Selasa, 16 Januari 2018

Doa ibu

💚  Ketika *Imam Syafie* pergi ke Mesir untuk berjumpa guru beliau *Imam Malik*, meminta untuk didoakan;

Kemudian kata Imam Malik, *"kamu telah tersalah alamat datang ke sini dan minta untuk didoakan oleh aku!"*

Imam Syafie bertanya: *"kenapa?"*

Imam Malik menjawab:
"di *rumah kamu* ada *seorang* yang *doanya 100 000 kali ganda*mustajab daripada aku!"

Imam Syafie bertanya: *"siapakah itu?"*

Maka jawab Imam Malik:
" *Ibu kamu* ! 😢 *Doa Ibu* itu *tidak ada hijab* antara dia dengan *Allah SWT*!

NOTA :-
amat bertuah bagi mereka yang masih ada ibu! Alhamdulilah; jika anda masih ada ibu dan bapa, kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita kecil dahulu.

Ibu

*Siapa tahu apa maksud dalam ejaan EMAK :*

E:  Emak
M: Melahirkan
A:  Anak
K:  Kedunia ini

E:  Emak mampu
M: Menjaga 10 anak-anaknya.
A:  Anak belum tahu mampu menjaga seorang ibu
K:  Kerana kesibukan dan ke egowan anak-anaknya.

E:  Engkau telah
M: Mengharamkan
A:  Anaknya di gigit walaupun seekor nyamuk
K:  Ketika anaknya dilahirkan

E:  Engkau mampu
M: Mendidik dan menjaga
A:  Anakmu
K:  Kejalan kebenaran

E:  Engkau
M: Menyusukan & menyuapkan
A:  Anakmu
K:  Ketika lapar & dahaga

E:  Emak engkau telah bekorban selama
9 bulan
M: Mengandungkan
A:  Anak- anak mu
K:  Kerana ingin melahirkan anaknya

E:  Engkau tau....
M: Mengalir air mata ibu  sewaktu melahirkan
A:  Anak-anaknya dan ada juga ibu yang menghembuskan nafas terakhir 
K:  Kerana melahirkan anak.

E:  Engkau tahu..
M: Menangislah seseorang emak itu
A:  Apabila anaknya melakukan
K:  Kekasaran dan  menyakiti hatinya kerana ia merasa hiba dan sedih.

E:  Emak
A:  Allah telah mengharamkan syurga
A:  Anak yang derhaka dan menyakiti hati mu
K:  Kalau kejadian itu berlaku

E:  Engkaulah ratu hatiku
M: Merindui selalu
A:  Anakmu
K:  Keikhlasan doa

E:  Engkau rasa....
berapa kali kamu
M: Menalipon ibu mu
A:  Atau bertanya
K:  Khabar dalam seminggu

E:  Eloklah....setiap kali selepas 
M: Melakukan solat fardhu
hadiahkan lah
A:  Al-fatihah untuk mohon kesihatan dan
diampunkan dosa ibu
K:  Kerana itu lah sebaik baik hadiah dan balasan pengorbanan terhadap seorang ibu daripada seorang anak

Jumaat, 12 Januari 2018

FIAT MONEY VS CRYPTO CURRENCY

FIAT MONEY VS CRYPTO CURRENCY
_______________

Dunia semakin dekat kpd akhirnya hari kiamat. Hari ini dunia bergerak dgn fiat money (wang kertas).
Fiat money ini di kuasai oleh US Federal Reserved, IMF, Bank Dunia, Bank Pusat sebuah negara, Bank Perdagangan & Pelaburan, Investment Company. Semua tersebut di kuasai oleh yahudi geng Rothschild.

Negara Israel di bina oleh geng Rothschild ni. Melalui sistem hutang riba mereka jadikan manusia lain sebagai hamba bekerja siang malam untuk bayar hutang. Sebuah negara juga di kuasai dgn sistem riba bank. 2 buah negara shj dlm dunia ni yg mereka belum dpt kuasai iaitu Iran dan Korea Utara.

Negara yg berhutang ber billion trillion dgn bankers2 ni akan kenakan berbagai tax gst kpd rakyat untuk bayar hutang. Secara tak langsung kita ni sekarang jadi hamba abdi bekerja untuk bankers2 yahudi.

Kemunculan crypto currency menandakan fasa terakhir sistem kewangan dunia. Selepas ini akan berlaku perang besar akhir zaman.

Crypto currency ini di design untuk melepaskn diri dari cengkaman kawalan bank dan anjing politik pemerintah yg di kuasai mereka. Tiada negara, bank dan individu yg dapat mengawal menahan pergerakkan crypto currency ini, membuat kan geng bankers Rothschild risau.

Cryptocurrency ini hanyalah sebuah program bahasa computer dlm bentuk binary number. Ianya hanyalah cas cas letrik dlm dunia internet yg tak boleh di pegang dan di lihat. Jadi camna nk kawal suatu yg tiada nampak.

Baru2 ini perdana menteri israel telah kumpulkan pakar2 crypto dan bertanya satu soalan.

Adakah satu hari nanti bank2 akan hilang pengaruh malah tutup terus di sebabkn oleh crypto currency ini ?

Jawapannya : YA

Ingat tuan2 bahawa Israel kuat kerana mereka menguasai sistem kewangan bank dunia.

Dalam cryptocurrency sistem riba loan intetest tidak boleh di aplikasikan.
Totally berlawanan dgn sistem bank.

Speculator2 forex spt george soros juga tak dpt nak manupulasi crypto currency ni.

Sebuah negara juga tidak dpt untuk kenakan sepenuhnya tax cukai berganda ke atas pergerakan cryptocurrency ini.

Akhirnya akan berlaku pertembungan antara fiat money dan crypto currency.

Spt biasa puak keturunan yahudi zionis firaun namrud ini akan buat adu domba cipta perang terbesar akhir zaman.

Dgn kata2 jika aku tak dpt kuasai dunia ini maka akan aku bakar hangus dunia ini.

Penghujungnya sistem fiat money dan crypto currency akan hancur juga. Akhirnya barulah sistem kewangan dinar islam akan di guna pakai.

Allah swt akan bangkitkan segolongan ummat yg beriman untuk menghalang perancangan mereka.

Muncullah panji hitam dan imam mahadi bertembung dgn yahudi kafirun dajjal.
Selepas itu sistem kewangan islam menguasai dunia dlm tempoh masa di tentukan sebelum dunia di kiamatkan.

Sebelum berlaku semua itu,
buat masa sekarang kenal dan belajar cara guna cryptocurrency.

Jika tuan2
anti riba
anti interest
anti sistem bank Rothschild anti along pinjaman wang anti politik wang
anti monopoly spekulasi wang
anti tax melampau
anti gst
anti negara zionis Israel
anti negara kapitalis

maka mulakan bertukar dari guna fiat money wang kertas kpd crypto currency wang digital.

Dgn crypto currency kuasa dollar america dan pengaruh yahudi israel akan lemah.

Masih awal lagi. Jumlah transaksi cryptocurrency hari ini lebih dari usd 400 billion.
Tahun demi tahun akan berkembang kpd trillion.

Menurut bank negara purata  transaksi cryptocurrency di malaysia setiap hari sebanyak RM75 juta.

Khamis, 11 Januari 2018

Ajaran mengarut

Pengalaman Dahulu masa mula ingin mencari jalan untuk belajar tentang agama.

"Mereka" selalu katakan :
"Sebelum belajar agama mesti belajar kenal huruf ALIF dahulu."
"Apa ada didalam sebatang Alif."
"Kenali Alif dahulu baru kamu akan kenali tuhan."
"Jika tak kenal ALIF, maka kamu akan sesat sampai bila-bila."
"Kenali Alif, baru amalan diterima Allah"
"Selepas kenali Alif, maka baru belajar ب sehingga ي pula"

MENGARUT YANG TAK BERKESUDAHAN!

Saya katakan : jika mencari jawapan untuk kenali Huruf Alif sahaja pun sudah bertahun lamanya, apatah lagi ingin kenali ب sehingga ي pula. Jadi selepas itu tahun bila boleh solat? Tahun bila baru boleh kenal agama islam dengan benar? Tahun bila boleh lakukan amalan-amalan soleh yang lain?

Selepas 20 tahun cari pun takkan jumpa makna tersirat Huruf Alif tersebut melainkan "mereka" hanya memahami kandungan huruf alif itu berdasarkan pemahaman mereka sendiri sahaja.

Ulama' muktabar pun tidak menterjemahkan apa yang tersirat didalam Huruf Alif tersebut sepertimana mereka memahaminya.

Ini semua adalah kaedah-kaedah sebahgian tarikat untuk menyesatkan orang lain. Daripada ilmu Batin, membawa kepada pemahaman wahdatul wujud dan seterusnya menjerumus kedalam perkara-perkara kesyirikan.

Justeru, Tiada apa yang perlu diketahui didalam "Sebatang Huruf Alif", mahupun ب sehingga ي.
Huruf Alif adalah Huruf Jawi yang Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sendiri pun tidak memberikan makna tersirat kepadanya.

Dengan hanya mencari jawapan apa yang terkandung didalam "sebatang Alif" maka anda pun telah terluput dari banyak amalan-amalan soleh yang lain. Sangat buang masa dan merosakkan 'aqidah serta iman.

Sahabat-sahabat nabi yang masuk islam hanya memerlukan masa beberapa minit sahaja sudah faham tentang islam dan terus pergi berdakwah kepada kaum-kaum mereka masing-masing.

Mana mungkin orang harini kenal islam / masuk islam perlu belajar tentang Huruf Alif dahulu bertahun-tahun lamanya baru amalan akan diterima. Sangat mengarut yang tiada kesudahannya.

Nasihat saya, sesiapa yang masih terjebak dengan ideologi atau metod yang sesat ini lagi maka berhentilah, bertaubatlah. Semoga Allah memberikan hidayah kepada anda. Carilah sumber asas agama itu dari 2 cabang ini : Yaitu Al Quran dan As Sunnah. Bukan dari sebatang Alif, dan ia bukanlah asas agama islam sehingga kononnya amalan pun tidak akan diterima jika tidak mengenali Alif tersebut. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Selasa, 2 Januari 2018

Rezeki

*8 JENIS REZEKI DARI ALLAH*

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post