Selasa, 26 Disember 2017

Israiliyat

Kisah Israiliyat

Arti Israiliyat

Israiliyat adalah kisah atau peristiwa yang riwayatnya bersumber dari Bani Israil.

Yang dimaksudkan dengan Israil ialah Nabi Ya’kub a.s. maka arti  Bani Israel ialah anak cucu keturunan Nabi Ya'kub a.s. sampailah ke zaman Nabi Muhammad saw.

Kaum Bani Israil sangat banyak mengingati cerita-cerita di zaman para Nabi dahulu dan mereka menyampaikan cerita-cerita tersebut kepada anak cucu mereka. Termasuklah para sahabat yang berasal dari keturunan Bani Israil yang memeluk Islam.

Pandangan Ulamak

Ulama-ulamak muktabar membahagikan kisah-kisah Israiliyat ini kepada 3 bahagi :

1- Kisah yang diakui kebenarannya dalam Islam. Maka riwayat Israiliyat seperti ini adalah sahih kedudukkannya..

2- Kisah yang anggap dusta dari sudut Islam. Maka riwayat Israiliyat seperti ini adalah batil dan hendaklah dijauhi.

Sayyiduna Abu Bakr as-Siddiq r.a. berkata :

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: عَلَيْكُمْ بِالصّدْقِ، فَاِنَّهُ مَعَ اْلبِرّ وَ هُمَا فِى اْلجَنَّةِ. وَ اِيَّاكُمْ وَ اْلكَذِبَ، فَاِنَّهُ مَعَ اْلفُجُوْرِ وَ هُمَا فِى النَّارِ.

artinya  : Rasulullah saw bersabda : “Sentiasalah kamu bersikap benar kerana benar itu bersama kebaikan. Dan keduanya di dalam syurga. Dan jauhkanlah dirimu akan dusta. Kerana dusta itu bersama kejahatan. Dan keduanya di dalam neraka”. (Hadith Ibnu Hibban)

3- Riwayat yang tidak dapat dipastikan adakah ia dusta atau benar menurut agama Islam. Kisah Israiliyat banyak dalam kategori ini.

Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah saw bersabda dalam perkara ini :

لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ الْآيَةَ

artinya : Jangan kamu benarkan akan Ahli Kitab dan jangan pula kamu dustakan mereka itu. Dak katalah olih kamu "Kami telah beriman dengan Allah dan beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu." (Hadith Bukhari)

Dan lagi Rasulullah saw bersabda :

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ

artinya : “Sampaikanlah kamu sekelian dariku walau pun hanya satu ayat. Dan sampaikan olih kamu sekelian akan cerita dari Bani Israil dan tiada menjadi kesalahan." (Hadith Bukhari)

Kesimpulan

- Boleh meriwayatkan kisah Israiliyat yang selari dengan syariat Islam.

- Tidak boleh meriwayatkan kisah Israiliyat yang bertentangan dengan syariat Islam.

- Boleh meriwayatkan kisah yang tidak dapat dipastikan benar atau tidak untuk diambil pengajaran atau sebagai cerita.

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post