Sabtu, 15 Mac 2025

Garam himalaya, garam celtic atau garam laut ?

Garam himalaya, garam celtic atau garam laut?

Secara ringkasnya semua garam mengandungi natrium klorida (NaCl) sebagai bahan utama. Apa yang membezakan antara garam ini adalah kandungan garam lain dalam kuantiti yang sangat kecil yang membezakan warna dan not rasa. 

Misalannya garam celtic lebih banyak kandungan kalsium dan magnesium, manakala garam himalaya lebih tinggi kandungan potassium. 

Garam himalaya dihasilkan dari kawasan pergunungan. Garam celtic, garam laut dan garam halus dari laut. 

Garam celtic dituai dari laut Celtic, garam halus dan garam laut lain boleh dituai di mana-mana sumber air laut. 

Kalau garam biasa diambil berlebihan menyebabkan tekanan darah tinggi, garam celtic dan garam himalaya pun sama. 

Garam halus dan garam laut berwarna putih. Selain natrium klorida, ia boleh mengandungi bahan lain seperti potassium, ferum (besi) dan zink. 

Garam laut berisiko dicemari plumbum dan merkuri. Oleh kerana garam plumbum dan merkuri berwarna putih, jadi ia kekal berwarna putih. 

Oleh itu, sila semak ketulenan garam yang anda beli. Pastikan ia mengandungi ketulenan yang tinggi.

Garam secara umumnya merujuk kepada natrium klorida. Badan kita memerlukan ion natrium dalam kuantiti sederhana. Garam apa pun akan menaikkan rasa makanan disebabkan oleh kehadiran natrium klorida. 

Garam terdiri dari ion sodium (Na) dan ion klorida (Cl) yang akan mengion bila larut dalam air. Khasiat garam tidak hilang atau membahayakan jika anda menambah garam semasa memasak. 

Garam juga diperkaya dengan garam iodine. Garam iodine berwarna putih. Iodine penting bagi mengelakkan penyakit hypothyroidism dan lain-lain.

Walaupun garam berwarna putih, garam halus dan garam kasar kelihatan berbeza. Ini kerana garam kasar berbentuk kristal, manakala garam halus mempunyai saiz partikel yang kecil. 

Garam Himalaya berwarna merah jambu disebabkan oleh kehadiran garam ferum oksida. Selain ferum oksida, ia juga mengandungi kalsium, ferum, potassium dan magnesium.

Secara umumnya, bahan lain, kehadiran mineral lain dan tekstur garam mempengaruhi rasa masin dan rupanya. 

Tetapi ia masih sebahagian besarnya natrium klorida melebihi 95%. Garam Koscher misalannya, mempunyai bentuk partikel seperti serpihan, menjadikan rasanya lebih masin dari garam biasa.

Garam halus terasa lebih masin berbanding garam kasar kerana saiz hablurnya yang lebih kecil. Selain itu, sumber garam juga menyumbang kepada lain-lain rasa seperti bau laut, smoky, tanah dan lain-lain. 

Jadi, makanlah mana-mana garam. Ia berkhasiat kerana membekalkan garam natrium dan juga iodin yang diperlukan tubuh. 

Namun, pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti darah tinggi. Tiada satu garam lebih menyihatkan dari yang lain kerana kandungan utamanya adalah sama dan hanya sedikit variasi dari segi kandungan mineral lain.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post