Di antara petikan kuliyah maghrib panjang d Surau Feri khamis 31-12-15 dgn tajuk tatkala kita semua terjaga daripada tidur...
Suatu peringatan buat diriku jua serta kesemua berkaitan dengan KEMATIAN MU...
Di antara ribuan komen-komen tentang kematian, hanya ada satu komen yg sangat meruntunkan jiwa..Semoganya kita sama2 dapat memahaminya..
Ini juga di antara tulisan terbaik oleh Syekh Ali Thanthawi di Mesir Rahimahullah :-
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin / muslimat akan menguruskan jasadmu.
Mereka akan melucutkan segala pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru yakni KUBURAN.
Akan ramai orang taupun sahabat handai serta keluarga yang akan menghantarkan jenazahmu k kuburan bahkan ada d antara mereka juga yg akan meninggalkan pekerjaannya untuk mengikuti menguburkanmu.
Dan mungkin banyak lagi yang sudah tidak lagi mahu memikirkan apajua nasihatmu pada perkara pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut termasuk pakaianmu. Sekiranya keluargamu bersetuju barang2 itu akan disedekahkan kepada yg memerlukan,,ianya akan bermanfaat untukmu.
Yakinlah semua; dunia serta alam semesta ini tidak sesama sekali akan bersedih tas kepergianmu.
Kehidupan alam ini akan tetap berlangsung! Manakala posisi pekerjaanmu juga akan diisi orang lain. Apatah lagi dengan segala hartamu yg akan menjadi harta halal bagi ahli warismu.
Sedangkan kamu masih juga akan DIHISAPKAN serta DIPERHITUNGKAN untuk yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya dari segala hartamu!
Manakala setiap kesedihan atas mu itu pula ada 3.
1. Kesemua orang yg mengenalimu itu sekilas hati akan mengatakan, kasihan.
2. Kesemua kawan-kawan mu pula akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala serta tertawa-tawa!
3. Manakala di rumah pula ada yg berkesedihan yang mendalam! Kesemua keluargamu akan bersedih untuk seminggu dua minggu, ataupun sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka akan menbuat keputusan untuk meletakkanmu di dalam arkib kenangan..
Demikianlah "Kisahmu yg telah berakhir di tengah-tengah manusia". Dan kisahmu pula yang sesungguhnya baru dimulai, dengan AKHIRAT! .
Telah hilang segala kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak-anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri yg amat tercinta. Kini kehidupan yg sesungguhnya telah pun dimulai.
Pertanyaannya sekarang adalah :
Apakah persiapanmu untuk menghadiri k kuburmu serta Akhiratmu !. Hakikat inilah yg kesemua kita amat-amat memerlukan renungan.
Usahakanlah dengan bersungguh2.
Jalankanlah segala kewajiban kewajiban, segala hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan segala amalan soleh, lakukan solat malam..Denhan ini semoga engkau ataupun kesemua kita ini selamat.
Andainya engkau mengingatkan kepasa manusia dengan tulisan ini taupun nasihat ini,, InshyAllah ianya mempengaruhi akan engkau semua menemui di dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat nanti. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami oleh kita semua..!
Tazkirah KEMATIAN di atas yang terbaik bagi menutupi hujung tahun 2015 ini. Semuga ianya menjadikam sebagai panduan kepada kita semua agar insaf serta memahami bahawanya perjalanan sebenar kita ini masih jauh lagi dengan berbagai laluan yg berliku-berliku...
Samalah juga wahai kesemua kita ygmana sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu pertayaan apakah persiapan kita untuk menempuhi kesemua itu sudah mencukupi???
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas apa jua kesalahan sekiranya ada kepada sahabat2 semua.
Semuga tahun 2016 dan seterusnya akan menjadikan lebih mengeratkan lagi silatulrahim kita semua - InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan