Khamis, 11 Januari 2018

Ajaran mengarut

Pengalaman Dahulu masa mula ingin mencari jalan untuk belajar tentang agama.

"Mereka" selalu katakan :
"Sebelum belajar agama mesti belajar kenal huruf ALIF dahulu."
"Apa ada didalam sebatang Alif."
"Kenali Alif dahulu baru kamu akan kenali tuhan."
"Jika tak kenal ALIF, maka kamu akan sesat sampai bila-bila."
"Kenali Alif, baru amalan diterima Allah"
"Selepas kenali Alif, maka baru belajar ب sehingga ي pula"

MENGARUT YANG TAK BERKESUDAHAN!

Saya katakan : jika mencari jawapan untuk kenali Huruf Alif sahaja pun sudah bertahun lamanya, apatah lagi ingin kenali ب sehingga ي pula. Jadi selepas itu tahun bila boleh solat? Tahun bila baru boleh kenal agama islam dengan benar? Tahun bila boleh lakukan amalan-amalan soleh yang lain?

Selepas 20 tahun cari pun takkan jumpa makna tersirat Huruf Alif tersebut melainkan "mereka" hanya memahami kandungan huruf alif itu berdasarkan pemahaman mereka sendiri sahaja.

Ulama' muktabar pun tidak menterjemahkan apa yang tersirat didalam Huruf Alif tersebut sepertimana mereka memahaminya.

Ini semua adalah kaedah-kaedah sebahgian tarikat untuk menyesatkan orang lain. Daripada ilmu Batin, membawa kepada pemahaman wahdatul wujud dan seterusnya menjerumus kedalam perkara-perkara kesyirikan.

Justeru, Tiada apa yang perlu diketahui didalam "Sebatang Huruf Alif", mahupun ب sehingga ي.
Huruf Alif adalah Huruf Jawi yang Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sendiri pun tidak memberikan makna tersirat kepadanya.

Dengan hanya mencari jawapan apa yang terkandung didalam "sebatang Alif" maka anda pun telah terluput dari banyak amalan-amalan soleh yang lain. Sangat buang masa dan merosakkan 'aqidah serta iman.

Sahabat-sahabat nabi yang masuk islam hanya memerlukan masa beberapa minit sahaja sudah faham tentang islam dan terus pergi berdakwah kepada kaum-kaum mereka masing-masing.

Mana mungkin orang harini kenal islam / masuk islam perlu belajar tentang Huruf Alif dahulu bertahun-tahun lamanya baru amalan akan diterima. Sangat mengarut yang tiada kesudahannya.

Nasihat saya, sesiapa yang masih terjebak dengan ideologi atau metod yang sesat ini lagi maka berhentilah, bertaubatlah. Semoga Allah memberikan hidayah kepada anda. Carilah sumber asas agama itu dari 2 cabang ini : Yaitu Al Quran dan As Sunnah. Bukan dari sebatang Alif, dan ia bukanlah asas agama islam sehingga kononnya amalan pun tidak akan diterima jika tidak mengenali Alif tersebut. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post