Selasa, 5 Julai 2011

Fikir - fikirkan


“Learning without thinking is useless. Thinking without learning is dangerous.” - Confucius

Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!

Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama.

Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru tiada faedah pelajar lulus peperiksaan tetapi tidak menyertai latihan berfikir di sepanjang pembelajaran itu. Lulus dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Tanda kelulusan dengan hafalan dan bukan kefahaman, ialah apabila hafalannya tidak dapat menguruskan realiti. Tafsirannya di awangan, terjemahannya berterbangan. Ideanya sangat tekstual, hingga teks berpisah dari konteks.

Terimalah teguran-teguran Allah, kepada manusia yang enggan berfikir. Hakikatnya kemalasan berfikir adalah suatu dosa.

Tiada ulasan:

Feature Post

February 2026 antara yang menarik

FEBRUARI 2026, Langit Bercerita, Ramadan Menjelang🌙🔭 Februari ini sarat dengan keindahan dan makna, bermula 2 Feb (Bulan Penuh & Pasan...

Popular Post