisa dari kedua belah tangannya.” -Hadis Riwayat Imam Abu Dawud no: 110.Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa Nabishallallahu 'alaihi wasallam membasuh kepalanya denganlebihan air yang ada ditangannya tanpa mengambilsumber air yang baru. Jika air mustakmal itu tidakmenyucikan tentu baginda shallallahu 'alaihi wasallamakan mengambil air yang baru untuk menyapu kepalanya.Dari ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Akupernah mandi janabah bersama Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam dari satu bejana dan tangan kamibergiliran memasuki bejana itu. - Hadis riwayat Imamal-Bukhari no: 261.Ukuran jumlah air dalam bejana ini diterangkan oleh‘Aisyah radhiallahu 'anha melalui sebuah riwayat lagi.Daripada ‘Aisyah dia berkata: Aku mandi bersama Nabishallallahu 'alaihi wasallam dari satu bejana darisebuah bejana yang disebut al-Faraq. - Hadis riwayatImam al-Bukhari no: 250.Ulamak berbeza pendapat tentang ukuran al-Faraq. Adayang menyatakan ianya 16 rithil atau 3 sha’ (lebihkurang 6.5kg atau 8.25 liter) air dan lain-lain. Apapun jua ukuran tersebut ianya tetap kurang dari ukurandua kolah. Apa yang jelas bagi kita Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam telah mandi wajib bersama‘Aisyah dan mereka berdua telah mencelupkan tanganmereka ke dalam bejana atau al-Faraq tersebut tanpamenggantikannya dengan air yang baru. Ini menunjukkanair mustakmal tetap suci untuk digunakan untukbersuci. Selanjutnya imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkansebuah athar secara mu’allaq:“Jarir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh memerintahkankeluarganya untuk berwuduk dengan sisa air yang diapakai bersiwak (membersihkan gigi dengan kayu sugi)” -Athar Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari,Kitab al-Wudhu’, Bab “Mempergunakan Sisa Air Wudhu’Orang Lain.”Mengikut amalan kebiasaan di Malaysia ternyata sisaair yang dipakai untuk mencelupkan kayu siwak/sugiadalah termasuk dalam jenis air mustakmal yang tidakboleh lagi digunakan untuk berwuduk. Ternyata Jarirbin ‘Abdullah radhiallahu 'anh seorang sahabat yanghidup sezaman dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallamtelah menyelisihi amalan yang lazim diamalkan diMalaysia ini. Abu Juhaifah berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihiwasallam keluar menemui kami waktu tengahari, laludibawakan air kepada beliau untuk berwuduk makamanusia mengambil sisa air wuduknya, kemudianmenyapukan ke badan mereka..” - Hadis Riwayat Imamal-Bukhari no: 187Berkenaan dengan hadis ini al-Hafidz Ibnu Hajarrahimahullah berkata: “Di sini terdapat keteranganyang sangat jelas mengenai sucinya air mustakmal.” -Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, Jilid 2, ms. 196Apa yang dapat kita simpulkan dari riwayat-riwayat diatas adalah air mustakmal itu suci lagi menyucikantanpa timbulnya keraguan. Syaikh Sayyid Sabiqrahimahullah berkata:Hukumnya (air mustakmal) suci lagi menyucikansebagaimana halnya air mutlak tanpa berbezasedikitpun. Hal itu adalah disebabkan asalnya yangsuci, sedangkan tidak dijumpai satu alasan pun yangmengeluarkannya dari kesucian itu. - Sayyid Sabiq,Fikih Sunnah, Jilid 1, ms. 36BENARKAH IMAM AL-SYAFI’I MENOLAK PENGGUNAAN AIRMUSTAKMAL DALAM WUDUKSetelah penulis merujuk kitab al-Umm karangan Imamal-Syafi’i rahimahullah tentang al-Thohaarah (bersuci)jilid 1, halaman 32 hingga 44, ketika beliaumembicarakan hukum penggunaan air yang kurang dari duakolah, ternyata perbincangan beliau lebih berkisartantang apabila air yang kurang dari dua kolahtersebut bercampur dengan najis. Maka di dalam keadaanini hukum air tersebut adalah tidak menyucikan dantidak sah digunakan untuk berwuduk. Sedangkan bagi airyang umat Islam di Malaysia definasikan sebagaimustakmal maka beliau menganggap ianya suci lagimenyucikan. Telah tertulis di dalam kitab al-Umm:Al-Rabi’ berkata: “Peluh orang Kristian, orangberjunub dan wanita yang sedang haid itu suci.Demikian juga peluh orang majusi dan peluh setiapbinatang ternak itu suci. Air sisa minuman binatangternak dan binatang buas seluruhnya itu suci kecualianjing dan babi.Al-Rabi’ berkata dan itu adalah kata al-Syafi’ibahawa: “Apabila seorang meletakkan air, lalu diamengerjakan sunat dengan bersugi dan dia membenamkansugi itu di dalam air, kemudian dia mengeluarkannya,nescaya dia dapat berwuduk dengan air itu. Kerana yangtedapat pada sugi itu adalah air liurnya. Dan kalaudia meludah atau berdahak atau berhingus dalam air,nescaya tidak menajiskan air itu. Binatang ternak itusendiri minum di dalam air dan kadang-kadangbercampuran air liur dengan air maka tidaklahmenajiskan air kecuali binatang itu anjing dan babi.Begitu juga kalau berpeluh, lalu peluhnya jatuh dalamair, nescaya tidak menajiskan. Kerana keringat manusiadan binatang ternak itu tidak najis. Dan sama sahajadari tempat manapun peluh itu, dari bawah bahu ataulainnya. - Al-Imam al-Syafi’i rahimahullah, Al-Umm(Kitab Induk), jilid 1, ms. 38.Selarilah pandangan Imam al-Syafi’i rahimahullahdengan hadis-hadis yang sabit dari Nabi shallallahu'alaihi wasallam tentang keabsahannya menggunakan airmustakmal untuk berwuduk.Berkenaan dengan hukum penggunaan air mustakmal iniDr Yusuf al-Qaradhawi berkata:Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa di sana ada airyang suci namun tidak menyucikan yang mereka sebutkandengan air mustakmal…Namun tidak ada dalil manapunyang menunjukkan akan kebenaran pendapat ini bahkandalil sebaliknya (sucinya air mustakmal) menunjukkandengan sangat jelas. - Dr. Yusuf al-Qaradhawi, FikihThaharah, ms.52.Pengarang Kitab Shahih Fikih Sunnah pula berkata:Dalam hal ini (penggunaan air mustakmal) para ulamakberbeza pendapat, apakah ia tetap suci atau tidak?Pendapat yang paling kuat menyatakan bahawa ia masihtetap dianggap air yang dapat menyucikan selagi tidakkeluar dari nama air mutlak dan tidak bercampur dengansuatu najis yang sampai mempengaruhi salah satusifatnya (iaitu warna, bau dan rasa). Ini adalahpendapat Ali bin Abu Thalib, Ibnu ‘Umar, Ibnu Umamah,segolongan ulamak salaf, yang masyhur dari mazhabMalik, salah satu riwayat daripada Syafi’i dan Ahmad,pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Mundzir dan pendapat yangdipilih oleh Syaikh al-Islam (Ibnu Taymiyyah). - AbuMalik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah,jilid 1, ms. 160.Adalah harapan penulis dengan penjelasan yang serbaringkas ini akan dapat menghilangkan keraguan tentangkesucian air mustakmal untuk digunakan ketikaberwuduk. Maka air yang di dalam baldi, tong drum,kolah dan sebagainya yang biasa kita gunakan di rumahuntuk menyimpan air adalah dibenarkan untukdipergunakan untuk berwuduk walaupun telah terpercikdengan air dari badan kita. Air di dalam bekastersebut adalah sama hukumnya dengan air mutlak selagitidak bercampur dengan najis atau berubah bau, warnadan rasanya.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post