Khamis, 5 Julai 2012

Kaya dan Berjaya

1. Sekiranya anda mempunyai kerjaya yang baik seperti doktor, peguam dan cikgu jangan berhenti kerja dan jadi ejen insurans, unit trust dan MLM. kita tahu salesperson dalam bidang tertentu memang senang jadi kaya raya. Namun jadilah the great teacher Onizuka, ops maaf, jadilah yang paling power dalam bidang tersebut.

2. Doktor bedah yang paling hebat. Peguam lawan kerajaan yang paling dahsyat. Cikgu yang paling pakar memandaikan anak bangsa. Ya, pakar. Bukan sekadar doktor, peguam dan cikgu biasa.

3. Kejayaan akan mencari kalian. Bak kata Ranchodas Chanchad dalam filem 3 Idiots:

Pursue excellence, and success will follow.

4. Cuba tengok orang yang berjaya macam Profesor Dr Muhaya, dia jadi pakar mata dulu sebelum dia masuk televisyen dan popular dalam masyarakat. Begitu juga dengan Chef Wan, dia jadi pakar memasak dulu sebelum duit masuk kiri dan kanan. Begitu juga Dr Mohd Daud Bakar, pakar Shariah tempatan yang sangat terkenal di seluruh dunia dalam bidang kewangan Islam.

5. Dan untuk menjadi pakar, kita memerlukan 10,000 jam “latihan” atau kira-kira 10 tahun sepak terajang harian dalam bidang yang kita pilih.


Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post