Khamis, 31 Disember 2009

Gerhana Pada awal tahun baru 2010


Pada awal pagi 1 Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.

Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!


Sumber :http://shadowandsubstance.com



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x sabar mau tgk kebesaran Tuhan!

Feature Post

Coffee ratio worldwide

Coffee-to-Milk Ratio: Finding Your Perfect Brew The secret often lies in the coffee-to-milk ratio! Getting this balance right ca...

Popular Post