Selasa, 8 Disember 2015

Rokok dan vape

USWAH SIRI 186

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK DAN VAPE!

Dalam Kitab Al-Tadkhin Afaat Al-'Ashr Min Al-Alif ila Al-Ya' karya Dr. Samer Abu Hamid menjelaskan kemudharatan rokok kepada manusia:

"Rokok mengandungi sekitar 4,000 bahan kimia antaranya 250 bahan beracun dan 50 bahan penyebab kanser. Kandungan bahan tersebut ada yang semulajadi dan ada yang ditambah untuk lebih rasa nikmat ketika merokok. Sementara kandungan Nikotin didalam rokok akan menyerap ke pangkal otak hanya selepas 7 hingga10 saat selepas sedutan asap pertama dan ia boleh kekal dalam tubuh sekitar 90 minit, ini sangat memudharatkan otak dan pemikiran manusia".

Merokok adalah tabiat golongan yang suka mensia-siakan manfaat dalam kehidupan. Kemudharatannya terhadap akal manusia tidak boleh dipertikaikan kerana mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak. Pada hari ini, tersebar pula ketagihan manusia kepada rokok elektronik atau e-cigarette yang menggunakan e-liquid. Mengikut kajian pakar, bahan utama dalam e-liquid ini sebenarnya adalah cecair hygroscopic yang mana apabila dipanaskan akan menukarkan kandungan air dalam larutan tersebut menjadi wap seakan asap. Cecair hygroscopic dalam e-liquid yang terdapat di Malaysia ini adalah propylene glycol/glycerol + nicotine + flavorant chemical.Nikotin yang di tambah dalam e-liquid adakalanya daripada 20-30mg (kepekatan tinggi) dan adakalanya daripada 6-8mg (kepekatan rendah).

Sementara mengikut kajian The New England Journal of Medicine pada Januari 2015 lalu, vape adalah 5 kali ganda boleh merosakkan diri daripada rokok. Ini kerana rokok paras nikotinnya di kawal oleh kerajaan, sebaliknya vape, paras nikotin di kawal oleh pengguna. Ramai pengguna menyalahgunakan vape dengan menambah paras nikotin. Malah ada di kalangan mereka menggunakan vape dengan mencampurkannya dengan dadah. Ketahuilah bahawa vape ini jika menjadi ketagihan dan sentiasa menggunakannya, ia boleh menyebabkan kanser. Hal ini telah ditegaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ketika vape digunakan maka akan berlaku pemanasan pada propilena glikol yang menghasilkan formaldehidye yang menyebabkan kansermerbahaya! Katakan tidak pada rokok dan vape!

~Asri ed-Diwanie
https://www.facebook.com/asri.eddiwanie

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post