
Dubai World milik kerajaan, konglomerat pembangunan, memohon penangguhan enam bulan daripada membayar hutang hampir AS$60 bilion.
Krisis itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan syarikat terbabit, yang terlibat dalam projek di seluruh dunia. Perkembangan itu mengejutkan sektor kewangan yang sememangnya lemah.
Laporan EFG Hermes yang mendakwa Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang kini dilanda krisis kewangan dianggarkan memiliki hutang sebanyak AS$150 bilion (RM508.5 bilion), termasuk pinjaman-pinjaman dua hala.
Menurut laporan itu lagi, jumlah hutang Dubai dianggarkan sebanyak AS$84.2 bilion hanya membabitkan pasaran modal hutang seperti bon, sukuk dan pinjaman bagi syarikat-syarikat Dubai Inc.
Setakat ini, tiada sesiapa tahu tentang kemampuan syarikat-syarikat dari Dubai membayar hutang masing-masing.
Jelasnya, kerajaan Dubai juga tidak dapat menjamin syarikat-syarikat berkenaan mampu berbuat demikian.
Para penganalisis menyatakan krisis Dubai World merupakan satu gejala yang kurang menyenangkan.
Dubai tidak mempunyai sumber minyak.
Namun pada masa lalu, ia menjadi bandar pesat membangun, meningkatkan hutang ekoran pembinaan pulau buatan, pusat beli-belah yang dilengkapi kemudahan ski dan menara tertinggi dunia.
Harga hartanah di bandar gurun itu juga menjunam sebanyak 50 peratus akibat krisis tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan