Unit Trust/Amanah Saham, hampir majoriti rakyat Malaysia pernah terdengar ataupun telah pun melabur di dalam Unit Trust ataupun Amanah saham yang terdapat di negara kita Malaysia. Paling kurang pun, mesti anda semua tahu tentang Amanah Saham Nasional (ASN atau ASB). Tak pun yang terkini.. Amanah Saham 1 Malaysia.
Ini adalah antara amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Selain daripada itu, terdapat juga amanah saham yang diperkenalkan oleh bank-bank komersil dan bank-bank pelaburan seperti CIMB atau Public Mutual contohnya Public Mutual Dana Islamic Bond ( Public mutual ).
Ramai sudah rakyat Malaysia telah pun melabur dalam amanah-amanah saham ini. Akan tetapi, sejauh manakah pemahaman anda mengenai bagaimana sebenarnya amanah saham/unit trust ini beroperasi ?Mungkin kita pun telah mendengar sedikit penerangan daripada agen-agen atau wakil-wakil bank. Apa yang faham hanya sekadar tahu harga unit amanah saham tersebut. Dan pulangan diperolehi sama ada daripada dividen atau kenaikan harga unit (capital appreciation).
Ramai pelabur tidak pernah mengambil tahu apakah objektif dan portfolio pelaburan sesebuah amanah saham itu yang mana perkara ini sangat penting supaya apa yang anda harapkan sebenarnya selari dengan apa yang amanah saham itu mampu berikan.
Anda mesti tahu ke mana wang anda dilaburkan oleh fund manager amanah saham tersebut contohnya sama ada di dalam saham, sukuk (islamic bond), market dalam negara atau market luar negara.
Melabur di dalam amanah saham ini lebih rendah risikonya berbanding melabur secara terus di dalam saham-saham ( open market ) KLSE akan tetapi, perlu anda ingat, meskipun rendah, risikonya tetap wujud. Tambahan pula, Ramai juga pelabur tidak mengetahui bentuk pulangan yang ditawarkan contohnya seperti sama ada pulangan anda dalam bentuk pulangan tetap (fix income), dividen, ataupun pertumbuhan modal (capital appreciation).
Sekiranya anda mahukan pulangan dalam bentuk bayaran tetap, anda mestilah melabur dalam unit amanah yang menawarkan pulangan tetap, bukan amanah saham yang objektif pelaburannya dalah pertumbuhan modal. Jika tidak, jika ditakdirkan bahawa amanah saham yang berobjektif pertumbuhan modal itu menghadapi masalah seperti berlakunya krisis ekonomi dunia baru-baru ini yang mana terdapat amanah saham yang harga unitnya jatuh sehingga 50%, mungkin sehingga anda meninggal dunia pun anda tiada rezeki menikmati pulangan pelaburan anda.
Anda perlu sedikit sebanyak study dulu mengenai amanah saham yang anda minati supaya anda dapat memaksimumkan rate of return yang anda sebenarnya harapkan.
Tetapi anda perlu ingat, sebagai seorang Muslim, anda mesti atau wajib melabur di dalam amanah saham yang berlandaskan Syariah dan bukan portfolio pelaburannya terdapat perkara-perkara haram! Jika tidak, pelaburan anda hanyalah sia-sia kerana duit haram yang anda makan itu akhirnya akan dijilat oleh api neraka di hari akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan