Isnin, 21 Jun 2010

Pelaburan halal dan haram


Sebelum melabur atau membeli saham-saham di mana-mana syarikat, anda wajib pastikan syarikat tersebut tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang haram disisi Islam. Bagi yang mahu melabur dengan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, anda boleh menyemak sama ada syarikat tersebut ‘syariah compliant’ atau tidak melalui website Bursa Malaysia dan meneliti aktiviti perniagaan syarikat terbabit dengan membaca prospektus mereka dan pastikan mereka tidak terlibat dengan jenis perniagaan ini:

1- Arak
Sudah Termaktub dan jelas di dalam al-Quran bahawa arak itu haram qatie. Sepuluh golongan yang terlibat dengan arak yang dilaknat
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnyadan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). Antara syarikat yang berkait dengan arak adalah Carlsberg serta F&N.

2- Babi dan Produk Barangan daripada Babi
Memakan Babi adalah haram, dan produk barangan daripada babi adalah Najis.

3- Rokok
Walaupun terdapat pelbagai fatwa mengenai rokok, Ini adalah kerana merokok sudah sah-sah membahayakan kesihatan dan membawa kemudaratan kepada umat Islam. Oleh itu membeli saham syarikat rokok adalah Haram kerana ianya membawa kepada darurat yang lebih besar. Contoh syarikat British American Tobacco (BAT).

4- Perjudian
Ini adalah termasuk gambling, betting, lumba kuda seperti Sports Toto, Internet gambling dan banyak lagi bentuk perjudian. Skim-skim loteri juga dihukumkan haram kerana termasuk dalam perjudian. Contoh adalah Genting Berhad.

5- Pornography
Melihat aurat manusia dan juga melihat sesuatu yang haram dilihat yang menimbulkan syahwat adalah haram disisi Islam.
Di dalam surah an-Nur, ayat 30 dan 31, Lelaki dan perempuan Islam disuruh untuk menundukkan pandangan.
Melabur di dalam syarikat yang menjual barangan yang berkatian dengan porno adalah haram kerana ianya membantu dalam menyebarkan kegiatan yang haram di sisi Islam.

6- Riba dan Perniagaan yang tertumpu kepada Riba

Riba adalah haram.

Allah telah menyebut di dalam surah al-Baqarah ayat 278-279 bahawa diisytihar perang oleh Allah dan Rasul bagi sesiapa yang mengamalkan riba.

Riba ini sebenarnya tidak pun menambahkan kekayaan dan lebih menjarakkan jurang pendapatan antara yang kaya dan yang miskin. Contoh Bank konvensional, kad kredit.

Jadi dunia sekarang riba amatlah susah untuk dielakkan 100%, ada terdapat pandangan ulama yang mana adalah dibenarkan melabur di dalam syarikat yang pendapatannya yang datang dari sumber yang mempunyai unsur riba tidak melebihi 25%. Akan tetapi ini adalah dengan syarat kita hendaklah ‘membersihkan’ pulangan dariapada pelaburan tersebut dengan sadaqah atau memberi sebahagaian pulangan pelaburan kepada pembangunan umum umat Islam. Majoriti institusi kewangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah sektor ‘finance’ adalah tidak diluluskan oleh Shariah Board kecuali Bank Islam Malaysia Berhad dan Takaful.

7- Pelacuran

Hubungan seksual sebelum akad perkahwinan yang sah adalah suatu perbuatan yang terkutuk dan berdosa besar. Oleh itu, mencari keuntungan dengan jalan tersebut adalah haram.

8- Dadah

Kesan dadah adalah sama seperti arak. Ia membawa kemudaratan yang besar kepada masyarakat. Akan tetapi, jika perniagaan yang dijalankan berkaitan dadah yang tujuannya sebagai ubat, dibolehkan.

9- Syarikat Insurans Konvensional

Ini adalah kerana terdapat unsur gharar (perkara yang samar-samar dan kurang jelas) di dalam kebanyakan skim-skim syarikat insurans konvensional.

Hukum melabur di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan aktiviti di atas adalah diambil melalui kaedah usul fiqh di mana membantu dalam melaksanakan sesuatu yang haram adalah haram walaupun kita tidak secara langsung melakukan perbuatan itu. Jadi kesemua aktiviti perniagaan adalah haram dalam Islam. Oleh itu, apabila kita melabur di dalam syarikat tersebut, ia adalah umpama kita membantu mereka dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak bertepatan dengan Syariah. Kesannya, pulangan daripada pelaburan tersebut adalah tidak halal. Kalau dah tidak halal, untuk memperoleh keberkatan apatah lagi. Jadi, timbang-timbangkan dan selamat melabur!

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post