Ramai duk tanya bila lagi nak beli rumah sendiri?... asyik menyewa jer.. sampai bila?..
HeeHeeHee
Ok.
Anda ada simpanan dan pendapatan yang mencukupi untuk mendapatkan sebuah rumah sekitar harga RM 200,000.
Kemudian anda berkira-kira untuk terus menyewa rumah selepas berkahwin atau beli sahaja sebuah rumah untuk diduduki. Pening dah tu fikir. ( memang pun ) hehe.
Maklumlah, pembelian rumah adalah perbelanjaan terbesar bagi kebanyakan orang.
Ini adalah panduan mudah untuk anda yang masih berkira-kira untuk
- Menyewa, atau
- Membeli rumah.
Ingat Law of Investing
Don’t fall in love with any of your investmet.
Jangan ada emotional attachment dengan sebarang pelaburan anda.
Kalau sampai masa kena cut loss. Do it. Kalau sampai masa kena take profit. Do it.
No.Emotion.No.Sentimental.
Hm… Mari kita lihat pilihan yang pertama.
Beli rumah.
Ini yang perlu anda buat. Tanya 3 soalan ini.
- Adakah anda boleh mendapat cashflow positive dari rumah tersebut sekiranya ia disewakan sekarang ?
- Adakah keadaan (sewa rumah positive cashflow) tersebut boleh berkekalan untuk 5-10 malah sehingga 20 tahun akan datang ?
- Adakah anda boleh jual kembali rumah tersebut selepas 5-10 tahun dengan keuntungan ?
Anda barangkali telah mempunyai beberapa lokasi pilihan, dan jawapan anda agak berbeza bagi setiap lokasi.
Selalunya ia disebabkan rumah-rumah tersebut bersatus
- Freehold; atau
- Leasehold.
Sekiranya ia berstatus leasehold. Lupakan sahaja untuk membelinya.
Time is not your friend.
Dan sekiranya jawapan anda bagi 3 soalan tersebut kesemuanya adalah
YA!
Maka anda telah berjumpa kawasan perumahan yang sesuai untuk anda.
Yuhuu…!
Hubungi ejen. Atau hubungi tuan rumah. Sediakan deposit. Kumpul dokumen. Cari peguam. Cari bank.
Beli!
Tetapi sekiranya ada satu jawapan yang
Tidak
Cukuplah dengan menyewa sahaja sehinggalah anda berjumpa dengan lokasi yang betul.
Habis cerita.
Kenapa?
Wah. Perlu ke saya beritahu ?
Anda memang nak tahu juga ?
Ok. Ini sebab-sebabnya.
- Harga rumah leasehold tidak boleh naik setinggi harga rumah freehold di kawasan yang sama.
- Anda masih muda dan bekerjaya. Sekiranya anda telah cukup wang untuk membeli rumah pada usia yang muda ia menunjukkan anda mempunyai kerjaya dan pendapatan yang baik.
- Memandangkan anda masih muda, selalunya anda akan ditawarkan dengan pekerjaan lain, kenaikan pangkat dengan gaji yang lebih tinggi.
- Bila gaji sudah lebih besar, anda akan mula mencari rumah yang lebih besar dan selesa untuk diduduki sesuai dengan status anda ketika itu.
- Mungkin untuk suasana kerjiranan yang lebih baik untuk keluarga anda.
- Oh, mungkin anda perlu berpindah tempat kerja di tempat lain.
- Hmm, mungkin anda nak balik kampung bila dah tua nanti.
- Jadi, bila keadaan itu berlaku 5-10 tahun lagi, anda boleh memilih untuk menjual rumah tersebut dengan keuntungan.
- Jika anda tidak mahu menjualnya, anda boleh menyewakannya kepada orang lain dengan keuntungan.
- Money is made when you buy, not sell.
- You must have more than 1 exit strategy.
Wow!
Nanti.
Tiada siapa tahu masa depan. Walaupun sekarang potensi rumah itu bagus, tetapi pada masa depan belum tentu.
Tetapi kalau anda merancang dengan baik, potensi kerugian anda boleh dikurangkan.
Perancangan yang baik.
Ikut perancangan tersebut.
Itulah yang anda perlukan.
1 ulasan:
lebih baik membeli sekiranya mampu....
Catat Ulasan