
Sebelum pergi lebih jauh, berikut merupakan antara jenis-jenis galian nadir bumi:
Pelbagai jenis galian dengan nama yang tergeliat untuk kita sebut. Itu baru galian nadir bumi. Bagaimana pula dengan elemen nadir bumi?
Mengikut Kesatuan Antarabangsa Kimia Tulen dan Gunaan (IUPAC), terdapat 17 set elemen nadir bumi logam.
Elemen-elemen ini ada dinyatakan sewaktu mata pelajaran sains dan kimia iaitu di dalam "Jadual Berkala Elemen". Secara spesifiknya 15 daripadanya adalah dari kumpulan elemen Lanthanide diikuti dengan elemen Scandium dan Yttrium.
Scandium dan Yttrium dianggap elemen nadir bumi kerana kecenderungannya untuk wujud di dalam galian. Berikut merupakan Elemen nadir bumi yang dikategorikan kepada elemen berat(HREE - heavy rare earth element) dan ringan (LREE - light rare earth element).
Elemen nadir bumi Lanthanide
Senarai di atas adalah nadir bumi dari kumpulan Lanthanide. Jika anda perhatikan semula dalam gambar jadual berkala, terdapat satu lagi kumpulan nadir bumi dipamerkan iaitu Actinides:
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa set Actinides ini tidak dimasukkan sebagai elemen nadir bumi oleh IUPAC.
Apa yang diketahui adalah kerana kuantiti dan aspek penggunaan nadir bumi terbabit. Set nadir bumi Lanthanide ini amat mudah diperolehi dengan skala besar dalam bumi. Setiap elemennya juga telah dikenalpasti kegunaannya tersendiri seperti penghasilan panel solar, bateri, skrin lcd, komponen kenderaan hibrid dan sebagainya
Manakala elemen Actinides pula amat sukar ditemui secara semulajadi, ianya perlu melalui proses penguraian yang kompleks untuk diperolehi. Malah kebanyakan elemen dalam kumpulan Actinides belum diketahui kegunaannya.
Di sini kita dapat lihat bahawa setiap jenis galian nadir bumi ini mengandungi mungkin satu atau lebih elemen sama ada dari Lanthanides (HREE/ LREE) atau Actinides.
Untuk lebih jelas kita ambil contoh galian nadir bumi yang diperolehi dari lombong Mountain Pass, Amerika Syarikat. Di mana galian nadir bumi yang terdapat di lombong ini adalah jenis Bastnasite.
Elemen-elemen yang terdapat di dalam Bastnasite dari Mountain Pass ini mengandungi Cerium, Lathanum, Neodymium dan Europium.
Lombong nadir bumi di MaoNiuPing, China juga mempunyai galian jenis Bastnasite. Galian yang diperolehi dari lombong tersebut mengandungi elemen Lanthanum, Cerium, Neodymium, Promethium dan Samarium.
Jelas menunjukkan, galian diperolehi dari Mountain Pass dan MaoNiuPing adalah dari jenis yang sama tapi mempunyai kandungan elemen yang berbeza.
Rujukan:
http://www.world-nuclear.org/uploadedFiles/org/PageMaker/Radiation/4_Background_Radiation(1).pdf
http://www.raremetalblog.com/2009/11/blog-rare-earths-nomenclature-time-to-standardize.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Lanthanide
http://en.wikipedia.org/wiki/Mountain_Pass_rare_earth_mine
http://en.wikipedia.org/wiki/Actinide
Tiada ulasan:
Catat Ulasan