Selasa, 12 Mei 2009

bir tanpa alkohol

Adeh. Pening kepala den baca berita ni. Dah la semalam puas tengok drama minggu ini di DUN Perak.

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.


Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol (Kredit berita & gambar Utusan)

1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam.  Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.

2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.

3. Berkaitan dengan hukum arak yang ada dibahaskan dalam 4 mazhab Sunni, memang ada sedikit perselisihan. Tetapi perselisihan itu sudah dirungkai lama.

4. Mazhab Hanafi ada menyebut, al-khamr (arak) adalah minuman yang dibuat daripada anggur. Maka selain daripada al-khamr maka ia boleh diminum. Sebab apa yang disebut oleh Allah swt dalam al-Quran adalah perkatan al-khamr.

5. Tetapi mazhab yang lain menyatakan, apa-apa yang memabukkan adalah haram. Bukan sahaja al-khamr. Air tapai, air nira kelapa pun boleh jadi haram kalau ianya memabukkan. Apatah lagi kalau namanya beer, wine, champagne dan seterusnya.

Kenapa Mazhab Hanafi Berpandangan begitu ?

1. Kita perlu faham, Imam Hanafi ini adalah orang Kufah. Jauh tempatnya dari sumber hadis yang utama ketika itu iaitu Madinah. Maka, ada ijitihad yang dibuat oleh Imam Hanafi ini tanpa berlandaskan hadis yang shahih.

2. Isu bahasa. Sebab pada pengertian mereka, al-khamr itu adalah minuman daripada anggur sahaja. Macam kita lah, orang Kelantan cakap , “Gi selalu.” Selalu dalam konteks itu maksudnya “sekarang.” Tetapi orang luar Kelantan faham “selalu” tu adalah “sering dibuat”.

3. Dan pandangan tersebut telah dibalas oleh ulama lainnya yang menyatakan pendapat Mazhab Hanafi itu tidak tepat.

4. Ia berdasarkan hadis-hadis yang ada menyebut setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Bir tanpa alkohol

1. Adakah alkohol adalah illah pengharaman arak ? Tidak. Sebab haramnya arak sebab ia memabukkan.

2. Maka apa-apa sahaja yang memabukkan boleh jadi haram. Tidak kisahlah namanya apa.

3. Barangkali ada yang tanya, “Macam mana kita nak tahu sesuatu tu memabukkan atau tidak ? Jadi, apa salahnya kita rasa dulu bir tersebut. Dah mabuk, baru kita boleh sahkan ia haram!” Maaf. Bukan macam tu ya tuan-tuan.

4. Sekarang juga ada ilmu sains. Jadi seharusnya orang dalam bidang kimia boleh tahu apakah bahan-bahan kimia yang menyebabkan sesuatu itu boleh memabukkan. Jadi, ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal. Apatah lagi kalau ia dinamakan bir. Apatah lagi kalau ia boleh masuk ke dalam ekspo perniagaan semacam Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS).

5. Jadi tuan puan yang sudah membaca blog ini, berhati-hatilah. Jangan sesekali anda yang telah membaca blog ini mencuba minum, atau berhasrat menjadi pengedar produk tersebut. Enggak boleh sih!...

dari blog ke blog

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post