Khamis, 14 Mei 2015

Di antara rahmat dan Barakah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ

DI ANTARA                   RAHMAT & BARAKAH...!

Tentunya kita sering memberi atau menerima ucapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
"Assalamu'alaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh!!!" yang ertinya 'Selamat sejahtera ke atas kamu semoga Rahmat Allah dan Barakah Allah juga ke atas kamu'. Mungkin anda pernah tertanya-tanya, apakah sebenarnya makna "Rahmat" dan "Barakah"?

RAHMAT : Berasal dari kata dasar “Rahima, yang bererti “Kurnia”, atau “pemberian” dan kalimah ini sangat dekat dengan maksud “Nikmat” pemberian Allah atas dasar kasih sayang-Nya. Rahmat Allah boleh berbentuk ke ampunan dosa, perlindungan, petunjuk, dan juga kebaikan. Kadar seorang hamba memperoleh Rahmat, sesuai dengan jauh atau dekat hubungannya dengan Allah. Sifat Rahmat Allah S.W.T melebihi kemurkaan-Nya, sebagaimana Hadis Baginda Rasulullah S.A.W dari Abu Hurairah :
لَمَّا قَضَى اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِى كِتَابِهِ ، فَهْوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِى غَلَبَتْ غَضَبِى
“Ketika Allah S.W.T menentukan Takdir makhluk-Nya,Dia menuliskan di dalam Kitab-Nya di atas Arasy :
Sesungguhnya Rahmat Ku mengalahkan (mengatasi) marah Ku".(Hadis Muttafaqun ‘Alaih,Bukhari : 3194 ,Muslim : 2751)

Begitu juga dengan Sabda Rasulullah S.A.W yang lain, juga dari Abu Hurairah R.A : “Allah S.W.T memiliki 100 Rahmat.Dari Rahmat-rahmat itu Dia menurunkan 1 Rahmat untuk Para Jin, Manusia, Haiwan dan Binatang melata. Dengan Rahmat itu juga Para Makhluk dapat berkasih sayang, berlemah lembut dan dengannya juga binatang buas menyayangi anak-anaknya. Allah mengakhirkan 99 Rahmat-Nya yang akan diberikan kepada Hamba-hamba-Nya pada Hari Kiamat nanti.” (Hadis Muttafaqun ‘Alaih , Bokhari : 6000 dan Muslim : 2752)

BARAKAH dari segi bahasa berkat atau “Barakah” bermaksud bertambah dan berkembang. ia menunjukkan ‘kebaikan yang banyak’. Ulama' juga memberikan pengertian Barakah kepada tiga :
1. Barakah bererti An-Nama’ (tumbuh). Tumbuh, bertambah secara kualiti atau nilai, bukan kuantiti atau jumlah.
2. Barakah adalah Al-Ziyadah (bertambah atau berkembang). Kalau ini bertambah secara kuantiti, ada perubahan jumlah yang boleh dilihat dengan mata kasar.
3. Barakah membawa maksud Assa’adah (kebahagiaan).

Jika sebelum makan kita mohon kepada Allah, untuk memberkati makanan kita. Maksudnya kita minta makanan itu bermanfaat, untuk kesihatan tubuh badan kita supaya tubuh kita kuat, tidak berpenyakit(sihat)dan jiwa terasa ringan untuk melakukan Amal Ibadat.

Keberkatan waktu pula bermaksud keberkatan hidup. Kita diciptakan untuk tugas yang banyak dan penting. Waktu adalah modal utama kita untuk melaksanakan tugas sebagai Hamba dan Khalifah Allah S.W.T.

Tanpa keberkatan ‘waktu’ dan pengurusan masa yang bijak, sukar untuk kita melaksana kan Amanah yang banyak dalam hidup kita yang singkat di dunia ini. Keberkatan waktu dan rezeki ini hanya boleh di dapati dengan Iman dan Taqwa sahaja.Firman Allah S.W.T : "Sekiranya penduduk Negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka Barakah dari Langit dan Bumi (kemakmuran) tetapi mereka mendustakan (Ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka (dengan kemiskinan dan kekacauan) disebabkan perbuatannya".                     (Al-’Araf : Ayat 96).

Sebab itu kita lihat Ulama'-ulama' dahulu, mampu melakukan banyak perkara dalam hidup mereka dengan penuh berkat. Ada yang menulis beratus-ratus Kitab yang tebalnya berjilid-jilid, disamping mengajar dan mempunyai beribu-ribu anak murid. Kita nak menulis sehari satu muka surat pun tak berupaya. Apa tandanya?

Wallahu A'lam...

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..

Doakan Istiqomah serta Sihat Wal Afiat.
Wassalam...

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post