Jumaat, 11 Disember 2015
Selasa, 8 Disember 2015
Rokok dan vape
USWAH SIRI 186
KATAKAN TIDAK PADA ROKOK DAN VAPE!
Dalam Kitab Al-Tadkhin Afaat Al-'Ashr Min Al-Alif ila Al-Ya' karya Dr. Samer Abu Hamid menjelaskan kemudharatan rokok kepada manusia:
"Rokok mengandungi sekitar 4,000 bahan kimia antaranya 250 bahan beracun dan 50 bahan penyebab kanser. Kandungan bahan tersebut ada yang semulajadi dan ada yang ditambah untuk lebih rasa nikmat ketika merokok. Sementara kandungan Nikotin didalam rokok akan menyerap ke pangkal otak hanya selepas 7 hingga10 saat selepas sedutan asap pertama dan ia boleh kekal dalam tubuh sekitar 90 minit, ini sangat memudharatkan otak dan pemikiran manusia".
Merokok adalah tabiat golongan yang suka mensia-siakan manfaat dalam kehidupan. Kemudharatannya terhadap akal manusia tidak boleh dipertikaikan kerana mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak. Pada hari ini, tersebar pula ketagihan manusia kepada rokok elektronik atau e-cigarette yang menggunakan e-liquid. Mengikut kajian pakar, bahan utama dalam e-liquid ini sebenarnya adalah cecair hygroscopic yang mana apabila dipanaskan akan menukarkan kandungan air dalam larutan tersebut menjadi wap seakan asap. Cecair hygroscopic dalam e-liquid yang terdapat di Malaysia ini adalah propylene glycol/glycerol + nicotine + flavorant chemical.Nikotin yang di tambah dalam e-liquid adakalanya daripada 20-30mg (kepekatan tinggi) dan adakalanya daripada 6-8mg (kepekatan rendah).
Sementara mengikut kajian The New England Journal of Medicine pada Januari 2015 lalu, vape adalah 5 kali ganda boleh merosakkan diri daripada rokok. Ini kerana rokok paras nikotinnya di kawal oleh kerajaan, sebaliknya vape, paras nikotin di kawal oleh pengguna. Ramai pengguna menyalahgunakan vape dengan menambah paras nikotin. Malah ada di kalangan mereka menggunakan vape dengan mencampurkannya dengan dadah. Ketahuilah bahawa vape ini jika menjadi ketagihan dan sentiasa menggunakannya, ia boleh menyebabkan kanser. Hal ini telah ditegaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ketika vape digunakan maka akan berlaku pemanasan pada propilena glikol yang menghasilkan formaldehidye yang menyebabkan kansermerbahaya! Katakan tidak pada rokok dan vape!
~Asri ed-Diwanie
https://www.facebook.com/asri.eddiwanie
Isnin, 7 Disember 2015
Surah yassin
Surah Yaasin - Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan
Rabu, 2 Disember 2015
Tokku Pulau Manis
SEJARAH HIDUP TOKKU PULAU MANIS
*ulama tersohor nusantara.
Sheikh Abdul Malik bin Abdullah, atau nama sebenarnya SHARIF ABDUL MALIK IBN SHARIF ABDULLAH, dilahirkan pada pertengahan tahun 1600 Masehi dan wafat pada tahun 1736 Masehi dan di makamkan di Kampong Pulau Manis, Terengganu. Beliau juga digelar Tok Ku Pulau Manis.
Pada makam beliau tertulis tarikh lahir beliau iaitu pada tahun 1089 Hijriah bersamaan tahun 1678 Masehi dan wafat pada tahun 1149 Hijriah bersamaan dengan tahun 1736 Masehi. Tetapi tarikh kelahiran beliau itu meragukan. Sheikh Abdul Malik sempat berguru dengan Maula Ibrahim al-Kurani atau dikenali juga dengan nama Maula Ibrahim al-Kurdi atau al-Madani semasa beliau menuntut ilmu di Mekah. Maula Ibrahim al-Kurani hidup antara tahun 1025 – 1101 Hijriah (1616 – 1690 Masehi). Kalau mengikut tarikh yang tertulis di makam beliau itu, Sheikh Abdul Malik baru berumur 12 tahun ketika Maula Ibrahim al-Kurani wafat. Mengikut sejarah lisan warisan pula, Sheikh Abdul Malik berada di Mekah selama 10 tahun dan pulang ke Terengganu dalam usia lingkungan 40 tahun. Ini bermakna beliau ke Mekah ketika berusia lebih kurang 30 tahun. Oleh itu bolehlah kita katakan bahawa beliau lahir pada pertengahan tahun 1600 Masehi. Satu lagi, di dalam kitab beliau bertajuk ‘Risalah Isra’ Mi’raj’ ada tertulis yang beliau siap menulis kitab tersebut pada 8 Jamadil Akhir, 1092 Hijriah. Jikalau benar beliau lahir pada tahun 1089 Hijriah bermakna beliau siap menulis kitab itu ketika berumur 13 tahun. Jika diandaikan beliau lahir pada tahun 1061 Hijriah atau 1650 Masehi, itu adalah lebih munasabah. Sementara tarikh kewafatan beliau yang tercatat sebagai 1149 Hijriah atau 1736 Masehi itu bolehlah diterima, iaitu ketika usia beliau dalam 80an tahun.
Mengikut Dr. Shafei Abu Bakar dalam tulisannya, ketika remaja Sheikh Abdul Malik sering mengikut bapa saudaranya Ismail berdagang sambil berdakwah ke Johor Riau, tanah Jawa, Fathani dan Champa. Dan dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun beliau ada pergi menuntut di tanah Jawa dan Acheh. Ketika di Acheh beliau berguru dengan Sheikh Abdul Rauf Singkel ulama’ Acheh yang terkenal. Antara sahabatnya yang paling rapat ketika di tanah Jawa ialah Haji Muhammad Saleh bin Umar as-Samarani dari Semarang.
Sheikh Abdul Malik ke Mekah ketika berusia dalam 30 tahun. Di Mekah beliau berguru dengan antaranya Maula Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada Sheikh Abdul Rauf Singkel. Beliau juga dikatakan tinggal di rumah milik Sheikh Abdul Rauf di Mekah yang menjadi asrama bagi murid-murid Sheikh Abdul Rauf yang pergi melanjutkan pengajian di Mekah.
Sebelum pulang ke Terengganu dari Mekah lebih kurang 10 tahun kemudian, beliau terlebih dahulu singgah di Johor. Beliau dikatakan menjadi tempat rujukan Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor. Di akhir kitab Risalah Israq Mi’raj karangan beliau (tamat menulis pada 8 Jamadil akhir, 1092H), beliau menisbahkan diri beliau dengan nama “Abdul Malik bin Abdullah al-Jawi al-Johori”. Beliau mengahwini Mahpuri puteri kepada Tok Raja Sawa Lela seorang keturunan Bendahara Johor yang telah berhijrah ke Terengganu dan tinggal di Kampong Batu Hampar. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu Sheikh Badaruddin, Imam Yusuf Kesum, Ya’akub @ Tok Bongkok dan Mek (nama sebenar tidak diketahui).
Apabila Tun Jenal putera Tun Habib Abdul Majid dilantik menjadi Sultan Terengganu yang pertama dengan gelaran Sultan Zainal Abidin pada tahun 1725 Masehi , Sheikh Abdul Malik dikatakan memainkan peranan utama dalam perlantikan itu. Sultan Zainal Abidin dikatakan telah mengahwini puteri beliau dan melahirkan seorang putera dinamakan Engku Embong. Christopher Boyer dalam kajian kesultanan Nusantara menulis, “... Sultan Zainal Abidin mengahwini anak perempuan Sharif Abdul Malik ibn Sharif Abdullah dan beroleh seorang putera bernama Engku Embong......Nang Rugayah bonda kepada Tun Tana Mansur (Sultan Mansor Shah – Sultan Terengganu ke-II) adalah isteri baginda yang kemudian....”
Sheikh Abdul Malik kemudiannya berpindah dari Kampong Pauh ke Pulau Manis. Perpindahan beliau diikuti sama oleh Sultan Zainal Abidin yang menjadikan Pulau Manis sebagai pusat pemerintahan Terengganu. Setelah beberapa lama baginda berpindah ke Bukit Keledang dan menjadikan Kuala Terengganu sebagai pusat pemerintahan negeri Terengganu hingga sekarang.
Di Pulau Manis Sheikh Abdul Malik mewujudkan pusat pengajian sistem pondok yang merupakan yang pertama di Tanah Semenanjung dengan mengambil contoh pengajian di Acheh dan Mekah. Pusat pengajian ini telah dihadhiri oleh penuntut-penuntut tempatan dan lain-lain negeri, juga dari Fathani. Ia juga dihadiri oleh Sultan dan para pembesar negeri. Pusat pengajian ini terus berkembang dan setelah beliau wafat ianya disambung oleh anak cucunya yang berkelayakan. Pusat pengajian yang diasaskan beliau ini kemudiannya dipindah oleh anak cucunya ke beberapa tempat hinggalah yang akhirnya di Kampong Padang Midin. Pusat pengajian terakhir ini ditutup pada tahun 1969. Ini bermakna pusat pengajian yang diasaskan beliau dapat bertahan selama lebih kurang 300 tahun.
Sheikh Abdul Malik terkenal sebagai seorang ulama’ berbagai bidang. Beliau juga seorang Sheikh Tarikat Shattariyyah dan Shadhaliyyah. Dalam bidang karangan beliau ada menulis beberapa buah kitab untuk kegunaan pusat pengajiannya. Kitabnya yang ulung ialah kitab Syarah Hikam Melayu, terjemahan Kitab al-Hikam Ibn Ata’illah al-Iskandari, juga seorang Sheikh Tarikat Shadhaliyyah dan ditambah dengan syarahnya sendiri. Kitab ini masih digunakan di musalla, surau dan masjid tertentu hingga sekarang.
Sheikh Abdul Malik meninggal dunia di Kampong Pulau Manis di mana beliau dimakamkan. Dan oleh itu juga beliau digelar dengan gelaran Tok Ku Pulau Manis. Pada makam beliau tercatat tarikh kewafatan beliau ialah pada tahun 1736 Masehi (1149 Hijrah).
Begitulah secara ringkasnya sejarah hidup Sheikh Abdul Malik salah seorang ulama’ yang tersohor di Nusantara. Semoga Allah merahmati ruh beliau dan ditempatkan di samping mereka-mereka yang dikasihi Nya.
Empat Golongan Lelaki Akan Ke NERAKA
Pertama:-
'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:-
'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:-
'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-
'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Selasa, 1 Disember 2015
Pisang
HATI-HATI DGN PISANG DURJANA
Kawan-kawan, rasanya ramai antara kita yang suka makan Pisang. Betul tak?? Peribahasa Melayu pernah menyatakan "Dalam Setandan Pisang bukan semuanya baik-baik belaka, Pasti ade yang rosak" TETAPI tahukah kita bahawa pisang yang kita beli yang nampak seperti Baik @ Cantik Rupa-rupanya disahkan 100% PENYEBAB KANSER dan juga jangkitan di dalam Perut.
Pisang ini adalah pisang yang telah dipaksa untuk masak setelah direndam dalam air bercampur "CARBIDE" atau dalam bahasa melayu Kabait.
ELAKKAN makan atau membeli Pisang yang direndam dalam air Kabait ini!!
Bagaimanakah Ingin Mengenali Pisang Jenis Kabait ini??
Pisang yang biasanya masak secara normal biasanya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna Coklat atau Hitam dan batangnya juga berwarna Hitam atau Gelap sedikit (Gambar Bahagian Atas).
Pisang yang telah direndam dengan air Kabait ini pula berwarna Kuning Cerah dan batangnya pula berwarna hijau tanpa sebarang Bintik-bintik Hitam (Gambarajah Bahagian Bawah).
Carbide@Kabait adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas yang jika di biar dalam ruang tertutup akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari LPG Gas. Pisang yang direndam dalam air Kabait akan menyebabkan Gas tersebut meresap masuk ke bahagian dalam Pisang. Penyerapan yang berlebihan di dalam Pisang akan menyebabkan peratusan yang Tinggi akan masuk ke dalam badan.
Kandungan Kabait yang Tinggi di dalam badan akan menyebabkan tumor dan cancer bole tumbuh di bahagian perut.
Oleh itu, sebelum membeli Pisang pastikan memilih Pisang yang masak secara Normal.
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...