Isnin, 22 Januari 2018

Gemuk

Ini semua adalah merapu.
Gemuk bukanlah mambang.

Gemuk tu adalah apabila BMI melebihi paras normal.
Lebih 23 dikira terlebih berat badan.
Lebih 30 adalah obesiti.
Dan Malaysia masih memegang tahta sebagai juara negara obesiti di Asia Tenggara. Syiannya kita☹️

Gemuk berlaku apabila badan anda terlebih lemak.
Angin dan air tidak menyebabkan anda gemuk.

Angin keluar melalui dubur dan mulut dikenali sebagai kentut dan belahak/sendawa.

Tidak ada istilah tulang dia berat, tulang dia tu kecil.
Sama sahaja komposisi tulang, bezanya cuma lapisan lemak lipid kita.

Terlebih karbohidrat dan lemak, memang akan buatkan anda gedempol.

Mohon penjual tidak menyebarkan info kesihatan merapu ya.

Hai mambang angin mambang hitam mambang merah mambang bambang, janganlah kau menipu dalam kau keliru, nanti sendiri mendapat malu.

Nota kaki : biar ilmu tinggi, jangan poket saja yang tebal✌🏻

Fb: Erna nadia

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post