Isnin, 21 Mei 2012

Sekadar renungan

Assalamu’alaikum


Jangan memuji kecantikan pelangi
Tapi pujilah Allah
Yang menciptakan Langit & Bumi
Jangan percaya
Denga kata-kata bijakku
Tapi percayalah Firman Allah yang Maha Benar
Jangan masukkan namaku di hatimu
Tapi masukkan nama Allah
Hingga hatimu tenang
Jangan sedih jika cintamu di dustakan
Tapi sedihlah jika engkau dustakan Allah
Jangan pula engkau minta cinta kepada penyair
Tapi mintalah kepada Allah
yg memiliki cinta yg kekal dan sejati
Ya Allah yang Maha Rahman & Rahim
Jangan jadikan hatiku batu yg mengeras
Hingga lupa akan rahmatMu

Sabtu, 19 Mei 2012

Why Gold and silver falling ? by Robert Kiyosaki


WHY ARE GOLD AND SILVER FALLING?
While in Africa last week, I was asked, “Why are the prices of gold and silver falling?”
My answer was, “Because more people are selling than buying.”
Years ago, my rich dad said, “Most investors want to know the underlying reasons why prices are going up or going down. So they look in the newspapers or call a friend, and find a reason that makes them happy.”
Returning from Africa, I went looking for answers that made me happy. There was an article in the Wall Street Journal about the people of India not buying gold and that was the reason for the price of gold coming down. In another article, I read about the European crisis, more specifically the demise of Greece, as the reason for the prices of gold, silver, and oil coming down. Less people are buying and more people are selling.
Most people chase the ups and downs of the markets, investing for capital gains. In real estate, they are called “flippers” and in the stock market they are called “traders.” The most important question to ask is, “Why buy?” This question makes the most sense to me.
I have been buying gold since 1972. I began while flying in Vietnam. I am still a buyer of gold and silver, but not at the current prices. I am happy when prices come down because low prices give me a reason to buy. The same is true in real estate. When real estate prices were going up, idiots were buying and flipping houses they, themselves, could not afford to live in. When the market crashed, millions were crushed. Now is the time to buy, but it hard for most to buy when they are sitting on existing bad home-owner debt.
Most of you following my COR blogs know I buy gold, silver, and oil simply because I do not trust our government or corporate leaders. If I trusted the President, Congress, the Fed, or big banks, I would be holding dollars; but I don’t. With everyone printing money, savers of money are the biggest losers.
This is my reason for buying gold, silver, and oil when the price is right. What is your reason? Don’t buy or sell anything simply because you are following the herd. Do your own research, find your own reason, and do what is best for you. Everyone else is. That is why so many people are selling gold, silver, and oil, and why prices are coming down. They are simply doing what they think is best for them.
If the herd panics and begins selling in mass, I will once again begin buying, even more gold, silver, and oil.
Thank you for supporting COR.
Robert Kiyosaki

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat hari GUrU



Selamat hari GURU buat semua  yang bergelar GURU…anda semua memang hebat.. Tahniah kerana sentiasa menjadi idola pelajar..  teruskan menjadi guru yang berdedikasi

Selasa, 1 Mei 2012

Bekerjalah

Tips asas untuk menjadi pekerja cemerlang

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?

Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.

Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.
Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited.
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.

Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.

Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.

Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.

Takde gunanya Anda jadi ‘bising’ maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.

Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !

Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.

Jumaat, 13 April 2012

Jangan bersedih

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini...
merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun... kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar - benarnya..


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan walau itu boleh jadi penyumbang tetapi itu bukan segala - galanya.


Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar. Tidur diatas katil yang empuk. Tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak. bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk kadang - kadang dia lebih lena berbanding kita.


Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat. lauk pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yang makan kadang - kadang dengan satu dua mata lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.


Kata Hamka " Lihatlah bagaimana Allah membahagi - bahagikan nikmat"


Semua orang salah sangka kalau orang itu ada rumah besar dan ada makanan yang sedap. Tentulah hidupnya bahagia dan tenang... Belum Tentu.


Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT


Jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa - apa tangan sekalipun. 


Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa - apa tangan sekalipun. 


Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walau sekelip mata, dunia boleh berbuat apa - apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.


Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh menwujudkan keajaiban dalam kehidupan


Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah


Lihatlah dunia ini. kadang kadang kita lihat manusia, dia hilang suatu benda ini daripada dunia kadang kadang macam dia hilang segala - galanya.


Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup? Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita, berada dalam keadaan yang baik. 


Ketika kita ditimpa musibah tertentu, Kita kata, "Habislah aku kali ini"... Tetapi usia kita telah berjalan, kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurnian kehidupan ini.


Ketika kita kata, " Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah ".. harini kita pun telah lupa akan perkataan itu dan kita pun lupa kadang - kadang untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah kelurakan kita darinya.


" Cukuplah bagi kami Allah, dia sebaik - baik tempat diserahkan urusan"


Pengalaman sering mematangkan kita


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang - orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia mengetahui tentang keajaiban bertawakal. Bila hati insan bulat kepada ya rabb...


" Ya allah aku serahkan urusan ini kepada mu ya Allah"


Kita sering lupa kita masih punyai kehidupan di Akhirat


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil. Kehidupan ini sangat luas.


Nabi sebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Iman muslim...
Allah bawa pada hari akhirat manusia yang paling derita dalam dunia ini...Allah ambil dia.. Allah masukkan dia kedalam syurga.. kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya " wahai fulan adakah kau berasa derita dalam hidup" ?.. Dia berkata " Tidak! aku tak pernah derita pun dalam hidup ini ".. Hanya kerana masuk sekelip mata dalam syurga, lupa cerita derita.


Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Allah celupkan dia kedalam neraka lalu dikelurkan dia. Dan ditanya, " Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini "?... Dia berkata, " Tidak !, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini "... Hanya dengan satu celupan saja kedalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.


Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini ?


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberikan benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang cukup besar.


Satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak... tetapi apabila suatu hari dia sakit kaki dia kata, " Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkan lah balik". Dia tahu besarnya nikmat kaki..


Kata Hamka, " Yang ada ini sudah harapan kita "


Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada.


Bersyukurlah wahai diri ini


Sebahagian para sarjana menyebut.. Syukur itu kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar. Ramai orang terpaksa bersabar tetapi belum tentu oarang yang dapat nikmat itu bersyukur diatas nikmat.


" Ya Allah, apa saja yang aku alamai daripada nikmatMu daripada kurnian daripada sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran"


Subhanallah... Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya.


" Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu " Surah Ibrahim [14}:34


Jika kita lihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa Masya allah hidup ini, apa yang Allah kurnia dalam hidup ini lebih dari harapan kita sebenarnya.


Kalau kita ingat sejak daripada kita dilahirkan, tempat kita dilahirkan, rumah kita dilahirkan sehingga tempat kita ada pada hari ini. Masya Allah. Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu.


Pesanan Nabi buat umatnya
"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (MUSYRIKin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya: Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana"
At Taubah [9]:40 

La Tahzan innallaha ma`ana
" jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita ! "







Mencari sakinah...
Dr Asri
























Isnin, 9 April 2012

Semut

Karena cintanya pada binatang, suatu hari raja yang adil itu pergi berjalan-jalan menemui seekor semut. Si semut merasa senang dan bangga mendapat kunjungan dari raja. 
"Bagaimana kabarmu, semut?" tanya sang Raja. 
"Hamba baik-baik saja " jawab semut gembira. 
"Kemana saja kau pergi dari pagi 
" Hamba pergi cari makanan " tapi tak jumpa"
Jadi sejak pagi kau belum makan?" "Benar," 
Raja yang adil itu pun termenung sejenak. Kemudian berkata, "Hai, semut. Beberapa banyak makanan yang kau perlukan dalam setahun?" 
"Hanya sepotong roti saja," jawab semut.
"Kalau begitu maukah kau kuberi sepotong roti untuk hidupmu setahun?" 
"Hamba sangat senang," 
"Kalau begitu, ayoh engkau kubawa pulang ke istana," ujar Raja, lalu membawa semut itu ke istananya. 
Semut sangat gembira karena mendapatkan anugerah makanan dari sang raja. Ia tidak susah-susah lagi 
mencari makanan dalam setahun. Dan tentu saja roti pemberian sang raja akan lebih manis dan enak. 
"Sekarang engkau masuklah ke dalam tabung yang telah kuisi sepotong roti ini!" perintah sang raja. 
"Terima kasih, Hamba akan masuk." 
"Setahun yang akan datang tabung ini baru akan kubuka," ujar sang raja lagi. 
"Hamba sangat senang, Jawab semut
" Tabung berisi roti dan semut itu pun segera ditutup rapat oleh sang raja. Tutup tabung itu terbuat dari bahan khusus, sehingga udara tetap masuk ke dalamnya. Tabung tersebut kemudian disimpan di ruang khusus di dalam istana. Hari-hari berikutnya sang raja tetap memimpin rakyatnya. Berbagai urusan ia selesaikan secara bijaksana. 
Akhirnya setelah genap setahun, teringatlah sang raja akan janjinya pada semut. Perlahan-lahan raja membuka tutup tabung berisi semut itu. Ketika tutup terbuka, si semut baru saja menikmati roti permberian raja setahun lalu. 
"Bagaimana kabarmu, semut?" tanya sang raja ketika matanya melihat semut di dalam tabung. 
"Keadaan hamba baik-baik saja," 
"Tidak pernah sakit selama setahun di dalam tabung?" Tanya baginda
Kemudian sang raja termenung sejenak sambil melihat sisa roti milik semut di dalam tabung. 
"Mengapa roti pemberianku yang hanya sepotong masih kau makan separuh?" tanya sang raja. 
"Katanya dalam setahun kau hanya memerlukan sepotong roti. Mengapa tak kau habiskan?" 
"Begini, Roti itu memang hamba makan separuh. Sebab hamba khawatir jangan-jangan Baginda lupa membuka tutup tabung ini. Kalau Baginda lupa membukanya, tentu saja hamba masih dapat makan roti setahun lagi. Tapi untunglah Baginda tidak lupa. Hamba senang sekali."
Sang raja sangat terkejut mendengar penjelasaan si semut yang tahu hidup berhemat. Sang raja tersenyum kecil dekat semut. 
"Kau semut yang hebat. Kau dapat menghemat dalam kebutuhanmu. Hal ini akan kusiarkan ke seluruh negeri agar rakyatku dapat mencontohi mu. Kalau semut saja dapat berhemat, mengapa manusia justeru gemar hidup boros?" 
"Sebaiknya  jangan terlalu memuji hamba," jawab si semut. Semut itu akhirnya mendapat hadiah lagi dari raja. Sebagai tanda terima kasih kerana telah mengajarnya hidup berhemat

Rabu, 28 Mac 2012

Mencari cinta ?

Salam buat awak yang belum punyai teman hidup.
Cuba awak lihat di sekeliling awak sekarang, dan perhatikan wanita-wanita lain. Awak akan lihat wanita-wanita lain yang rata-ratanya tidaklah menarik, sudah lanjut usia, taklah cantik sangat, tidak berpelajaran dan agak tidak berjaya. Jauh bezanya dengan diri awak yang lebih menarik, muda, cantik, berpelajaran dan berjaya. Namun, sebahagian daripada mereka mempunyai lelaki yang sudi menemani mereka seumur hidup!

Mungkin awak merasakan mereka ini tidak menarik di mata lelaki tetapi hakikatnya mereka sudah mempunyai teman lelaki malah berkahwin! Kenapa mereka mempunyai seorang lelaki yang sanggup berkorban segalanya sedangkan awak masih lagi keseorangan tanpa teman?

Kenapa Awak Masih Keseorangan Tanpa Teman?

Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:
"Bila awak nak cari teman lelaki?"
"Bila awak nak kahwin?"
"Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"

dan sebagainya.

Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.

Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?

Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut!

Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek...

Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu awak perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Fakta yang awak perlu tahu...
1. Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.

2. Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
3. Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
4. Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
5. Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
6. Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
7. Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
8. Minda awak adalah aset yang terbaik.

Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah... 

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post