Ahad, 3 April 2016

Kenapa Allah tidak makbulkan doa kita

Kadang-kadang kita rasa pelik, kenapa Allah tak makbulkan doa kita, kenapa kita selalu resah gelisah tak bahagia dan kenapa hidup kita semacam tak berkat sahaja.

Sedangkan kita solat. Kita bayar zakat. Kadangkala kita puasa sunat. Boleh kata kita ni orang baiklah jugak.

Rupa-rupanya sebab pada masa yang sama, kita turut bermaksiat dan berbuat dosa. Malah maksiat dan dosa yang kita lakukan, lebih banyak dari amalan-amalan soleh kita.

Analoginya begini.

Kita nak kurus. Kita pon sungguh-sungguhlah nak exercise; tak kisahlah jogging ke, main hoola hoop ke, lari dalam guni ke, main galah panjang ke. Dan kita siap letakkan target untuk setiap sesi senaman kita, kita nak bakar sehingga 500 kalori! Nak kuruslah katakan.

Tapi selepas habis bersenam, kita pergi belasah nasi lemak telor goreng dengan sambal kerang. Tak cukup dengan tu, kita balun pulak roti kahwin banjir sambal lebih. Kita tutup pula dengan segelas teh tarik besar.

500 kalori terbakar, tapi digantikan dengan 1000 kalori tegar! Memang sampai bilalah kita takkan kurus!

Begitulah.

Bila mana kita banyak melakukan kebaikan, inshaAllah kebaikan-kebaikan ini akan memadamkan dosa dan kejahatan yang kita lakukan. Namun bila mana maksiat dan kebejatan yang kita lakukan outweigh dan jauh melebihi kebaikan yang kita ada, hati kita yang baru nak bersih, akan hitam kembali dan jika dibiarkan begitu, akan jadi kelam dan legam! Allahu!

Macam mana hidup kita nak berkat? Macam mana doa kita nak diangkat? Macam mana nak rasa tenang dan selamat?

Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh aku mengetahui beberapa kaum dari umatku yang datang pada hari Kiamat kelak dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah yang putih, lalu Allah jadikan kebaikan-kebaikannya tersebut seperti debu yang berterbangan, mereka itu adalah saudara-saudaramu, dari jenis kulitmu, dan mereka menjadikan malamnya sebagaimana kalian menjadikannya, akan tetapi mereka kaum yang apabila dalam keadaan sepi mereka melanggar larangan-larangan Allah.” (HR. Ibnu Majah)

Baling bawang laju-laju!

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post