
BANK ISLAM TU LOAN DIE HALAL KER??? Aritu mase nak beli kereta..pi tanye BANK ISLAM (BIMB), die kate interest rate =4 %, tanye BANK RAKYAT seblah 3.9%…kire same lah so dimanekah status kehalalannyer??.. hanya kerana ade panel syariah 4% tuh halal???- just like that???
1. Ini adalah persoalan biasa yang selalu bermain dalam pemikiran pengguna. Perbezaan bank riba vs bank Islam.
2. Seharusnya persoalan ini boleh dijawab oleh semua pegawai yang bertugas di mana-mana perbankan Islam. Tetapi malangnya ia tidak selalu berlaku. Ramai pegawai perbankan Islam sendiri tidak tahu bagaimana proses shariah di sebalik produk pembiayaan di bank masing-masing. Ini adalah satu situasi yang menyedihkan. Sekiranya pegawai sendiri ramai tidak tahu, bagaimana pengguna boleh menjadi lebih tahu ?
3. Perbankan Islam tidak memberikan sebarang bentuk pinjaman (loan / qard). Proses pembiayaan peribadi misalnya dibuat menerusi kontrak jual beli yang menghasilkan hutang (debt / dayn) seperti bai al-inah dan juga tawarruq. Hutang yang dihasilkan bukan dari kontrak pinjaman tetapi kontrak jual beli.
4. Komen di atas adalah persoalan mendapatkan pembiayan pembelian kereta. Majoriti bank Islam di Malaysia menggunakan kontrak sewa dan kemudian beli atau dalam istilah Arab, ijarah thumma al-bay’ (AITAB) dan ada juga yang menggunakan BBA. Menerusi AITAB, bank adalah pemilik kereta dan pelanggan bank menyewa dari bank dan di penghujung tempoh sewaan, akan disusuli kontrak pembelian.
5. Sekiranya pegawai itu menyebut “interest rate” maka pegawai itu sendiri sebenarnya tidak faham. Dan sekiranya pegawai menyebut “profit rate” dan pengguna menyangka ia adalah “interest rate”, maka pengguna yang tidak faham.
6. Produk pembiayaan kereta misalnya, panel shariah berperanan memastikan struktur produk pembiayaan itu menepati syarat sewa beli dalam Islam dan pegawai shariah pula perlu memastikan pegawai lain mengikut sepenuhnya prosedur yang telah ditetapkan oleh panel shariah. Pembentukan satu mekanisma yang memastikan sekiranya berlaku pelanggaran prosedur shariah yang penting, bank wajib mengisytiharkan pendapatan yang diterima adalah satu pendapatan yang tidak halal justeru ia perlu dimasukkan dalam tabung kebajikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan