Ahad, 30 Mac 2025

DOA AKHIR RAMADHAN

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...* 
▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. 
▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.

Tiada ulasan:

Feature Post

Bow-tie model

🎯 Apa itu Bow-Tie Model Bow-Tie Model ialah satu visual risk analysis tool yang berbentuk seperti tali leher (bow tie). Ia meng...

Popular Post