Selasa, 23 Mei 2017

SIAPA AINUL MARDHIAH

SIAPA AINUL MARDHIAH

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain.

Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga.

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat 'muda' teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain.

Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ” inilah Syurga.”

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah' lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah.

Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab, ”Ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”

Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.”

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan.

Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini.

Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid.

Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka.

Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi.

Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga.

Allahu.😥
Benarlah janji Allah dan ganjaran pada mereka yang mati syahid. Indah sungguh. Sudahlah tempat mereka di syurga. Di temani pula dengan bidadari tercantik.

Semoga segala amalan kita di dunia ini juga diterima Allah, mati dalam husnul khotimah dan masuk syurga.

Ahad, 7 Mei 2017

Panduan bagi pinjaman perumahan

Panduan bagi tahun 2017. Ianya tidak tetap dan akan sentiasa berubah mengikut BLR yang akan ditentukan oleh Bank negara. Sila hubungi bank berkenaan untuk maklumat yang tepat.

Jumaat, 5 Mei 2017

Semangkuk mee

*SEMANGKUK MEE*

Seorang anak bertengkar dengan ibunya dan meninggalkan rumah.
Saat berjalan tanpa tujuan ia baru sedar bahawa ia sama sekali tidak membawa wang.

Ia lapar sekali, ingin makan semangkok mee. Pemilik gerai melihat anak itu berdiri cukup lama di depan warungnya, lalu bertanya

"Nak, apakah engkau ingin memesan mee ?"
"Ya, tapi aku tidak punya wang," jawab anak itu dengan malu-malu. "Tidak apa,  aku akan memberi kamu mee"

Anak itu segera makan. Kemudian air matanya mulai berlinang. "Ada apa nak ?" tanya pemilik warung.

"Tidak apa2, aku hanya terharu kerana seorang yang baru kukenal memberi aku semangkuk mee sedangkan ibuku telah mengusirku dari rumah.

Kau seorang yang baru kukenal tapi begitu peduli padaku.

Pemilik warung itu berkata "Nak, mengapa kau berfikir begitu; renungkan hal ini, aku hanya memberimu semangkuk mee & kau begitu terharu, sedangkan ibumu telah memasak nasi dan lain-lain setiap hari sampai kamu dewasa, harusnya kamu berterima kasih kepadanya.."

Anak itu terpegun mendengar hal tersebut. Mengapa?? Untuk semangkuk mee dari orang yang baru kukenal aku begitu berterima kasih tapi terhadap ibuku yang memasak untukku selama bertahun2, aku tak pernah berterima kasih.

Anak itu segera bergegas pulang. Begitu sampai di ambang pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah cemas.

Ketika melihat anaknya, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah "Nak.., kau sudah pulang, cepat masuk, aku telah menyiapkan makan malam."

Mendengar hal itu, si anak tidak dapat menahan tangisnya dan menangis di hadapan ibunya.

Sahabatku,
Kadang satu kesalahan, membuat kita begitu mudah melupakan kebaikan yang telah kita nikmati tiap hari.

Sekali waktu kita mungkin akan sangat berterima kasih untuk suatu pertolongan kecil yang kita terima.

Namun kita sering tidak sedar & lupa berterima kasih akan kebaikan2 dari orang2 yg sangat dekat dgn kita

Hidup itu indah, kalau kita pandai berterima kasih

DOA MEMOHON KELUASAN REZEKI

Ya Allah, Dzat Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah, Dzat yang mempunyai anugerah yang Agung. Dzat yang luas pemberian dan kedermawanan-Nya. Kayakanlah aku dengan apa-apa yamg Engkau halalkan,dan cukupkanlah aku dengan kemurahan-Mu dari siapa saja selain-Mu.#copynpaste

Takaful

Memang terbit perasaan malu nak promote takaful direct pada rakan-rakan. Malu kerana ego pada diri sendiri.. apa kelas ada master degree, pernah kerja jawatan besar last2 jadi agent takaful..

Namun hakikatnya, kenapa harus malu kerana skim takaful bukan skim cepat kaya? Sistem insurans yang telah wujud ribuan tahun dan di Malaysia, sistem takaful telah bermula pada awal tahun 1980an lagi.

Skim takaful bukan sekadar simpanan biasa, menyimpan bukan kerana inginkan cash value berkepuk-kepuk, namun untuk cipta dana risiko yang sedikit sebanyak membantu menggantikan pendapatan yang bakal hilang setelah ketiadaan ketua keluarga.

Sekiranya semua tahu risiko yang bakal berlaku pada kita, pasti tak ada orang akan menaiki pesawat MH370 yang masih misteri kehilangannya sehingga hari ini.

Ocean deep

Condenser

Turbine cross cut

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post