Selasa, 2 Jun 2009

Stadium Sultan Mizan Runtuh






KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh jam 7.30 pagi tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008.

Bangunan yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu hampir separuh runtuh (40 peratus) dan tidak boleh digunakan lagi.

Turut tertimbus di bawah runtuhan adalah sebuah kereta Kancil dan empat buah motosikal. Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM).

Menurut sumber, beberapa laporan kerosakan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tentang stadium itu sebelum ini namun ia telah tidak diambil serius oleh pihak berkuasa.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbace kt updated news dlm utusan online, stadium sultan miza, terengganu, roboh. 70% hancur. pergh, lps kes bangunan runtuh kt PJ, ni, kt ganu lak. stadium baru beb. kalau kt PJ tu, leh gak dimaafkan coz bangunan lame. so, sape yg perlu bertanggungjawab? kontraktor le. huhuhu..... kite tunggu je berita terkini.....

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post