Ahad, 7 Ogos 2016

Agama dan politik

Tazkirah Hari Ini

Golongan yang memisahkan Agama & Politik

Syeikh Muhammad al-Khidhr Husain - salah seorang syeikh al-Azhar menulis artikel panjang yang diterbitkan oleh majalah 'Nurul Islam' yang kemudian diletakkan dalam bukunya yang berjudul 'Rasa'il al-Islah.'

Di antara isi artikel ilmiah yang beliau tulis adalah:

"Kami mengetahui bahawa yang mempunyai keinginan memisahkan agama daripada politik berasal daripada dua golongan:

Pertama: Segolongan orang yang mengetahui betul bahawa dalam al-Quran terdapat hukum dan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengadilan dan politik, tetapi mereka menolak adanya kesesuaian ajaran-ajaran tersebut dengan maslahat yang dapat digunakan untuk mencapai tujuan optimum.

Mereka tidak peduli ketika kaum Muslimin menuduh mereka telah melanggar hukum dan dasar agama, bahkan mereka rela disebut sebagai kafir atau orang yang menyimpang daripada agama.Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mempercayai al-Quran beserta ajaran-ajaran yang ada di dalamnya.

Kedua: Golongan kedua adalah mereka yang mengakui bahawa di antara ajaran agama ada yang mengandungi hukum mahupun politik, tetapi mereka menyatakan bahawa ajaran tersebut tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini.Kerana itu, mereka berusaha memisahkan agama dari politik.Tetapi tujuan mereka itu tidak akan berhasil dan usaha mereka sia-sia belaka.

Mereka menggunakan cara yang dianggap lebih tepat iaitu menganggap Islam hanya mengandungi tauhid dan ibadah, mereka juga mengingkari hakikat adanya ajaran yang berkaitan dengan hukum dan politik.Mereka terus menghembuskan syubhat dengan harapan ada orang-orang bodoh yang terpengaruh dengan usaha mereka itu.

Inilah dua golongan yang berusaha memisahkan agama daripada politik, kemudian mereka mendekati kekuasaan agar dapat menciptakan hukum dan peraturan bagi kaum Muslimin yang bertentangan dengan syariat Islam.Mereka juga mengikuti aliran yang menggunakan ajaran yang tidak diredhai Allah - kerana ajaran tersebut tidak membawa kebaikan yang dikehendaki syariat.Langkah yang dilakukan oleh kedua golongan tersebut menjadi penyebab munculnya pelbagai fitnah kerana mengukuti politik hawa nafsu serta mencerminkan dangkalnya pemahaman terhadap ajaran hikmah yang ada dalam syariat Islam.

( Dr Yusuf al Qaradhawy - Ad-Din wa As-Siyasah)

Pokemon go

FATWA-FATWA BERKENAAN POKEMON DAN POKEMON GO

Pertama: Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Pada tahun 2001, Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga aqal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini. Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman. Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:

Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.
Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli.
Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.
Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.
Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.
Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

Kedua:  Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi

Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon GO. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Ketiga : Universiti al-Azhar

Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Syeikh Prof. Dr. Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Syeikh Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon.

Negara-Negara yang Mencegahnya

Di Arab Saudi, Suruhanjaya Komunikasi, Teknologi dan Informasi Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan amaran bahawa Pokemon GO dan permainan yang seumpamanya boleh mengancam pemain kerana mendedahkan lokasi pemain kepada pihak-pihak yang mengambil kesempatan. Ini termasuklah ancaman penggodam, pencerobohan ruang peribadi dan ancaman jenayah rompak dan curi.

Pihak berkuasa Kuwait dan Mesir sebelum ini memberi amaran dan ancaman bahawa permainan ini berisiko membawa pemain ke kawasan-kawasan sensitif seperti istana, masjid-masjid, stesen minyak dan pengkalan tentera. Ahmed Badawi, Timbalan Ketua Majlis Komunikasi Kerajaan Mesir, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengadakan sekatan terhadap permainan Pokemon GO kerana dipercayai boleh mendedahkan bahagian keselamatan negara kepada dunia luar. Manakala, Hamdi Bakheet, ahli Majlis Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negara Mesir pula memberitahu Parlimen Mesir bahawa aplikasi Pokemon GO ialah usaha yang licik pihak luar untuk membuat perisikan dalam masyarakat dan negara Mesir.[1]

Begitu juga pertubuhan imam-imam di Turki menggesa agar pihak berkuasa mengharamkan permainan itu kerana menjejaskan nilai kemurnian dan kesucian tempat-tempat ibadat apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki premis masjid semata-mata untuk mencari raksasa maya berkenaan.

Pihak kerajaan Indonesia melarang anggota polis negara itu bermain Pokemon GO ketika menjalankan tugas dan larangan itu bakal dilaksanakan kepada anggota tentera tidak lama lagi.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata pegawai polis seluruh negara itu telah menerima arahan itu bermula 19 Julai 2016. Pihak kerajaan risau pegawai polis akan menjadi ketagih dan mengganggu tugas pihak polis dalam berkhidmat kepada masyarakat yang dengan konsentrasi dan kerja keras.

Arahan ini juga dikeluarkan susulan kes penangkapan warga Perancis yang menceroboh pengkalan tentera Indonesia yang terletak di Pulau Jawa kerana bermain Pokemon GO. Kes ini menimbulkan kegusaran dan kemungkinan dalam kalangan tokoh pembangunan keselamatan yang menegaskan teknologi tinggi dalam permainan tersebut berpotensi menjadi alat perisikan.

‘Pokemon GO nampak comel, tetapi semakin lama anda melihat, ada sesuatu yang tidak betul padanya,” Kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.[2]

KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah berbincang dan memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan nas dan juga faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku. Justeru, diharap agar masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam aplikasi permainan tersebut. 

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Atas dasar ini, maka benarlah sabda Rasulullah SAW:

لَا ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.

Hadis riwayat Ahmad

Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat. Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku, membawa kepada:

Bahaya dari segi pengintipan pihak luar
Pencerobohan ruang peribadi
Faktor keselamatan seperti kemalangan
Kelalaian
Ketagihan melampau terhadap gajet
Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling
Gangguan emosi seperti mudah marah akibat kekalahan.
Membawa kepada akhlak yang buruk
Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.
Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzari’ah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Kami syorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.

Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba Allah dan pemegang amanah-Nya di bumi ini sebagai khalifah Allah.

Firman Allah SWT:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Surah al-Mukminun, 23:115

Kami akhiri dengan berdoa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارزُقنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارزُقنَا اجتِنَابَهُ

Maksudnya: Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

5 Ogos 2016 M bersamaan 2 Zulkaedah 1437 H

Selasa, 2 Ogos 2016

Hidup

Hidup ini tak seindah macam novel. Tak secantik dalam drama. Tak segembira dalam filem. Setenang-tenang air di lautan, ada masanya mesti bergelora juga.

Sebab itu, harus berpegang pada Yang Satu.

Manusia datang dan pergi. Sentiasa meninggalkan atau ditinggalkan. Jatuh bangun kita, hanya Allah yang tahu. Maka biarlah bergantung harap hanya pada Allah....😊

TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio ikim pagi tadi..

■Jgn sekali kali tinggalkan alQuran...Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■Rumah yg dibacakan alQuran, pd waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■Jika mati org yg suka baca Quran Ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat2 akan tau, ooo, mati sudah sipembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.

■Didlm kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■AlQuran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita didlm kubur.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Azab kubur bermula the moment mayat tidak dpt menjawab soalan2 malaikat.

■Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■Penting 7 hari ini kita mendpt doa dari anak2 yg soleh supaya hari2 kita indah didlm kubur.

■Masa mayat Tu duduk kita akan sedar, ohh...aku dah meninggal dah... 😭

■Pesanan akhir Ustaz, sblm mati, tolong pastikan sekurang kurangnya Ada alMulk dlm Dada kita.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
آميـــــــــــــــــــن

■Celakalah org yg tidak dpt jawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur alQuran akan berkata kpd mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang & mendayu.

■Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■Lepas Tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.

■Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

جزاك اللهُ خيراً

Isnin, 25 Julai 2016

Taubat

✿ Allahumma sholli ala MUHAMMAD ✿

Sebaiknya kita sebagai manusia kita seharusnya Bersyukur kerana Allah Sentiasa memberi kita peluang untuk BERTAUBAT,Selagi masih bernyawa,Agar kita tidak jauh terpesong dari goda syaitan, yang sentiasa menghasut Manusia melakukan kejahatan dan membawa kejalan yang sesat..

Alangkan BAIKNYA jika kita selalu merendah diri dan bertaubat apabila ada masa yang terbuang dengan memperbanyakkan ISTIFAR,kerna kita tak perna tahu hati sesama manusia sama ada kita telah wat mereka terasa atau mereka tak senang dengan apa yang kita lakukan walaupun kita hanya diam sahaja..

Sama ada kita melakukan kesilapan besar mahupun sekecil zarah,kita kena ingat kecil-kecil pun kalau selalu buat lama-lama jadi besar.

Bagi yang Gemar buat2 Gwiyomi tu jgnlah byk sgt..sikit2 tu cukuplah..dah comel pun tu..
Tetapikan lebih baik banyak2kan BerISTIFAR "Astaghfirullahalazim"dapat menghapus rasa riak dan buat bekalan di AKIRAT Sana.

✿⊱╮Jangan termenung atau tersingung..
✿⊱╮Renung-renungkan dan Selamat BerAMAL...(✿◠‿◠)

Kerana Allah

Mereka yang benar-benar takutkan kemurkaan Allah adalah orang yang hidup dan mati mereka akan semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah. Mereka berjuang ke tengah masyarakat dengan gagah berani bagaikan singa, mereka tidak takut kepada yang lain selain Allah. Allah sahaja yang menjadi matlamat mereka. Segala halangan dan rintangan dapat mereka lalui dengan mudah. Merekalah orang-orang yang telah memperoleh roh mentauhidkan Allah.

Rezeki

* Sepatutnya rezeki kita banyak ni, tetapi disebabkan maksiat/kejahatan yang kita lakukan, kita dapat banyak ni saja....

* Tanda-tanda kasih sayang Allah: tak taat perintah pun, masih diberikan rezeki

* Tapi Awas: 'rezeki' yang dapat dlm keadaan diri mungkar dikira istidraj: rezeki diberi bersama 'kemurkaan' Allah...

* Ujian terbahagi kepada 2: ujian musibah dan ujian kesenangan
Ujian kesenangan yang paling ramai orang gagal ( leka )

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post