Anda sudah tahu mengenai nadir bumi dari artikel "Nadir Bumi". Dari situ andadapat membezakan antara galian nadir bumi dan elemen nadir bumi.
Seperti dijelaskan, Kesatuan Antarabangsa Kimia Tulen dan Gunaan (IUAPC) menggariskan 17 jenis elemen nadir bumi dan hampir kesemuanya dari kumpulan Lanthanide.
Jadual dibawah menjelaskan kegunaan 17 elemen nadir bumi ini di dalam perkembangan industri teknologi berprestasi tinggi.
Elemen Nadir Bumi Ringan (LREE) | KEGUNAAN | ||
Lanthanum | Komponen utama dalam batteri kenderaan hibrid, komputer dan peralatan elektronik. Juga digunakan untuk menghasilkan peralatan lampu rangka basikal, vakum elektrik, sel bahan bakar. Medium terpenting dalam proses penguraian petroleum dll | ||
Cerium | Banyak digunakan dalam industri pembuatan kaca. Merupakan komponen utama dalam pengeluaran panel solar, LED, aloi kalis haba, lampu, penapisan petroleum, seramik pergigian, menapis asap karbon, pengilat kaca dll. | ||
Praseodymium | Digunakan sebagai agen tambahan mengukuhkan struktur aluminium atau besi pada enjin kapal terbang. Juga digunakan dalam magnet super, kaca kalis UV, lampu dan menapis asap karbon. Bahan tambahan dalam penghasilan gentian optik dan besi aloi dll. | ||
Neodymium | Elemen terpenting dalam penghasilan magnet kekal terkuat di dunia. Ia banyak digunakan dalam kenderaan hibrid, turbin jana kuasa angin/air, penghawa dingin, mikrofon, speaker audio, cekera keras (hard-disk), alat bantuan pendengaran, industri permotoran dll. | ||
Promethium | Digunakan dalam kajian nuklear seperti penghasilan batteri-mikro nuklear yang digunakan dalam peralatan x-ray mudah alih. Juga digunakan dalam pembuatan lampu. | ||
Samarium | Digunakan untuk menghasilkan magnet kekal yang sukar untuk dinyah magnet dalam suhu tinggi. Amat berguna dalam kenderaan elektrik hibrid. Elemen beguna dalam industri muzik seperti komponen gitar. Lain kegunaan seperti dalam peluru berpandu, kapasitor untuk frekuensi gelombang mikro, perubatan kanser dll. | ||
Elemen Nadir Bumi Berat (HREE) | KEGUNAAN | ||
Scandium | Dalam penghasilan lampu cahaya kuning. Juga digunakan dalam peralatan sukan seperti rangka basikal, lampu jimat tenaga, kaca, telivisyen, sel hibrid. | ||
Yttrium | Banyak digunakan sebagai warna kelabu dan putih dalam LED. Juga dalam penghasilan lampu dan bahan tambahan dalam aloi. Banyak kegunaan dalam perubatan kanser, athritis, sakit sendi dll. Elemen ini juga boleh ditemui dalam kaca mata dan lensa kamera, sistem ekzos, komponen turbocharger, gegelang piston, palam pencucuh (spark plug) dll. | ||
Europium | Digunakan sebagai fosfor merah dalam set telivisyen, monitor komputer, lampu floresen, lazer dll. | ||
Gadolinium | Bahan campuran dalam besi dan aloi bagi meningkatkan daya tahan haba tinggi. Menghasilkan peralatan gelombang mikro, storan komputer, pengimejan MRI dll. Turut digunakan dalam reaktor nuklear bagi mekanisma kecemasan henti-operasi. | ||
Terbium | Digunakan dalam teknologi sonar, sensor elektronik, sel tenaga untuk keadaan suhu tinggi. Juga sebagai cahaya lazer dan fosfor hijau di dalam telivisyen tiub. | ||
Dysprosium | Digunakan sebagai rod kawalan di pusat janakuasa nuklear. Juga dalam penghasilan lazer, keamatan cahaya, magnet kekal. Sebagai bahan campuran untuk meningkatkan daya tahan karat pada mekanikal permotoran. | ||
Holmium | Merupakan elemen magnet terkuat. Ia digunakan sebagai rod kawalan nuklear. Juga dalam penghasilan lazer, peralatan pergigian gelombang mikro, pewarna kuning dan merah untuk kaca dll. | ||
Erbium | Sebagai rod kawalan penyerap neutron. Menghasilkan lazer untuk tujuan pemotongan dan kimpalan. Bahan tambahan dalam aloi. Pewarna merah jambu untuk kaca, penapis fotografi, gentian optik dll. | ||
Thulium | Digunakan dalam pembedahan lazer, perkakasan x-ray mudah alih, kajian saintifik dll. | ||
Ytterbium | Menghasilkan sel solar, kaca optik, kristal dan seramik. Berguna dalam penghasilan lazer berkuasa tinggi dan menguatkan aloi tahan karat. Seperti Thulium, Ytterbium ini juga digunakan dalam x-ray mudah alih. | ||
Lutetium | Sebagai pemangkin dalam proses penapisan petroleum, penghasilan LED organik. Turut digunakan dalam mengukur usia meteor. | ||
Dari jadual di atas, anda boleh lihat kepelbagaian peralatan dan komponen di sekeliling kita adalah terdiri daripada elemen nadir bumi.
Jelas apa jua peralatan yang anda gunakan sekarang untuk membaca artikel ini adalah terdiri daripada adunan nadir bumi.
Anda mungkin pernah berkata tanpa nadir bumi, anda tidak akan kerugian.
Tapi anda harus berpijak di bumi nyata kerana tanpa nadir bumi: tiada komputer untuk bekerja, tiada telefon untuk anda hubungi orang tersayang, tiada internet untuk anda perolehi segala informasi, tiada televisyen untuk anda totoni bola sepak antarabangsa, tiada petrol untuk menggerakkan kereta, tiada kereta sebab tiada petrol, tiada kapal terbang untuk anda melancong, tiada bangunan pencakar langit dan lain-lain.
Hampir bermacam kemudahan tidak akan wujud jika manusia tidak manfaatkan kewujudan nadir bumi yang di anugerahkan oleh Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan