Khamis, 15 Julai 2010

Bahaya Sinaran Terion


Semua pekerja sinaran akan terdedah kepada risiko dedahan sinaran pengionan iaitu dedahan pekerjaan. Dalam kerja-kerja radiografi industri(RI), kawalan dedahan oleh sinar x dan gama adalah merupakan perkara asas dalam keselamatan sinaran. Konsep ALARA (as low as reasonably achievable) hendaklah dipakai agar kita mendapat dedahan minimum. Pekerja RI hanya terlibat dengan dedahan luaran. Tiga prinsip asas kawalan; masa, jarak dan perisai.

1) Masa - kurangkan. Dedahan = Kadar dos x masa.

2) Jarak - jauhkan. Kadar dos menurun secara gandadua dengan jarak iaitu mengikut Hukum gandadua songsang

3) Perisai - gunakan. Sinaran akan diserapkan apabila melalui perisai mengikut hukum eksponen. Perisai dari bahan berketumpatan tinggi adalah sangat berkesan.
Bekerja dalam bilik dedahan adalah yang paling selamat. Dinding bilik dedahan biasanya dibuat dari konkrit berketumpatan tinggi (2.35 g/cc). Manakala pintu pula diperbuat dari plumbum (12.4g/cc). Rekabentuk 'labyrinth' adalah yang paling ekonomik dan praktikal.
Jika kerja radiografi perlu dilakukan di lapangan, penggunaan kolimator (dibuat dari Plumbum atau Tungsten) adalah sangat-sangat digalakkan bagi punca radiaktif

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post