Rabu, 7 Mac 2012

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)



Berita mengenai skim ini memang menjadi topik hangat di kampung-kampung, maklumlah, syarat utama kelayakan untuk menyertai skim ini adalah mesti mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 sebulan. Jadi memang ramai lah makcik-makcik jual karipap, janda-janda dan ibu tunggal berpusu-pusu ke bank untuk mendapatkan borang tersebut.
Apa yang menarik tentang Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia ini?
Dengar katanya dengan bayaran RM5,000 , tapi kalau takde duit RM5,000, boleh buat pinjaman. Tapi yang bestnya… pinjaman tu tak payah bayar.. sebab, bila dah labur dalam skim ini, tiap-tiap bulan dapat untung RM134 selama 5 tahun.
Sedangkan bayaran bulanan semula bagi pinjaman RM5,000 itu, hanyalah RM88 sebulan. Bermakna, tiap-tiap bulan… dapat pulangan RM134, tolak ansuran bulanan RM88, maka.. masih ada baki dan untung RM50 lagi tiap-tiap bulan!
Boleh keluarkan RM50 ini tiap-tiap bulan, atau biarkan sahaja sampai genap 5 tahun, lepas tu, pihak pelabur akan ada wang terkumpul sebanyak  RM8,000  dalam akaun pelaburan mereka!.
Pendek kata, dapatkan borang mohon pinjaman dan penyertaan skim ini, kemudian, selepas diluluskan… tiap-tiap bulan boleh keluar RM50, atau biarkan sahaja wang tersebut tanpa perlu buat apa-apa, selepas 5 tahun, boleh keluar terus RM8,000. Wah!
Sekali pandang.. skim ini nampaknya akan dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Memang ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung serta golongan orang-orang asli yang menyambut baik skim ini. Objektif skim ini untuk membolehkan rakyat menabung dan melabur mungkin akan tercapai.
Namun begitu, timbul beberapa isu yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai skim ini… antaranya :-
  • Adakah skim pelaburan ini patuh syariah? Sebab kalau ikut hujah Ustaz Zaharuddin, pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap adalah haram.
  • Bagaimanakah keuntungan yang begitu tinggi boleh dijana oleh pengurus dana? iaitu 32% setahun 
  • Dimanakah wang-wang pelaburan tersebut akan dilaburkan? Hartanah? Saham?  Emas?
Bagi anda yang membaca blog ini, mungkin skim ini tidaklah begitu releven dengan anda…  tapi apakah pendapat/pandangan anda jika ada saudara-mara atau jiran tetangga anda yang bertanyakan anda mengenai skim ini?
Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.

Tiada ulasan:

Feature Post

Coffee ratio worldwide

Coffee-to-Milk Ratio: Finding Your Perfect Brew The secret often lies in the coffee-to-milk ratio! Getting this balance right ca...

Popular Post