Sabtu, 26 Januari 2013

Sebelum berkhawin


kata orang bercinta itu sedap.
Macam coklat.
Tapi bila dah jumpa ulat. 
Jangan terkulat-kulat. 
Kita kahwin bukan sekadar jasad. 
Macam lah kita sempurna sangat.

Andaikan kalian (yang masih bujang) sudah ada calon, barangkali kita dapat melihat perkara berikut. Pastikan kita melihat dengan akal fikiran, dan bukannya nafsu. Maklumlah orang bujang atau anak dara yang tengah bercinta.

1. Dia bagi duit tak dekat emak bapak dia sendiri?
Anak yang baik tak lupa ibu bapa. Dia tahu ibu bapa tak semestinya mengharapkan balasan duit. Tapi itu adalah kewajipan. Yang penting bagi, kalau ibu bapa tak mahu terima itu cerita nombor dua.
Macam mana nak tahu? Tanya je lah si dia. 

2. Dia bayar zakat tak?
Tanya soalan pertama.
“sayang, zakat fitrah tahun ni berapa RM ye?”
Kalau nampak si dia, jenis ‘berduit’ tanya soalan seterusnya.
“sayang, nisab zakat simpanan berapa?”
Rakyat Malaysia selalu bayar zakat harta setiap hujung tahun (tujan cukai), atau buat potongan cukai berjadual (PCB) dan zakat fitrah mestilah waktu bulan puasa.

3. Dia pakai / nak pakai kereta apa?
Sangat sesuai kepada yang masih pelajar tetapi dah gatal bercinta.
“Awak awak… kalau kite nanti bila dah (tunjuk dua jari telunjuk rapat-rapat), ehmm [blush] kita pakai Kancil lama jewww boleh tak?”
Kalau si dia serius pasal wang, dia akan tangguh kepuasan beli kereta (baru) semasa 7 tahun pertama. Lepas kahwin yang penting bagi anak orang makan nasi, bukan tayar kereta.

4. Dia nak hantaran berapa?
Betul, hantaran selalu keluarga tentukan.
Tapi dia sendiri macam mana.
Kalau dia pun demand sebab ada kelulusan kertas tertentu. Watch out bro!

5. Dia sanggup duduk rumah sewa tak?
Memang semua orang nak ada rumah sendiri.
Tapi jika suasana belum mengizinkan (simpanan belum ada, rumah yang sesuai belum jumpa, maka tangguhkanlah dulu hasrat beli rumah. Menyewa sahaja terlebih dahulu.
Kemudian rancang beli rumah sama-sama tanpa perlu menambah hutang lain seperti personal financing.
Tapi kalau si dia asyik push sahaja tanpa mahu membantu apa-apa. Itu bencana namanya.

6. Dia makan dekat kedai tepi jalan tak?
Kalau dia tak mahu makan sebab isu kebersihan dan dia sanggup masak untuk kita, ok.
Yang perlu diawasi sebab nak jaga standard.

7. Dia ada belajar melabur, urus wang tak?
Atau dia sedang sibuk melebur dan membazirkan wang. Yang paling ditakuti adalah terlibat dengan aktiviti perjudian.
Perkara ini kita dapat lihat sendiri. Dia hadir seminar. Dia buat bisnes part time yang betul (bukan skim cepat lingkup punya tau).
Yang penting adalah, biar nampak pokai tapi dompet tebal. Bukannya, biar papa asal bergaya.

Apa Perlu Anda Buat?
Duit tidak mengubah peribadi seseorang.
Duit cuma mengeluarkan sifat seseorang itu dengan lebih cepat.
Kalau si dia memang suka membantu orang, sama ada dia tengah pokai atau dia tengah berduit, si dia tetap akan membantu orang. Waktu pokai cara pokai, waktu berduit cara berduit. Bukannya beri alasan, “Duit tengah takde ni.”

Jadi, sekiranya anda dapat mengenalpasti sifat negatif kewangan si dia seawal mungkin maka,

a) Bagi lelaki: Anda berkewajipan mendidik si dia mengenai ilmu pengurusan kewangan yang betul.
b) Bagi wanita: Anda perlu belajar menjadi independent dari sekarang. Kalau suami elaun bulanan pun tak bagi, kita masih tetap dapat urus duit dengan baik dan melabur untuk diri sendiri dan anak-anak.

PR1MA.


PRIMA.
Skim ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas, yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM 2,500 – RM 7,500 untuk memiliki rumah sendiri.

Harga rumah yang dikatakan layak berharga antara RM 100,000 – RM 400,000. (Kawasan bandar mana yang masih ada rumah tanah harga ni, apartment ada lah kot)

Kelayakan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah berusia 21 tahun ke atas pada waktu permohonan.
3. Dibuka untuk individu atau psangan yang mempunyai purata pendapatan antara RM 2,500 – RM 7,500.
4. Jika telah memiliki hartanah, tidak lebih dari 1 hartanah.
5. Syarat tambahan yang dikenakan mengikut lokasi.
6. Tidak muflis.

Nota:
- Hartanah PR1MA diagihkan mengikut open ballot.
- Pemilihan unit oleh mereka yang berjaya adalah mengikut aturan ballot.
- Hakmilik tidak boleh jual, dipindahkan kepada orang lain dalam tempoh 10 tahun tanpa ada kelulusan dari pihak PR1MA.
- Hartanah PR1MA mesti diduduki oleh pemilik. (Tak boleh disewa untuk tujuan pelaburan)
Antara lokasi hartanah di bawah skim ini adalah:
1. Nusantara Prima, Bandar Nusajaya, JB 
2. PR1MA Pulau Pinang, Seremban Utara, Seremban 2, Rasah & Senawang. 

Kalau berminat sila lihat di http://www.pr1ma.my/howtoapply.html

Jadi rajin-rajin melawat website PR1MA

Pengeluaran KWSP untuk menunaikan haji



Mulai 1 Januari 2013, KWSP memperkenalkan Pengeluaran Haji.
Skim ini untuk ahli beragama Islam yang memenuhi syarat tertentu.
Jumlah yang dibenarkan sehingga RM 3,000 dari akaun 2.
Syarat-syaratnya adalah:
1. Usia kurang 55 tahun.
2. Telah menerima surat tawaran menunaikan haji dari Lembaga Tabung Haji (LTH).
3. Pengeluaran sekali seumur hidup.
4. Tidak cukup simpanan di LTH untuk membiayai kos asas haji seperti yang ditentukan LTH.
Jadi, kalau memenuhi syarat di atas, tuan puan perlu:
i. Hadir ke cawangan KWSP terdekat.
ii. Bawa kad pengenalan
iii. Surat tawaran haji dari LTH
iv. Buku akaun simpanan TH yang baru dikemaskini.


Skim ini juga dikenali sebagai ‘Permohonan Mudah’ kerana ahli tidak perlu mengisi borang untuk memohon.
Permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti yang ditetapkan LTH bagi membolehkan proses dibuat dan duit dimasukkan di dalam akaun LTH.
Untuk maklumat lanjut, tuan puan dapat ke laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.

Khamis, 17 Januari 2013

Yang Maha berkuasa

Tidak takutkah kita pada suatu kuasa
Yang Maha Berkuasa,
Setiap detik mencipta,
Satu zat yang tidak dicipta,
Dia adalah Tuhan, Khalik,
Segala yang ada kuasa-Nya mutlak ditangan-Nya,
Setiap nasib makhluk ditangan-Nya
Termasuk manusia,
Tuhanlah yang menentukannya,
Samada berlaku di dunia mahupun diakhirat sana,
Seorang itu mukmin atau kafir,
Soleh atau fasik,
Dialah yang mematikannya
Tidak ada kuasa yang campur tangan
Yang menentukannya,
Mati dan hidup Dia yang menentukannya,
Sakit dan sihat,
Kaya dan miskin,
Positif dan negatif,
Bodoh dan cerdik,
Cantik dan hodoh,

Semuanya ditentukan oleh Zat yang Maha Kuasa,
Umur kita Dia-lah yang menentukannya
Panjang atau pendek,
Mati dalam perut atau selepas lahir,
Mati waktu bayi atau waktu tua,
Mati pun Tuhan yang menentukan sebab-sebabnya,
Mati oleh sakit,
Mati dilanggar kereta,
Mati dibaham harimau atau buaya,
Mati jatuh kapal terbang atau jatuh kereta,
Mati lemas dilautan atau disungai,
Mati lemas sesak nafas,
Mati kerana kena bunuh,
Mati tercekik makanan,
Mati tersedak atau tercekik tulang,
Mati diwaktu rehat atau
Mati diwaktu berjalan,
Mati diwaktu tidur atau jaga,
Mati terbakar atau kerana racun,
Entah mati sebab apa-apa lagi,

Itu baru di dunia,
Di akhirat sana begitu juga,
Ketentuan semuanya ditangan-Nya,
Mati diazab atau mati dengan bahagia,
Mati diazab didalam kubur,
Atau mati selamat daripada seksa kubur
AtauÖÖÖÖ..azab mahsyar,
Atau terlepas azab mahsyar
Atau diazab di neraka,
Atau terlepas dari azab neraka,
Didalam neraka kekal selama-lamanya 

Atau sementara,
Semuanya ditentukan oleh Tuhan pencipta manusia,
Kalau kita fikirkan ini semuanya
Tidak mampu nak ketawa,
Tidak mampu nak bersukaria,
Tidak lalu nak makan,
Lebih-lebih lagi nak mencerca dan menghina,
Tak lah nak makan sekalipun sesedap mana,
Mati angan-angan,
Dunia ini tidak ada harga,
Sekalipun menjadi raja,
Sekalipun berkuasa,
Sekali pun kaya.

Khamis, 27 Disember 2012

Banjir di kemaman

Antara gambar gambar keadaan banjir di Kemaman khususnya di kawsan bandar Chukai pada 25 Disember hingga 27 Disember 2012. Keadaan air pasang luar biasa antara penyebab berlakunya banjir dikawasan tersebut. 

Sehingga 27 Disember Kawasan Bukit Mentok menjadi tempat tertinggi di Kemaman terlibat dengan pemindahan. Seramai 1643 orang telah dipindahkan ke SMK Bukit Mentok setakat 27/12/2012 jam 1400.

Negeri Terengganu mencatatkan bilangan paling ramai iaitu seramai 8052 orang diikuti dengan negeri kelantan 6582 orang.

( Credit to all FB friend for Photos )

Kawasan perumahan Bukit Mentok. Kawasan yang paling teruk dilanda banjir bagi kawasan Chukai kemaman.

Taman Chukai Utama






Kawasan pasaraya Nirwana


Jalan Chukai Utama 



Bank Islam Chukai










Bank islam dan pasaraya Nirwana



Pemimpin yang berjiwa rakyat yang turun padang melawat mangsa banjir

Setakat petang 25/12 sebelum air mula perlahan lahan melimpah memenuhi kawasan tersebut

Rabu, 5 Disember 2012

Kenali hak anda semasa x-Ray

Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa anda mempunyai hak untuk melindungi organ sensitif dalam tubuh badan sekiranya melakukan pemeriksaan x-ray. Kita mempunyai organ sensitif seperti thyroid dan organ pembiakan. Pendedahan secara berterusan organ sensitif tersebut kepada sinar-x akan memberi kesan buruk kepada sistem pembiakan. Ia mungkin menyebabkan penghasilan sperma atau ovum terbantut ataupun menjejaskan struktur DNA yang boleh membawa kecacatan kepada bayi. Jika anda mengandung, seharusnya anda memberitahu doktor dan mengelak dari terdedah kepada sinar-x kerana ia boleh menjejaskan kandungan anda.



Thyroid

Bagi melindungi bahagian thyroid, anda akan diberi pelindung thyroid. Anda boleh meminta daripada juru x-ray jika tidak dibekalkan dan sekiranya pemakaiannya tidak menjejaskan imej radiografi yang diambil. Gambar dibawah menunjukkan cara pemakaian pelindung thyroid.





Bahagian organ pembiakan anda merupakan bahagian yang paling penting untuk dilindungi. Anda berhak meminta untuk memakainya sekiranya tidak dibekalkan dan tidak mengganggu bahagian yang hendak dilakukan pemeriksaan x-ray. Cara pemakaianya adalah seperti di bawah.






Jika anda tidak menjalankan pemeriksaan sinar-x tetapi membantu orang yang akan melakukan pemeriksaan tersebut, seperti memegang bayi anda yang akan menjalani pemeriksaan sinar-x, maka anda perlu memakai baju pelindung yang dipanggil lead apron.




Semoga anda memahami tanggungjawab anda untuk melindungi organ anda khususnya kepada mereka yang akan melakukan medical check-up yang melibatkan sinar-x.

Alatan radiasi yang digunakan dihospital

Bila anda menghidap sesuatu penyakit yang tidak boleh dikesan dengan mata kasar, kebiasaannya anda akan diimbas menggunakan alat yang mengeluarkan sinar-x ataupun sinar gamma. Ataupun bila sel-sel tubuh anda berkembang sebagai sel kanser, maka anda akan dirawat menggunakan sinar-X yang bervoltan tinggi. Anda juga tidak terlepas dari terdedah kepada radiasi apabila melakukan pemeriksaan perubatan (medical check-up) melalui x-ray atau sinar-x.
Bahagian yang melibatkan penggunaan sumber radiasi dihospital untuk tujuan diagnos dan merawat sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian.

Radiologi (Radiology); untuk tujuan diagnostik atau mengenalpasti punca penyakit
Radioterapi (Radiotherapy): untuk tujuan merawat pesakit kanser
Perubatan Nuklear (Nuclear Medicine); untuk tujuan diagnostik


Alat-alat seperti CT-scan, General radiography atau mesin x-ray, Angioram, Floroskopi, Bone Densitometer merupakan alat yang menggunakan sinar-X (Sinaran mengion) di bahagian radiologi. Alat seperti MRI(Magnetic Resonance Imaging) dan ultrasound pula merupakan alat yang menggunakan sinaran tak mengion dibahagian radiologi sesebuah hospital. Anda tidak perlu risau kerana sinaran tak mengion tidak akan memberi kesan bahaya kepada tubuh badan kita.



CT-Scan X-ray Angiogram



Fluoroscopy MRI Ultrasound


Bahagian perubatan nuklear pula terdapat mesin yang mengesan sinar gamma daripada isotop yang diberi kepada pesakit. Alat ini dipanggil kamera gamma (gamma camera).



kamera gamma (gamma camera)


Linear Accelerator (Linac) ataupun dipanggil pemecut linear digunakan di bahagian radioterapi untuk merawat sel kanser dengan menembak sinar-x bervoltan tinggi ke kawasan sel kanser. Sinar-x yang mempunyai tenaga tinggi tersebut akan membakar dan membunuh sel-sel kanser.




LINAC


Diharap penerangan kali ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang penggunaan alat radiasi untuk tujuan perubatan di hospital.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post