Khamis, 15 Mac 2012

Masalah

Sebab kenapa Tuhan turunkan masalah kepada anda


1. Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah. Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah.

2. Sebagai balasan atas dosa-dosa Anda. Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar. Masalah diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak meminta ampun.

3. Adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat. Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan sentiasa memohon maaf pada orang2 disekeliling.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post