Ok,posting kali ni mengenai apa yang dikda buat semasa dikda kena postpartum depression a.k.a meroyan.
Apa itu postpartum depression (ppd)?
Seperti yang diterangkan oleh doktor dikda,ppd ni adalah satu keadaan dimana perubahan hormon dan tekanan yang abnormal yang tak pernah dijangka oleh sang ibu.
Pada peringkat pertama,2 minggu selepas bersalin biasanya. Ibu ibu akan menghadapi postpartum blues. Blues ni adalah peringkat awal untuk mengesan adanya ppd.
Rasa sedih,murum dan tiada keyakinan diri adalah biasa selepas bersalin tapi apabila keadaan itu bertukar menjadi lebih 'worst'. Korang perlu bertindak dengan pantas.
Ppd ni bukan berlaku sebab tak dekat diri dengan Allah,bukan sebab dia tak membuat amal ibadah ye kawan kawan.
Kenapa dikda cakap macam tu? Sebab dikda pernah jumpa ustazah yang menghadapi ppd masa dikda praktikal dekat wad psychiatrist dulu. Dia dapat ppd masa bersalin anak yang ke-dua. Awak rasa ustazah tu solat tak?
Perubahan hormon ni,kita tak tahu macam mana 'mereka' bertindak. Lain badan lain jalannya. Mungkin awak boleh terima tapi mungkin mereka tidak.
Mesti nak tahu apa rawatan yang dikda buat kan? Ni sedikit tips dan rawatan yang dikda buat.
1. Jumpa doktor.
Ini langkah pertama yang perlu korang buat. Jangan malu nak jumpa doktor. Yela,stigma masyarakat kan. Jumpa doktor psychiatric = gila. Please la ubah stigma macam tu. Move on la beb,kita dah tahun 2017 ni woi.
Awak ingat doktor akan terus bagi ubat ke? Tak la,dia akan interview dulu then baru dia bagi rawatan yang sesuai. Mungkin bagi kaunseling je.
Awak boleh pergi ke emergency,cakap dekat incharge kaunter apa yang awak rasa. Nanti dia akan panggil doktor onkol yang bertugas.
2. Perubatan islam.
Sebagai islam,kita kena percaya benda ghaib memang wujud. Lagipun dalam al quran ada bagitahu. Tak salah kita mencuba perubatan islam tapi pastikan berjumpa dengan orang yang betul.
Jangan pulak pergi jumpa bomoh,lain pulak jadi nya nanti. Dekat darul syifa pun boleh pergi,mintak air tawar untuk tenangkan diri.
Mintak tolong suami atau ibu bapa buat sembahyang hajat. Kita sendiri pun jangan lupa mintak doa dengan Allah. Semua yang berlaku adalah dengan kehendakNya.
3. Diri sendiri
Awak kena ingat,diri sendiri je boleh tolong. Mindset kan dalam kepala 'aku kena tolong diri aku'
'Takde siapa yang boleh tolong diri aku selain aku'
'Aku nak sihat,aku nak tengok anak aku membesar'
Itu antara kata kata yang dikda cakap kat diri dikda.
Banyak kan berzikir dan sentiasa bertenang. Orang lain memang tak boleh tolong sebab kita berperang dengan diri kita sendiri.
4. Sokongan suami dan keluarga.
Sebagai suami dan ahli keluarga yang terdekat,anda perlu memberi sokongan kepada isteri anda. Mungkin suami mula mula tak faham tapi slow talk dari hati ke hati dengan isteri.
Sentiasa tanya isteri anda apa yang perlu ditolong. Alhamdulillah dikda sentiasa mendapat sokongan dari suami dan keluarga.
5. Sokongan kawan kawan.
Tolong jadi seorang kawan yang memahami. Sentiasa fikirkan macamna kalau anda di tempat mereka.
"Jangan fikir,jangan layan" ayat seperti ini tidak membantu sebabnya otak tu yang ligat berfikir sendiri. Mereka memang tak boleh nak handle fikiran mereka.
6. Google
Jangan sesekali nak google benda benda yang berkaitan dengan meroyan. Buruk padahnya nanti.
Nanti keluar la headline :
" IBU DALAM PANTANG TERJUN BANGUNAN"
" IBU MENCEKIK ANAKNYA SEHINGGA MATI"
dan bla bla bla.
Terus perasaan nak bunuh diri tu datang. Bila depression benda yang paling kita nak buat adalah 'hilang' dari dunia ni.
Awak rasa macam tak de makna nya awak hidup. Its real !
Jangan cakap dikda reka cerita.
7. Facebook/ akhbar
Apa yang awak baca itu yang akan berpusing kat kepala ni. Elakkan membaca,awak tak kan fokus pun kalau baca. Menyerabutkan kepala lagi ada.
8. Positif
Awak sendiri kena positif dan cari kawan kawan yang positif.
Kalau kawan tu negatif,jangan teragak agak nak tinggal kan mereka. Kenapa? Sebab awak dalam proses pemulihan. Hati awak perlu dijaga. Mereka takpe,kerana mereka masih waras!
9. Melawat semasa berpantang
Ini untuk orang orang yang nak melawat ibu berpantang. 2 minggu yang pertama,tolong jangan pergi melawat. Selepas bersalin,mereka sangat penat dengan pendarahan yang banyak,tidur tak cukup dan hormon yang tak stabil.
Biarkan mereka berehat. Kalau boleh,tanya mereka dulu boleh tak korang nak melawat. Jika jawapan yang diberi 'tidak',awak jangan nak cakap mereka sombong pulak. Mungkin mereka belum bersedia lagi.
Dah dapat melawat,mulut tu tolong jaga. Jangan nak cakap
' eh,gemuknya kau'
' eh,kenapa bagi susu formula'
' eh,anak kau tak comey la'
' eh,kurusnya anak kau'
' eh, perut kau hitam la'
Ini benar benar terjadi ye kawan kawan,mulut masing masing memang petah berkata kata tapi apakan daya tak boleh menjaga hati orang.
Maafkan la dia wahai mulut 😌
10. Contraction
Kalau korang nak tahu,contraction tu sakit sangat sangat. Kalau pain score tu ada score 1 hingga 100,dikda boleh bagi 100.
Please la jangan cakap 'kau ni manja sangat,sakit sikit pun tak boleh tahan'
Hello,kau kau aku aku la der. Mungkin Allah bagi sakit yang tidak seberat sakit saya.
Jangan fikirkan seronok nak dapat baby je,kena set kan dalam kepala 'CONTRACTION SAKIT SANGAT SANGAT,LAGI SAKIT DARI KENA GUNTING UNTUK EPISIOTOMY'
Terima kasih kepada bamdi,keluarga dan keluarga mertua,sahabat,kawan sekerja dan doktor yang merawat.
Mereka sentiasa memberi semangat untuk dikda terus melangkah ke hadapan.
Tak kurang jugak yang mengata kat belakang dan cakap negetif tentang dikda,anda tak rasa anda tak tahu.
Dikda doakan semoga korang berubah.
So,mulut tu jaga jaga. Jangan sedap sangat mengata. Kena kat batang hidung sendiri baru hang tahu macam mana 😏
Panjang pulak coretan hari ni,harap awak sudi baca. Meroyan its real!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan