Isnin, 22 Januari 2018

Gemuk

Ini semua adalah merapu.
Gemuk bukanlah mambang.

Gemuk tu adalah apabila BMI melebihi paras normal.
Lebih 23 dikira terlebih berat badan.
Lebih 30 adalah obesiti.
Dan Malaysia masih memegang tahta sebagai juara negara obesiti di Asia Tenggara. Syiannya kita☹️

Gemuk berlaku apabila badan anda terlebih lemak.
Angin dan air tidak menyebabkan anda gemuk.

Angin keluar melalui dubur dan mulut dikenali sebagai kentut dan belahak/sendawa.

Tidak ada istilah tulang dia berat, tulang dia tu kecil.
Sama sahaja komposisi tulang, bezanya cuma lapisan lemak lipid kita.

Terlebih karbohidrat dan lemak, memang akan buatkan anda gedempol.

Mohon penjual tidak menyebarkan info kesihatan merapu ya.

Hai mambang angin mambang hitam mambang merah mambang bambang, janganlah kau menipu dalam kau keliru, nanti sendiri mendapat malu.

Nota kaki : biar ilmu tinggi, jangan poket saja yang tebal✌🏻

Fb: Erna nadia

Bedah gout

BEDAH KAKI GOUT
.
Catatan awal jurnal yang mengulas berkaitan pembedahan tophi akibat gout telah di tulis oleh Dr Larmon William, Dr Kurtz dan Dr James dari Ameka Syarikat. Tulisan mereka termuat dalam jurnal of Bone and Joint Surgery, Julai 1958.[1]
.
Mereka juga menegaskan perawatan yang paling utama dalam gout ini adalah dengan pencegahan dan rawatan tanda-tanda gout akut. Namun pada masa tersebut mereka mempercayai pembedahan kawasan bengkak akibat pengumpulan asid urik (tophi) pesakit boleh membantu dalam beberapa keadaan tertentu. Kriteria berikut ditetapkan bagi doktor yang ingin melakukan pembedahan gout:
(1) Apabila tophi tersebut kelihatan mengaibkan. Secara kosmetik, tidak cantik kelihatan.
(2) Apabila tophi itu menyakitkan
(3) Apabila tophi itu mengganggu fungsi otot tendon.
(4) Apabila tophi menjadi ancaman kepada kulit sehingga menyebakan kehitaman (necrosis) dan luka (ulceration).
(5) Apabila tophi membentuk luka dan sinus
(6) Apabila tophi menyerang dan menekan saraf.
(7) Apabila sendi yang dihinggapi tophi itu rosak dan alami kesakitan yang amat.
(8) Apabila jumlah asid urik dalam badan dijangka berkurangan dengan kaedah pembedahan.
.
Lapan kriteria di atas telah dikemukakan 60 tahun lalu. Adakah ianya menjadi amalan atau diajar disekolah-sekolah perubatan selepas itu? Atau setidaknya pakar-pakar ortopedik mengesyorkan kepada pesakit mereka bagi merawat gout?
.
Saya bertanyakan beberapa orang sahabat pensyarah universiti dalam kepakaran ortopedik. Mereka menjawab, tidak menjadi amalan serta ajaran kepada anak didik mereka untuk membedah wewenang gout. Samada pembedahan secara hirisan atau memasukkan saluran (incision and drainage) adalah ditegah sama sekali. Alasan mereka; tophi yang keluar itu akan tercemar dengan luka hirisan dan kulit luar. Tambahan pula jika ia dilakukan tanpa teknik pensterilan (nyahkuman) yang ketat, komplikasi jangkitan kuman akan mudah berlaku. Merawat luka torehan dan hirisan bengkak gout tadi menjadi semakin sukar terutama sekali pesakit kencing manis.[2] Proses penyembuhan (healing process) akan lambat atau terbantut dan akhirnya menjadi luka yang kronik (chronic ulcer). Nak untung sebakul, tetapi rugi sekarung guni. Kenapa? Rawatan luka kronik akan mengambil masa agak lama, duit ribuan melayang dan merugikan tenaga.  Sekali lagi mereka beri amaran, agar jangan buat pembedahan gout. Jika nak buat juga sekalipun, silalah jumpa dengan pakar ortopedik, yang sudah barang tentu banyak kemahiran serta dilakukan dalam bilik kondusif. Sayangi lah kaki anda.
.
Ada pesakit kami yang sudah bergadai RM30 ribu dek kerana melakukan kaedah bedah ini tanpa prosedur yang rapi.
.
Kita sepatutnya menyokong saranan yang telah dibuat oleh Garis Panduan Klinikal (CPG) Perawatan Gout KKM.[3] Pakar-pakar yang menyediakan garis panduan berkenaan menyatakan, pembedahan gout dilakukan sebagai pilihan terakhir. Itupun atas kondisi yang tertentu sahaja seperti;
(1) Pengumpulan tophi yang teruk sehingga boleh merosakkan sendi yang terlibat
(2) Sendi yang terlibat terbantut pergerakannnya kerana tophi dan kesakitan yang memuncak.
(3) Pengumpulan tophi menyebabkan gangguan tekanan kepada organ lain seperti saraf sehingga mengganggu fungsi sebenar organ berkenaan. Contohnya penyakit carpal tunnel di sendi pergelangan tangan.
(4) Luka (ulceration) akibat tophi yang mengancam.
(5) Sebab-sebab kosmetik. Contohnya tophi di cuping telinga.
.
Arakian, kepercayaan pembedahan boleh sebabkan asid urik menurun adalah tidak benar sama sekali. Majoriti rawatan yang kita berikan di hospital atau klinik boleh menurunkan asid urik. Dr Tinta Mahyuddin, Pakar Ortopedik tersohor Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh pernah menulis, “Jika anda mahu Tophi anda mengecil, pastikan kandungan asid urik anda dalam darah adalah dibawah bacaan < 300.”[4] Teori yang dikemukakan lebih setengah abad dulu tidak dibuktikan secara praktikal.

.
Sekian ulasan dari insan dhaif suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
21.1.2018
Kuala Berang
.
[1] Pembedahan Gout. https://journals.lww.com/jbjsjournal/Abstract/1958/40040/The_Surgical_Management_of_Chronic_Tophaceous.1.aspx
[2] Rawatan Gout. https://www.podiatryinstitute.com/pdfs/Update_1997/1997_18.pdf
[3] Malaysian CPG. http://www.msr.my/file_dir/17082804864c8f1f4755066.pdf
[4] Kenyataan Dr Mahyuddin. https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/posts/1616504911773334

Doa minta perlindungan dari mati mengejut

DOA MINTA BERLINDUNG DARI MATI MENGEJUT DAN NYANYUK.

كَانَ مِنْ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Diantara doa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari lepasnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu.'"  (HR Muslim: 2739)

Status hadith: SHAHIH

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عُمَيْرٍ سَمِعْتُ عَمْرَو بْنَ مَيْمُونٍ الْأَوْدِيَّ قَالَ كَانَ سَعْدٌ
يُعَلِّمُ بَنِيهِ هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ كَمَا يُعَلِّمُ الْمُعَلِّمُ الْغِلْمَانَ الْكِتَابَةَ وَيَقُولُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَعَوَّذُ مِنْهُنَّ دُبُرَ الصَّلَاةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
فَحَدَّثْتُ بِهِ مُصْعَبًا فَصَدَّقَهُ

Telah bercerita kepada kami Musa bin Isma'il telah bercerita kepada kami Abu 'Awanah telah bercerita kepada kami 'Abdul Malik bin 'Umair aku mendengar 'Amru bin Maimun Al Audiy berkata; adalah Sa'ad biasa mengajarkan anak-anaknya kalimat-kalimat (bacaan do'a) sebagaimana seorang guru mengajarkan anak-anak kecil menulis dan berkata; "Sesungghnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berlindung dengan membaca kalimat-kalimat tersebut pada akhir shalat (yaitu): "ALLAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MINAL JUBNI WA A'UUDZU BIKA AN URADDA ILAA ARDZALIL 'UMURI WA A'UDZU BIKA MIN FITNATID DUNYA WA A'UUDZU BIKA MIN 'ADZAABIL QOBRI" ("Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari sikap pengecut dan aku berlindung kepada-Mu dari dikembalikan kepada serendah-rendahnya usia (nyanyuk) dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur") Lalu aku ceritakan hal ini kepada Mush'ab dan dia membenarkannya. (HR Bukhari: 2610)

Status hadith: SHAHIH

Wallahua'lam

#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Ahad, 21 Januari 2018

Mengapa Negara teluk kudeta Qatar

MENGAPA NEGARA TELUK "KUDETA" QATAR?

Copas

MENGAPA NEGARA TELUK "KUDETA" QATAR?

By: Tengku Zulkifli Usman
(Analis Politik Dunia Islam & Internasional)

  Yes  Muslim  - (1) Secara resmi, Qatar mendapatkan tekanan super berat dari dunia internasional khsusnya kawasan teluk.

(2) Arab saudi, Kuwait, Emirat Arab, dan Mesir kompak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

(3) Ini adalah langkah klimaks dari kesabaran panjang negara negara teluk poros kebatilah dalam menghadapi Qatar sebagai negara kuat dalam hal diplomasi internasional.

(4) Embargo dan isolasi ini di otaki oleh yahudi israel dan amerika dengan kesepakatan kuat bersama eropa.

(5) Arab Saudi yang selama ini menjadi partner dekat Qatar pun ditekan habis oleh amerika dan sekutu agar menjadi lokomotif isolasi.

(6) Sedangkan Emirat (UEA) dan Mesir memang sudah menjadi dua kekuatan utama poros yahudi internasional sejak lama.

(7) Begitu juga Kuwait, belum bisa berbuat banyak karena Kuwait bukan negara apa apa tanpa dukungan mayoritas kawasan, Kuwait bukan pemain utama.

(8) Aksi embargo dan isolasi ini kemungkinan akan meluas bahkan prediksi saya akan memperngaruhi beberapa negara lain agar ikut dalam gerbong Mesir-Emirat tadi.

(9) Aksi usaha isolasi Qatar ini adalah puncak kemarahan negara kawasan teluk yang mejadi antek zionis selama ini.

(10) Aksi ini besar kemungkinan akan mempengaruhi politik kawasan teluk dan timur tengah secara umum secara drastis, Namun sifatnya sementara, karena ini hanya gertak sambal preman kawasan.

(11) Isolasi Qatar akan mencakup semua bidang, politik, ekonomi, bahkan pembekuan diplomasi tingkat tinggi.

(12) Lalu, apa alasan mereka melakukan embargo dan isolasi terhadap Qatar?

Pertama: Qatar adalah negara kaya pendukung utama Ikhwanul Muslimin dunia khususnya di timur tengah.

Kedua: Qatar adalah negara Islam yang kaya yang bertindak independen dalam membantu dunia islam lewat jalur diplomasi resmi.

Ketiga: Qatar adalah negara Islam yang menolak kudeta Mursi di Mesir dan kudeta Erdogan di Turki.

Keempat: Emir Qatar dalam kalangan dinasti kedua keluarga Hamad Al Khalifa adalah tokoh Islam yang ramah terhadap Islam dan pergerakan Islam sejak lama.

Kelima: Qatar adalah negara kontra zionis dan kontra emirat arab yang menjadi kekuatan utama pendukung kudeta Mursi dan Erdogan.

Keenam: Qatar adalah negara yang kosisten mendukung Hamas di Palestina dengan dana tak terbatas.

Ketujuh: Qatar adalah negara super kaya yang menjadi tempat tinggal yang nyaman dan terhormat bagi ulama besar Ikhwan dunia Syeikh Dr Yusuf AlQardhawi sejak 40 tahun lalu.

Rabu, 17 Januari 2018

Sleep

Penyakit yang tidak boleh diiklankan sebagai tuntutan perubatan

Kalau jurujual ada sebut 20 penyakit ini, mereka telah:

1. MENIPU
2. Salah di sisi undang-undang

Saya mohon anda tempek infografik ini pada mana-mana yang memberi info tak betul tu; samada melalui whatsapp atau media sosial.

Kalau dah penipu, kenapa anda nak percaya?

Mari kita doakan mereka diberi kesedaran secepat mungkin. Anda boleh cuba nasihatkan mereka.

Doakan yang baik-baik untuk mereka sahaja.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi

Judi

JUDI YANG KERAP BERLAKU TANPA SEDAR

Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang KALAH perlu belanja makan. ?

Saya jawab hukumnya adalah JUDI kerana wujud elemen 'zero sum game'. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan KOS makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membayar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )  
Wallahu 'alam.

#DrZaharuddinAbdRahman
Elzar Shariah Solutions Sdn Bhd

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post