Isnin, 24 Mei 2010

Riba


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2): 278

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279.

Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-Rum (30): 39


Riba bukan sahaja melibatkan pinjaman dan hutang, tetapi ada juga riba berkaitan jual beli. Riba berkaitan pinjaman dan hutang adalah riba yang sangat jelas dan begitu difahami oleh manusia, sejak zaman Jahiliyyah, zaman Aristotle sampailah zaman Facebook.

Manakala riba jual beli ini adalah sesuatu yang baru. Hanya selepas Islam datang, barulah ada larangan ini.

Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang menambah atau minta tambah maka ia telah melakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.

Maksudnya, nak beli emas dengan emas, perlu sama kuantiti dan dibuat secara tunai. Begitu juga beli perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam dan juga kurma dengan kurma. Manakala, beli emas dengan perak pula boleh berbeza kuantiti tetapi mesti dibuat secara tunai. Begitu juga beli gandum dengan barli, barli dengan garam dan seterusnya, kuantiti boleh berbeza tetapi mesti secara tunai.

Sekiranya kita bawa sekeping nota RM 10 ke bank dengan sistem matawang hari ini, cuba minta tebus emas atau perak atau sebarang komoditi dengan wang tersebut ? Sepatutnya setiap matawang mempunyai sandaran emas, perak mahupun komoditi tertentu yang ada disebutkan dalam hadis mengenai 6 barangan ribawi tersebut. Tetapi hari ini ?

Hari ini, bila duit tidak lagi disandarkan dengan apa-apa aset, keadaan kewangan kita menjadi susah secara tiba-tiba. Apabila kita tidak tahu bagaimana duit pada hari ini dicipta, kita tidak tahu bagaimana untuk bertindak dengan lebih baik. Apabila kita sudah faham bagaimana duit hari ini dicipta, maka kita akan faham kenapa kita mesti berniaga, mencipta atau membeli aset sendiri secepat mungkin.

Sekarang secara teorinya, apabila wang sudah banyak dalam pasaran, pengguna senang mendapat pinjaman / pembiayaan, maka itu tandanya kadar faedah (baca: riba) yang dikawal BNM perlu dinaikkan. Secara teorinya memang nampak cantik. Wang banyak dalam pasaran, interest rate dinaikkan. Wang sikit, interest rate diturunkan. Tetapi tahukah anda, apabila kita membenarkan ia berlaku maka manipulasi boleh berlaku dengan mudah dan supply dan demand ini bukan lagi berlaku secara semulajadi sebaliknya dari tangan-tangan manusia tertentu ?

Sedangkan hadis riba yang menyuruh setiap matawang disandarkan dengan aset juga untuk membolehkan supply dan demand ini berlaku secara semulajadi. Allah swt lebih mengetahui bila sepatutnya Dia menyuburkan tanaman gandum misalnya untuk membolehkan semua manusia makan mi, roti secukupnya. Jadi, Dia juga yang lebih tahu untuk membolehkan manusia menjumpai lombong emas yang baru misalnya.

Sesungguhnya dengan memahami tentang kewujudan riba berkaitan jual beli (riba buyu’) selain riba berkaitan hutang (riba duyun), maka kita akan memahami riba itu bukan dalam hutang sahaja, tetapi juga betapa kompleksnya framework riba yang wujud dalam dunia hari ini. Peperangan terhadap riba bukanlah kerja bank-bank Islam sahaja, tetapi adalah tanggungjawab semua orang.

Pastikan anda menukarkan sebahagian duit kertas yang ada sekarang menjadi aset yang sebenar. Anda perlu tahu akaun-akaun yang anda ada pada hari ini disimpan dan dilaburkan oleh institusi kewangan dalam pasaran apa. Pasaran money market ? Pasaran saham ? Pasaran sukuk (bon Islam)? Pasaran tukaran matawang? Pasaran emas? anda juga perlu mula membina aset sendiri. Buat bisnes. Walaupun bukan satu alternatif, tetapi adalah “wajib” dari sudut hukum perancangan kewangan. Apa guna marah-marah bos yang tak naikkan gaji, sedangkan buat bisnes part-time adalah lebih baik. Kita semua tahu hari ini makan roti canai nak kenyang mesti makan dua keping, walaupun harga sekeping masih sama. Kena rajin membaca untuk mengetahui macam mana sistem kewangan hari ini dibina. Understand the rules.

Rabu, 12 Mei 2010

Membeli Rumah 2


Pembelian rumah merupakan salah satu pelaburan yang amat besar dalam hidup anda. Masa bertahun-tahun diperuntukkan untuk membayar balik hutang tersebut kepada bank. Ada banyak faktor untuk dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan tersebut. Artikel ini saya akan berkongsi beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda menandatangani kontrak dan mengubah masa depan kewangan anda.


1. Mempunyai nilai pada masa yang akan datang.

2. Jika disewakan dapat menampung bayaran bulanan.

3. Keluasan rumah dan tanah. Boleh mengubahsuai rumah dimasa depan, bercucuk tanam dan tempat anak2 bermain.

4. Reka bentuk. Rekabentuk yang moden menyerlahkan lagi penampilan diri anda.

5. Persekitaran yang baik serta jiran jiran yang boleh diharapkan. ( anda pun mesti menjadi jiran yang baik juga )

6. Tahap keselamatan. Dan bebas dari banjir atau tanah runtuh. Kalau area yang anda pilih merupakan " black area " . Fikir fikirkan lah.

7.Bekalan asas seperti Air, Elektrik, Telefon ( skrg streamyx ) baik. Maksudnya tak selalu terputus sebab mat pit yang selalu curi wayar telefon.

8. Kemudahan awam. Seperti sekolah, kedai, masjid. dan sebagainya.

9.Berdekatan dengan tempat kerja anda. jadi tak perlu la anda bangun awal2 terkejar2 ketempat kerja.

10. Berdekatan dengan jalan raya. tapi tidak bermakna anda hampir dengan jalan raya yang boleh mengganggu hidup anda sekeluarga akibat kebisingannya.

Selasa, 11 Mei 2010

Telaga minyak


Pelantar minyak Transocean’s Deepwater Horizon tenggelam pada 22 April lalu, dua hari selepas ia meletup dan terbakar ketika syarikat berkenaan sedang mencari gali bagi BP kira-kira 64 kilometer di tenggara muara Sungai Mississippi. Kira-kira 11 pekerja hilang dan dianggap maut selepas bencana pelantar minyak itu, yang paling dahsyat di Amerika Syarikat dalam tempoh hampir sedekad.

Ada petanda bahawa limpahan itu adalah lebih teruk daripada kejadian pada 1969 di Santa Barbara, California, yang disusuli dengan larangan kegiatan cari gali minyak dan gas di luar pesisiran pantai Pasifik dan Atlantik, arahan yang kini ingin diubah oleh Obama.

Kebocoran akibat letupan telaga minyak itu dianggarkan 5,000 tong atau kira-kira 795,000 liter minyak sehari.















Selasa, 4 Mei 2010

Buat duit Di facebook..


Cara senang dapat duit dari internet. Ada orang yang penting untung, dapat banyak duit. Cara apa mereka dapat duit, mereka tidak peduli. Skim cepat kaya ke, menipu ke, rasuah ke, riba ke. Hentam semua.

Dalam bisnes dan pelaburan, untung adalah sangat penting. Orang tidak melabur dan buat bisnes untuk jadi rugi. Sebagai seorang Muslim juga, isu halal juga adalah sangat penting. Darah daging yang dibina dari sumber haram mesti dielakkan.


Pelaburan Internet tidak berlandaskan prinsip asas agama disebabkan unsur gharar, maysir atau judi selain keuntungan secara tetap.


Jadi, anda mesti pandai ilmu bisnes dan pelaburan untuk elakkan kena tipu dan mendapatkan yang terbaik. Pada masa yang sama, anda juga mesti tahu juga isu halal haram dalam bisnes dan pelaburan. Barulah anda mendapat rezeki yang banyak pada masa yang sama mendapat keberkatan.


Setelah begitu ramai rakyat Malaysia tertipu dengan pelaburan yang terang-terangan menipu ini, pengendali skim ini ada yang masih aktif ‘berniaga', maklumkan untungnya bukan sesen dua. Tetapi tidak ada peniaga yang terus berurus niaga jika tiada pembelinya. Itulah yang menghairankan. Apa agaknya yang terdetik di benak orang-orang yang tidak tahu perhitungan di akhirat kelak ini, sedangkan ganjaran dunia hanya setitis cuma berbanding yang hakiki?


Jangan jadi orang yang mudah buat sesuatu tanpa usul periksa. Adakah apa yang kita laburkan itu betul dan sah. Gunakan akal yang dianugerahkan kepada kita untuk menilainya secara logik akal yang waras. Jika tidak selagi itulah orang orang yang suka mengambil peluang atas kelemahan orang orang kita dengan wang menggunakan taktik tersebut tetapi menukar cara dan modus operandinya supaya kelihatan halal



Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post