Sabtu, 21 Jun 2008

Menyemak Waktu


Bagaimana menyemak waktu?


1. Kaedah FalakDisebutkan dalam Takwim Az-Zainiyyah* tahun 1925 Miladi (1343-1344 Hijriah) - tentang kaedah membetulkan jam, seperti berikut:- ( Perhatikan gambarajah diatas )



  • Dirikanlah satu pancang yang lurus pada sekeping papan yang telah bergores betul (bergaris lurus) di tengahnya.

  • Kemudian letakkan papan itu di tanah yang rata dan betulkan gores (garis lurus) itu dengan pedoman (kompas) menuju arah utara selatan.

  • Maka apabila tergelincir hujung bayang-bayang pancang daripada goresan (garis lurus) itu ke pihak timur (ke sebelah timur) betulkanlah jam dengan waktu Zohor yang tersebut di dalam jadual pada hari itu.

  • Diterjemahkan kepada rajah;

  • Kaedah: Garis lurus diselarikan dengan arah utara yang ditunjukkan oleh kompas. Tunggu sehingga bayang pancang selari dengan garis lurus tersebut. Apabila selari atau mula gelincir, betulkan jam anda dengan waktu zohor yang tertera dalam jadual/takwim tempatan anda.

2. Kaedah Lain



  • Menghubungi talian 1051 menggunakan sebarang telefon – talian tetap atau bersel – dan anda akan dimaklumkan waktu terkini.

  • Merujuk laman web The Malaysian Standard Time (SIRIM BERHAD) di alamat http://mst.sirim.my/

  • Menggunakan pelarasan waktu komputer berinternet dengan mana-mana time server.

Waktu jam yang betul mengurangkan tekanan. Malah memberikan keselesaan dalam apa jua urusan, terutama urusan ibadat. Seorang ahli falak, atau baru berjinak dengan falak, waktu yang tepat adalah antara faktor keberkesanan aktiviti yang dijalankan.


*Nota: Takwim Az-Zainiyyah tahun 1925M (1343-1344H) adalah terbitan Al-Maktabah Az-Zainiyyah, Pitt Street, Pulau Pinang


(daripada Koleksi Balai Cerap)


Baru-baru ini, para saintis telah pun mengumumkan (bukan harga minyak baru...) bentuk terkini galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang. Sebelum ini, kita sering diberi gambaran bahawa Bima Sakti merupakan sebuah jenis galaksi berpusar (spiral) dan mempunyai 4 atau lebih lengan-lengan disekelilingnya. Masalah yang terpaksa dihadapi oleh para saintis ialah begitu banyak debu-debu di angkasa yang menghalang cahaya yang datang dari bintang-bintang yang berjauhan dari bumi. Namun apabila kaedah baru digunakan untuk mencerap kedudukan bintang-bintang ini dilakukan, didapati Bima Sakti merupakan sebuah galaksi yang tidak kompleks. Ia hanya mempunyai 2 lengan utama dan 2 lengan kecil. Kumpulan saintis yang diketuai oleh Robert Benjamin, dari University of Wisconsin, menggunakan data dari tinjauan gelombang pertengahan inframerah teleskop angkasa Spitzer untuk menghasilkan peta terbaru galaksi kita. Untuk pengetahuan semua, gelombang pertengah inframerah amat sesuai untuk digunakan kerana ia boleh menembusi debu dan habuk dengan berkesan.Lengan-lengan Bima Sakti diberi nama berdasarkan kawasan buruj di langit, lengan Sagittarius, lengan Scutum-Centaurus, lengan Perseus dan lengan Norma. Kajian menunjukkan bilangan bintang-bintang bertambah banyak di kawasan lengan Scutum-Centaurus, tetapi tidak bertambah bagi lengan Sagittarius dan Norma. Selain dari itu, lengan Scutum-Centaurus bersambung dengan sempurna dengan 'palang sentral' Bima Sakti. Bima Sakti tidak mempunyai pusat galaksi yang bulat , tetapi ia berbentuk palang/silinder (cuba lihat ilustrasi).Maklumat lanjut boleh dicapai di http://www.skyandtelescope.com/news/home/19599619.html

Phoenix Lander mengirim imej pertama kawasan kutub utara planet Marikh


Kapal Angkasa NASA Mars' Phoenix Lander telah berjaya mendarat dengan selamat di kawasan kutub utara planet Marikh pada hari Ahad lepas, setelah menjelajah sejauh 422 juta batu untuk sampai ke planet tersebut.Sebelum ini, hampir separuh daripada misi NASA ke planet Marikh berakhir dengan kegagalan, mengakibatkan para saintis yang berada di pusat kawalan Jet Propulsion Laboratory di California, terpaksa menunggu dengan penuh debaran selama hampir 7 minit (ketika Phoenix ini sedang mendarat) untuk mengetahui samada semua berjalan dengan lancar atau tidak. Misi yang bernilai USD 557 juta ini memfokuskan kepada pencarian ais di bawah permukaan planet Marikh. Dan para saintis menjangkakan kawasan kutub planet ini mempunyai keadaan yang paling sesuai untuk penemuan tersebut. Misi selama 3 bulan ini pasti akan memberi penemuan-penemuan yang menarik kepada manusia secara amnya.Laman web rasmi misi Phoenix Lander boleh didapati di sini.

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan


Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.


Sejarah
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.


Prinsip
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

1. Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik

2. Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan

3. Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja

4. Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja

5. Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan

6. Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan


Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

Isnin, 16 Jun 2008

APPLE n FUEL

In Malaysia case, we are in the Petrolum farm. Good reasoning.
The story about subsidy
A man called Maha owns a farm which can produce 10 apples every day. He has 5 workers to operate the farm. Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally. The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40. He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities. He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.
Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save. When Maha passed away and there is a new landlord, Abdul comes to continue the farm operation. He says to the workers: We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking. From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat. It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm. The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily. Their earning decrease from RM2.00 to RM1.00 per person.
As usual, Abdul sells the 4 apples and he gets RM40. He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers. He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers. In total, he gets RM10 as profit every day. Soon, the apple price increases to RM20 each. The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily. Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy. Samy says: Apple cost naik, improvement cost also misti naik. So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50.
In actual, the improvement only cost RM30. The remaining RM20, Abdul and Samy share evenly among themselves.
calculate how much Abdul gets daily:
RM10 (from farm improvement cost)
RM20 (Net profit by selling 4 apples:
[Gross profit, RM80]
[Improvement cost, RM50]
[Wages RM10] = RM20)
RM5 (from selling apples to his workers)
In total, Abdul gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from Maha. His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person. The greedy Abdul does not want to stop there. One day, he says to his fellow workers: You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1. See how lucky you are! I have to SUBSIDY RM19.00 for each of the apple you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00. This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this. In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bare the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. So, greedy Abdul adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.
After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of SUBSIDY given by the BN government. The RM95 subsidy was never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously by the BN government. Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your pocket. Are you gonna stand there and let them rob you.

Khamis, 12 Jun 2008

Be happy now


Don't Wait to Be Happy

Be Happy Now

We convince ourselves that life will be better after we get married, have a baby, then another. Then we are frustrated that the kids aren't old enough. We'll be more content when they are. After that, we're frustrated that we have teenagers to deal with. We will certainly be happy whenthey are out of " that stage ". We tell ourselves that our life will be complete when our spouse gets hisor her act together. When we get a nicer car, when we are able to go on a nice vacation, or when we retire. The truth is, there's no better time to be happy than right now. If not now, when? Your life will " always " be filled with challenges. It's best to admit this to yourself and decideto be happy anyway. Happiness is the way.
So, treasure " every " moment! Treasure it more because yous hared it with someone special. Special enough to spendyour time with...
Remember that time waits for no one. Happiness is like sugar, Just a little can make you smile.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post