Salam semua,
Sebagai seorang pekerja, kita ada hak untuk TIDAK melakukan sesuatu kerja sekiranya kita tidak diberi alatan perlindungan diri atau perkataan glamernya PPE. Jangan lepas ni sebut ‘alatan perlindungan diri’ nanti kena gelak, sebut jer PPE, Personal Protective Equipment.
Satu pesanan aku pada kawan-kawan di luar sana yang ghairah nak bekerja di bidang ini. Sekiranya kita diarah untuk melakukan sesuatu kerja, yang agak berisiko tinggi, pastikan kita betul-betul mengikut procedure yang ditetapkan dan jangan sesekali melakukan short cut, atau jalan pintas. Dan, sekiranya berlaku apa-apa incident, ketahuilah supervisor anda akan selamatkan punggung dia terlebih dahulu. Ini perkara biasa. Maka andalah kambing yang telah dihitamkan. Client supervisor sekalipun, kalau dia sendiri yang buat silap, jaga-jaga kesilapan itu boleh dipusingkan kepada anda semula. So, kalau rasa tak boleh buat, atau rasa tak confident tu jangan buat, mesti ada ikhtiar lain.
Ok lets go one by one. Anyway ini hanyalah basic PPE yang anda perlu ada.
Safety HelmetSafety helmet ada berbagai-bagai jenis, brand dan bentuk. Yang penting pada helmet tu musti ada code ni BS EN 397. Ini ialah British Standard yang dah set kan standard piawaian, macam Sirim. So lain-lain safety helmet yang takde code ni, bukan tak leh pakai tetapi tidak up to standard lah, cuba check safety helmet anda, BS atau cap ayam punya.
Safety Glass
Orang Ganu panggil spek. Pastikan ada safety glass anda meet or exceed ANSI Z87.1+ Standards and EN 166-F standard. Kalau ada code ni then OK boleh pakai. Kalau nak pakai sun glasses pun boleh tapi bergantung kat mana kita nak bekerja.
Safety Boot
Safety boot yang paling jadi tumpuan ialah Red Wing, tapi mahal sepasang boleh cecah RM300.00. Kalau bawak gi sembahyang di masjid, lepas tu biasanya hilang la. Mahal ka murah ke pastikan ada code ini : BS EN 345, DOSH SS06103.
Coverall
Sesetangah tempat mewajibkan pemakaian coverall. Penguatkuasaan ini disebabkan kawasan yang mudah terbakar atau terdapatnya mercury dan H2 di atas yang boleh tersebar dalam bentuk gas.
Company anda wajib menyediakan semua keperluan ini, dan sesetengah company issue 1 kali dalam setahun. OK la tu tidak perlu keluarkan duit, tapi kalau ada duit lebih boleh beli yang lebih mahal untuk keselesaan diri.
Lain-lain PPE yang anda perlu ada ialah gloves, safety harness, face shield, disposable coverall dan banyak lagilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan