Ahad, 26 Disember 2010

Kebakaran Di Unit Hydrotreater Naptha



Satu kebakaran kecil berlaku di dalam kawasan loji penapisan minyak Petronas Penapisan Terengganu Sdn. Bhd. (PPTSB) di Kawasan Perindustrian Kerteh dekat sini malam tadi.

Bagaimanapun, kebakaran kira-kira pukul 11.50 malam itu dapat dikawal daripada merebak dan berjaya dipadamkan bomba dalam tempoh 30 minit.

operasi Kompleks Petrokimia Bersepadu Petronas di Kerteh dihentikan buat sementara waktu berikutan kejadian kebakaran tersebut.

Petronas Chemicals Group Berhad dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, kebakaran itu berlaku di Unit Hydrotreater Naptha.

Sebagai langkah keselamatan, operasi di kompleks terbabit dihentikan. Bagaimanapun kawasan berhampiran kilang aromatik dalam kompleks itu tidak terjejas.

Tiada ulasan:

Feature Post

Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Natanz Musnah: Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran Pada tengah malam tadi, Israel telah melanc...

Popular Post