Salam.. Atas permintaan para sahabat. Post kali ini berkisar tentang Teknologi dan kejuruteraan. Dan atas permintaan juga mengenai Reactive Power ( VAR ). Bagi anda yang bertugas di bilik kawalan yang ada mempunyai Turbine Generator, perkataan KVAR - TNB, TG Power, Reactive Power tidak akan asing lagi. sebenarnya
bukanlah mudah untuk seseorang yang bukan teknikal memahami apakah itu power factor. Ringkasnya sedikit penerangan yang berikut dapat membantu anda memahaminya. Untuk memudahkan pemahaman, mari kita bayangkan seekor kuda yang sedang menarik keretapi seperti rajah di bawah:
Untuk memahami apa itu Power Factor, andaikan seekor kuda yang sedang menarik sebuah keretapi di atas landasan. Kuda tersebut hanya boleh menarik keretapi tersebut dari sisi landasan sahaja kerana kuda tidak dapat bergerak lebih pantas di atas landasan. Ini bermakna kuda tersebut sedang menggunakan tenaganya yang dikenali sebagai 'total (apparent) power' untuk menarik keretapi tersebut. Tenaga yang digunakan oleh keretapi untuk bergerak di atas landasan pula dikenali sebagai 'working (real) power'.
Oleh kerana kedudukan kuda tersebut semasa menarik adalah berada di sisi keretapi, maka tidak semua tenaga kuda dapat dioptimumkan, walaupun hakikatnya kuda tersebut telah menggunakan seluruh tenaganya!. Oleh itu pembaziran tenaga kuda berlaku dan pembaziran tersebut adalah 'nonworking (reactive) power'.
Kedudukan iaitu sudut dimana kuda tersebut berada semasa menarik keretapi tersebut adalah dipanggil Power Factor, dimana ia adalah nisbah antara 'working (real) power' dan 'total (apparent) power'. Formulanya adalah seperti berikut:
Power Factor = Working (Real) Power
Total (Apparent) Power
Sebenarnya semakin hampir kuda tersebut dengan landasan, maka semakin banyaklah tenaga yang dapat digunakan untuk menarik keretapi tersebut. Dengan kata lain semakin kuranglah pembaziran tenaga kuda tersebut.
Oleh yang demikian nilai 'working (real) power' tadi akan semakin menyamai dengan 'total (apparent) power'. Jadi, semakin lama nilai nisbah antara keduanya akan menghampiri kepada 1. Apabila Power Factor menghampiri 1, maka 'reactive (nonworking) power' akan menghampiri kepada 0. Ini bermakna tiada pembaziran langsung pada tenaga kuda tersebut!
Contoh perkiraan Power Factor.
Dalam satu ujikaji nilai berikut di ambil contoh:
Real Power = 100 kW, Apparent Power = 142 kVA, Reactive Power= 100 kVAR Real power adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil penggunaan semasa.
Power Factor = 100 / 142 = 0.7 atau 70%
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan