Tajuk Khutbah Jumaat Hari Ini
'MEMUPUK SIFAT PENYAYANG'
13 Mac 2015 - 22 J'akhir 1436
Negeri Terengganu
Intipati Khutbah
Salah satu cara memupuk, menyuburkan dan mengukuhkan perhubungan yang digariskan oleh Islam adalah sifat penyayang.
Di era sekarang, sifat kecintaan dan penyayang perlu diimbangi kerana ianya adalah perkara asas dan tonggak kewujudan manusia yang harmoni.
Rasulullah SAW telah berpesan sebagaimana juga yang disebut di dalam al Quran, penghalang mencapai kekuatan iman dan jihad demi kepentingan dan kebajikan pihak lain adalah disebut 'al Suh' yang menyekat ke arah kebaikan.
Untuk mengelak daripada terhalang daripada berlakunya sifat 'al Suh' ini beberapa panduan yang digariskan oleh Rasulullah SAW boleh diikuti;-
1. Bersedia membantu golongan yang sukar. Mereka yang berkemampuan berupaya mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak stabil dari kalangan mereka.
2. Memudahkan urusan mereka yang menghadapi kesukaran yang hendak menambahbaikan kehidupan mereka dan NGO yang inginkan dana untuk menjalankan aktiviti yang murni seperti bebanan hutang, perlu diberikan ruang dan peluang untuk menyelesaikan segala hutangnya tanpa dibebani dengan apa-apa tekanan.
3. Menutup aib orang lain.
Pihak yang berusaha mewujudkan masyarakat penyayang adalah sikap orang yang mempunyai kelebihan di mana berkorban dengan apa yang dimiliki untuk memberi keselesaan dan kesenangan kepada pihak yang hadapi kesukaran. Kita pula akan mendapat pertolongan dan ganjaran Allah Ta'ala di dunia dan akhirat.
Marilah kita sama-sama mewujubkan masyarakat Islam yang harmoni dan saling menghormati dengan mengamalkan sifat-sifat penyayang di mana jua.
Semoga menjadi rujukan dan panduan bersama. Amen.
Diterjemahkan oleh : tokpa ganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan