Khamis, 5 Julai 2012

Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam

Dr Mohd Daud Bakar.

Anak Malaysia yang mendapat penghormatan dalam seluruh dunia kewangan Islam. Beliau merupakan seorang ulama’, penasihat Shariah dan pakar dalam kewangan Islam.  CEO, Amanie Advisors Sdn Bhd – syarikat miliknya sendiri.

Pakar Shariah Yang Dihormati Ramai Pihak

Bukan mudah bagi seorang yang berbangsa lain mendapat penghormatan dari bangsa Arab, syarikat-syarikat Arab malah di kalangan penasihat Shariah berbangsa Arab sendiri. Nama beliau adalah setaraf dengan nama besar seperti Sheikh Nizam Yakubi, Dr Mohamed Ali El-Gari dan Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah.


Sumbangan Di Malaysia dan di Peringkat Antarabangsa

Di Malaysia beliau merupakan  Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan juga Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Duduk dalam pelbagai majlis penasihat Shariah untuk pelbagai institusi kewangan Islam di seluruh dunia.
Orangnya soft spoken, bijaksana dan beliau bukan jenis ulama yang hanya dapat menyatakan ‘haram’ tanpa memberikan penyelesaian terhadap sesuatu isu kewangan Islam. Low profile, khususnya di Malaysia; lebih-lebih lagi di luar lingkungan profesional dunia kewangan Islam, terlalu banyak yang beliau telah buat untuk kebaikan kita umat Islam di Malaysia untuk bebas dari riba, judi dan perkara yang haram dalam urusan kewangan seharian. Meneruskan legasi ulama terdahulu khususnya almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dan yang seangkatan dengannya.

Kita perlu mengambil kesempatan menadah ilmu dengan beliau dalam apa jua peluang. Jika tidak dapat hadir dalam seminar-seminar berkaitan dapatkan buku, penulisan dan kertas kerja yang beliau hasilkan seperti buku yang saya tunjukkan di atas. Jika mahu berjumpa secara peribadi, memang susahlah.

Saya berharap kita  telah mengetahui orang paling penting di Malaysia dalam hal kewangan Islam.

Terima kasih Dr Daud Bakar.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post