Khamis, 6 September 2018

perjalanan sunyi

BISMILLAH

PERJALANAN SUNYI

aku tetap hadir dalam lukisan puisi
berperanan di perjalanan sunyi
membenamkan segala luka dan derita
sejenak memang berhenti untuk
merenung lalu beranjak lagi meneruskan
perjalanan sunyi yang sempat berhenti

bukan lupa mengurai cerita
tentang cinta yang terabaikan
tapi mencuba mengukur diri
untuk membaca kisah antara
nyata dengan yang tidak nyata
kerana kita telah sama-sama
terjebak di layar semu

lupakan persoalan waktu
dan tak perlu menulis segurat
jeritan pilu yang berseliweran
datang pergi begitu saja
bahkan bagai debu di antara
jutaan tumpukan huruf yang
berserakan boleh salah faham
tentang sesuatu yang di luar
maksud sesungguhnya


dan aku tetap hadir dalam
lukisan puisi yang belum tentu
dapat mencerahkan kegelapan rasa
yang belum tentu sanggup
menjernihkan kekeruhan jiwa
tapi biarlah akan kutiupkan
awan-awan putih yang
menggambarkan untaian bunga

entah bererti atau tak bermakna
tuk kau simpan dalam bilik jantungmu
atau di segurat bait nafasmu
meski hanya seraya bayangan yang
menggeliat dalam mimpi

aku memang tak pernah
lelap dan selalu terjaga
untuk mengintip dan
memeluk erat segurat syairmu

ijtihad dan taqlid

Zaman sekarang ni ramai menjadi ahli ijtihad tanpa memiliki kepakaran yang mencukupi dan yang dituntut oleh perkara ijtihat itu sendiri Walau banyak kekurangannya dalam bidang itu.

Ijtihad dan Taqlid

Ijtihad adalah mengeluarkan (menggali) hukum-hukum yang tidak terdapat nash (teks) yang jelas ; yang tidak mengandung kecuali satu makna tentangnya.

Jadi Mujtahid (orang yang melakukan ijtihad) ialah orang yang memiliki keahlian dalam hal ini.

Ia adalah seorang yang hafal ayat-ayat ahkam, hadits-hadits ahkam beserta mengetahui sanad-sanad dan keadaan para perawinya, mengetahui nasikh dan mansukh, ‘am dan khash, mutlaq dan muqayyad  serta menguasai betul bahasa Arab dengan hafal pemaknaan-pemaknaan setiap nash sesuai dengan bahasa al Qur’an,.......

mengetahui apa yang telah disepakati oleh para ahli ijtihad dan apa yang diperselisihkan oleh mereka, karena jika tidak mengetahui hal ini maka dimungkinkan ia menyalahi ijma'  (konsensus para ulama) para ulama sebelumnya.

Kredit : Sudyant Bin Latif

kontrak

5 perkara asas yang perlu anda tahu apabila menandatangani kontrak 

Sebelum masuk kerja, kita kena tandatangan kontrak pekerjaan. Beli kereta baru? Tandatangan dulu kontrak sewa beli. Kalau beli rumah pun, kena tandatangan perjanjian pinjaman perumahan. Sedar atau tidak, menandatangani kontrak itu semudah menandai kotak “Saya Setuju” ketika bersetuju dengan perjanjian atas talian (online). Ada kala, namanya berlainan seperti “kontrak”, “persetujuan” atau “perjanjian bersama”, tetapi di Malaysia ia semua dikawal di bawah Akta Kontrak 1950.

Tetapi untuk kontrak atas kertas, kita kadangkala diarah untuk membuat benda-benda yang tak masuk akal,seperti menandatangani setiap muka surat untuk setiap salinan kontrak yang sama. Buat sakit tangan je. Ingat pen murah ke?

Kita sentiasa buat benda-benda kecil yang kita tak faham ketika menandatangani kontrak, namun benda-benda kecil ini ternyata sangat penting untuk memastikan kesahihan kontrak tersebut. Sebagai permulaan, mari kita lihat salah satu asas bagaimana kontrak berfungsi...

1. INGAT tandatangan! (dan catat tarikhnya)

Dahlah namanya “tandatangan kontrak” tapi percayakah anda ada kalangan yang terlupa menandatangani kontrak mereka? Namun begitu, walaupun anda terlupa untuk menandatangani kontrak, kontrak tersebut masih boleh berkuatkuasa.

[BACAAN LANJUT – Boleh tak saya saman seseorang yang berjanji untuk mengahwini saya (tetapi gagal)?]

Kalau anda nak tahu, kontrak sebenarnya tidak perlu ditandatangan untuk menjadikannya sah! Hanya dengan perbualan di kedai mamak, anda dah boleh memeterai kontrak yang sah di sisi undang-undang. Tanpa berbincang panjang mengenai istilah undang-undangnya:

kontrak adalah satu set cadangan di mana dua individu boleh berunding sehingga bersetuju dengannya. Untuk membuat satu cadangan, kedua-dua pihak harus menawarkan sesuatu untuk satu sama lain:

Akta Kontrak 1950 – Seksyen 2(a)

“apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan maksud atau memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.”

Kita selalu memilih untuk menandatangani kontrak daripada membuat persetujuan lisan kerana persetujuan lisan tidak memberikan kita apa-apa jaminan, dan ianya sukar untuk membuktikan kata-kata seseorang tanpa merakamkannya dalam apa jua bentuk. Kaedah yang lebih mudah untuk membuktikan kewujudan kontrak ialah dengan kedua-dua pihak menulis dan menandatangan di atas kertas – ini adalah sesuatu yang sering kita lakukan sehingga kita tidak sedar kenapa kita berbuat demikian.

Kita juga sering mencatat tarikh bila kita menandatangani kontrak, selalunya di tepi atau bawah tandatangan kita. Tarikh merupakan butir penting dalam kontrak, terutamanya jika kontrak tersebut sensitif dari segi masa dan anda memerlukan tarikh yang tepat untuk permulaan kontrak.

Sebagai contoh, jika anda menyewa rumah dari seseorang, anda perlu mencatat tarikh di dalam kontrak. Kalau tak, siapa tahu bila anda mula menyewa rumah tersebut - 15hb Mei 2018 atau 15hb Mei 2015? Tiba-tiba pula anda boleh dituduh tidak membayar sewa bulanan selama tiga tahun sebab tiada bukti bila anda mula menyewa rumah. Mungkin ini tidak akan berlalu kepada anda, tapi bayangkan jika anda membuat pinjaman kewangan pada bulan Mac, tetapi jika anda gagal mencatat tarikh permulaan pinjaman tersebut,  anda mungkin disalahsangka membuat pinjaman pada bulan Februari dan sudah terlewat sebulan untuk bayaran bulanan.

Jadi sila pastikan anda tandatangan dan catat tarikhnya dalam kontrak. Sesetengah kontrak ada menyatakan tarikh kuatkuasa di dalamnya, di mana ia bermakna itulah tarikh bermulanya kontrak tersebut, tetapi tiada ruginya kalau anda masih mencatat tarikh selepas menandatangan.

2.Jangan tandatangan sebarang draf kontrak

Kadang kala, anda mungkin memerlukan kontrak yang ditulis khas kerana kontrak “standard”  yang sedia ada tidak dapat menunaikan keperluan anda. Dalam situasi ini, peguam anda atau peguam rakan niaga akan menulis draf kontrak, di mana ini akan dikaji dan disemak sebelum ditandatangani kedua-dua pihak.

Jika anda belum memuktamadkan kontrak, jagan sekali menurunkan tandatangan anda pada sebarang bentuk draf kontrak yang anda hantar atau terima. Jika anda berbuat demikian, anda mungkin akan menghadapi masalah jika ingin membuat pembetulan kontrak, kecuali jika anda sudah mencapai persetujuan dengan rakan niaga. Seksyen 4(2) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa:

Komunikasi penerimaan adalah lengkap:-

(a) - terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di mana ianya berada di luar kuasa penerima.

(b) - terhadap penerima, bila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.

Ini bermakna bahawa:

Jika anda menandatangani sesuatu kontrak dan menghantarnya kepada rakan niaga, kontrak tersebut akan menjadi sah sejurus selepas pihak itu menandatanganinya.

Jika anda menerima sesuatu kontrak dan menandatanganinya, kontrak tersebut akan menjadi sah jika pihak yang satu lagi mendapat tahu bahawa anda sudah menandatanganinya.

Bergantung kepada cara anda berkomunikasi, anda mungkin tidak akan menghadapi apa-apa isu jika anda menandatangani draf kontrak kerana pihak satu lagi tidak akan menandatanganinya. Tetapi adalah lebih baik jika draf kontrak tidak ditandatangan langsung kerana katakanlah anda sepatutnya perlu membayar RM10,000 tetapi kesilapan berlaku di mana draf mengatakan anda perlu membayar RM100,000 dan kedua-dua pihak telah menandatangani draf kontrak tersebut, maka banyak masalah mungkin dihadapi.

Harus diingati bahawa anda masih lagi boleh membatalkan draf kontrak dengan membuat dan menandatangani kontrak baru – tetapi ianya bergantung kepada setakat mana pihak yang satu lagi boleh dipercayai, jadi adalah lebih baik anda pastikan anda tidak terperangkap dalam situasi ini.

3.Pastikan anda baca semua lampiran

Sudah tentu semua orang pernah menandatangani kontrak atas talian (online). Salah satu contohnya adalah terma dan syarat perkhidmatan Apple –

kebanyakan dari kita sudah tentu tidak membacanya dan terus menekan “Saya Setuju” (“I Agree”). Mungkin sebab kontrak tu terlampau panjang, tetapi kebanyakannya sebab kita tak faham pun isi kandungannya!

Semua yang tekan “Agree” tu tipu punya...

Apabila anda menandatangani kontrak yang melibatkan penerimaan perkhidmatan, ia selalunya akan melibatkan “Dasar Privasi” (“Privacy Policy”) – di mana syarikat terbabit akan menggunakan data persendirian anda dan melindungi hak persendirian anda, ataupun menetapkan “Terma dan Syarat” (“Terms and Conditions”), lebih kurang seperti peraturan tambahan untuk kontrak anda.

Lampiran yang berserta terikat dengan kontrak anda, tidak kira sama ada anda membacanya atau tidak. Jadi adalah lebih baik jika anda faham akan semua kandungannya. Alasan “saya tak baca pun, jadi tiada kaitan dengan saya” tidak akan diterima di mahkamah kerana selagi kesemua dokumen ini diberi kepada anda, anda dianggap  telah  membacanya.
Lampiran ini mungkin diserta berasing kepada anda oleh rakan niaga untuk rujukan, tetapi ia juga boleh diberi sebagai pautan (link), seperti mana yang dilakukan untuk kontrak atas talian (online) – jadi jangan terpedaya dengan kontrak yang nampak ringkas di internet.

Pastikan anda faham kesan dari segi undang-undang dan praktikal dalam kontrak anda dan jangan setakat bergantung dengan apa diterangkan oleh pengedar dokumen (bukannya sebab mereka nak tipu anda tetapi mungkin mereka salah, sebab mereka sendiri pun tak faham!). Simpan satu salinan lampiran yang disertakan sebagai rujukan. Jika ada sebarang perselisihan atau anda ada pertanyaan mengenai kontrak anda, anda tahu di mana anda boleh rujuk untuk mengetahui hak dan tanggungjawab anda dan rakan niaga.

4. Sentiasa minta satu salinan kontrak

Ada sebab praktikal mengapa anda perlu meminta salinan kontrak: anda perlu tahu apa yang telah anda tandatangani supaya anda ada rekod hak dan tanggungjawab anda dalam kontrak. Bagaimana anda melaksanakan tanggungjawab yang tidak diketahui? 
Tentu nampak mengarut jika anda terpaksa menghafal kesemua kandungan kontrak juga!

Jika anda tidak diberi satu salinan kontrak, maka anda perlu memintanya kerana dari segi undang-undang, rakan niaga anda tidak diwajibkan memberi salinan kepada anda.  Mungkin anda mempercayai mereka, tetapi mintalah satu salinan sebagai langkah berjaga-jaga. Jika hanya satu pihak memiliki kontrak, ada potensi penipuan boleh berlaku.

Sebagai contoh, pihak yang tidak jujur mungkin boleh menukar terma kontrak tanpa memberitahu anda, ataupun merangka kontrak yang berbeza dan menampilkan muka surat di mana anda telah tandatangani pada kontrak baru tersebut. Jika perselisihan berlaku dan anda tidak memiliki salinan kontrak, anda tiada bukti untuk mengesahkan yang kontrak yang mana tulen.

Jika anda perlukan bukti apabila berlaku perselisihan mengenai kontrak, anda perlu memastikan bahawa kontrak anda adalah yang asli ataupun salinan yang disahkan. Jika kontrak anda adalah salinan “asli”, ini bermakna anda menerima salah satu dari dua salinan yang telah ditandatangani.

Ini untuk menepati keperluan yang digariskan dalam Akta Keterangan 1950 (Seksyen 61-65), yang kita tidak dapat membincangkan secara terperinci di sini.

 

5.Tandatangan semua muka surat dalam kontrak

Agak leceh untuk kita meneliti setiap muka surat kontrak, tetapi ianya disyorkan oleh peguam atas beberapa sebab:

Anda perlu pastikan yang anda menerima kesemua muka surat kontrak.Rakan niaga menerima pengiktirafan yang anda telah membaca dan memahami kontrak.Jika ada barisan atau muka tambahan yang ditambah tanpa kebenaran anda, ia tidak akan mengandungi tandatangan anda, dan anda boleh tunjukkan bahawa anda tidak bersetuju kepada istilah tersebut

Tandatangan dalam semua muka surat kontrak adalah amat penting terutamanya jika anda tidak menerima salinan kontrak – seperti dalam kes kontrak yang ditandatangani dengan pembekal khidmat (service provider) internet dan pelan internet telefon bimbit. Tetapi jangan bimbang, anda akan dapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang menjaga isu berkaitan kontrak yang tidak adil. Rumusannya, kontrak yang tidak adil adalah kontrak yang memberi tekanan, atau yang membebaskan pengedar dari tanggungjawab besar, dan apa sahaja yang terlalu menyusahkan anda.

Perlindungan ini wujud kerana kontrak perkhidmatan selalunya dalam bentuk standard dan anda tidak dapat berunding mengenainya. Ia kadang kala rumit dan anda perlu mendapatkan penjelasan dari jurujual (di mana maklumatnya mungkin kurang tepat), dan pembekal khidmat (service provider) mempunyai hak untuk menukar terma dan syarat bila-bila masa tanpa memberitahu anda. Contohnya dasar “no refund” yang kurang adil dan menetapkan terma yang mengarut – kebanyakannya adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Sentiasa baca dan memahami kontrak anda

Apabila anda menandatangani kontrak, lebih baik untuk faham kontrak tu yang akan ditandatangani, dan senario dalam setiap kemungkinan. Mungkin anda terfikir untuk tidak membaca sesetengah bahagian dan terus bersetuju dengan perjanjian, tetapi kontrak menggariskan semua hak undang-undang dan tanggungjawab yang perlu anda tahu jika perselisihan berlaku.

Ambil masa untuk membaca dan memahami setiap bahagian kontrak – sesetengah kontrak mungkin mengandungi terma yang mengambil kesempatan terhadap anda, di mana anda boleh berbincang mengenainya dan mungkin juga tidak bersetuju untuk menandatangani bahagian tersebut sehingga ia digubal. Minta bantuan peguam jika perlu, terutamanya jika ia melibatkan kontrak penting seperti pembelian hartanah dan perniagaan.

Selasa, 4 September 2018

taubat

Bila Allah sayang kepada kita,dia akan sedarkan dengan cara kantoi kan kita,dia akan beri kita peringatan dengan musibah,ujian,kesusahan

Ini semua tanda Allah sayang,lalu Dia sedarkan kita

Kerana berapa ramai org yg mati dalam keadaan mereka belum sempat taubat dalam maksiat

Isnin, 3 September 2018

rasulullah

kerana sebiji telur

Cuba kita bayangkan. Hari ni kita nak buat kuih bahulu. Kita pun pecahkan telur satu per satu ke dalam mangkuk.

Lastly, kita pecahkan telur yang buruk dan tercampur sekali dengan telur-telur yang elok di dalam mangkuk yang sama.

Maka, semua telur yang bercampur itu pun menjadi rosak.

Maka, begitulah perumpaan kehidupan kita. Sebanyak mana pun kita buat baik, sekali je kita buat buruk, orang akan lupa semua kebaikan kita disebabkan satu hal yang buruk itu.

Begitu juga dengan pengakhiran kita sebelum menemui kematian. Kalau sewaktu hidup kita buat baik camana pun, tetiba saat nak mati akidah kita tergelincir, iman kita lucut, Islam kita tercabut, maka buruklah kesudahan kita jika tak sempat bertaubat.

Maka, orang yang tergelincir akidahnya, tercabut imannya dan terkeluar dari Islam, selama-lamanya dia dalam neraka.

Nauzubillahi min zalik.

ilmu usuluddin

Bismillahirrahmanirrahiim

Ilmu Usuluddin:(Sila Baca Sampai Habis)

Perlunya belajar Ilmu Usuluddin terlebih dahulu sebelum memperdalamkan ilmu Tariqat dan Ilmu Haqiqat kerana di khuatiri kita akan tersasul atau tersalah dalam I’tiqad kita. Kalau I’tiqad sudah sesat segala ibadat kita akan hancur sehancur-hancurnya. Bahaya inilah yang paling dibimbangi oleh Ulama sufi dahulu kala dan zaman sekarang dan banyak kita saksikan segala macam fitnah yang berlaku di kalangan orang yang kononnya ahli tariqat atau ahli makrifat atau ahli haqiqat atau ahli wushul atau ahli irfan dan segala macam nama yang muluk-muluk lagi mencetuskan kerosakan pada ilmu Tariqat itu sendiri.

Dalil Pertama:
Adapun dalil kepentingan mempelajari Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuluddin khusus bagi mereka yang ingin memperdalamkan ilmu Tariqat dan ilmu haqiqat ialah :
Kata Syeikh Daud Al Fathani :
“Maka apa ‘kufur’ yang terlebih besar dari kufur ini? Dan apa fikah(pemahaman atau aliran pemikiran) daripada fikah ini yang membawa kepada zindiq dan mulhid.Maka sebab yang demikian kerana jahil ia akan hukum Ilmu Usuluddin dan jahil akan I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tiada kenal apa yang wajib bagi Allah dan apa yang mustahil dan apa yang harus bagi Allah , maka segala ibadatnya (akan menjadi) debu yang berterbangan, kerana ibadat dan taat itu terhenti di atas sah I’tiqad iaitu sah iman dan Islam. Maka tiada sah sekelian ibadat dan taat maka dimana beroleh ia dapat ‘taraqqi’ daripada satu maqam kepada satu maqam ? Maka jika tiada ada taraqinya betapa dapat fana’ dan betapa dapat zauknya dan wajdan? Maka betapa ia dapat haqiqat maka jadi sekelian yang dikatakan ini DAKWA jua dan segala yang menyalahi yang keluar pada tangannya itu,j ika ada, dinamakan ‘istidraj’ jua maka tiada dinamakan karamah. Seperti kata Syeikh Muhammad Fadhlullah di dalam Tuhfatul Mursalah.

Dan setengah daripada pekerjaan yang mustahil pada aqal dan pada syara’ ialah sampai seseorang kepada maqam yang di namakan ‘Wahdatul Wujud’ orang yang tiada menjalani dengan syariat dan tariqat maka ia dapat haqiqat yang demikian itu adalah DUSTA dakwanya dan orang yang dakwa SYAITAN. Dan segala perkataannya itu tiada dapat zauk(Yang haq) dan hanya khabaran jua. Dan dimana ada boleh ia dapat zauq pada orang sesat di dalam ‘bahrun zindiq’ dan ikhwan syaithan’. Maka inilah yang ada banyak pada akhir zaman dinamakan DAJJAL seperti yang di sabdakan di dalam hadis nabi s.a.w. : “Tiada berdiri hari qiamat hingga keluar tiga puluh Dajjal dahulu”.Na’uzubillahi min dzalik”

Daripada Kata Syeikh Daud Al fathani ini dapatlah di simpulkan begini:

a. Memahami Ilmu Haqiqat terutama Ilmu yang melibatkan pengalaman keruhanian iaini musyahadah, zauk, wajdan, mukasyafah dan membicarakan Ilmu usul tahqiq atau Usul Haq kesemuanya mestilah terlebih dahulu memahami dan memperteguhkan pemahaman Ilmu Usuluddin supaya I’tiqad kita selamat dan tidak tergelincir dari mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kalau belum mantap dan mahir dalam Ilmu Usuluddin tinggalkan dulu darihal membicarakan Ilmu Haqiqat apatah lagi memperdalaminya kerana dibimbangi salah fahaman yang di terimanya. Bila salah fahaman maka salah pula tindakannya. Bila salah tindakannya maka Bid’ah jadinya. Bila Bid’ah jadinya neraka datang menggaru.

b. Kegelinciran dalam I’tiqad adalah sesuatu yang amat besar! Jika I’tiqad tidak sah atau diragui kebenarannya maka segala ibadat zahir mahupun batin akan hancur seperti debu yang berterbangan tiada nilai langsung! Cakapnya tinggal dakwaan saja atau pengakuan saja tetapi sebenarnya dia sebenarnya dusta samada dusta pada orang lain mahupun dirinya sendiri. Tak perlu lagi nak berbicara soal-soal yang hebat-hebat misalnya musyahadah, muqabalah, mukafahah, makrifat ,l aduni, Ahdiah, Lata’yin atau macam-macam istilah sufi yang muluk-muluk itu kerana ianya tak lebih pada khabar(cerita) saja.

Inilah mertabat ghurur(tipudaya) yang tidak disedari dari kalangan keruhanian yang menyangka diri mereka adalah sufi seperti yang diceritakan oleh Imam Al Ghazali dalam bab Al Kasyfu wat Tabyin fi Ghururil Khalqi Ajma’in dalam Ihya’ Ulumiddin bahawa dalam kelompok ketiga dari kalangan orang yang ingin bersufi itu bahawa:

“Mengaku mempunyai ilmu mukasyafah(ilmu yang tersingkap segala hijab) dan mampu musyahadah dengan Allah Ta’ala melampaui maqam-maqam sufi, wushul(telah sampai ke darjat makrifat) dan menetapi haqiqat penyaksian,wushul sampai dekat. Padahal mereka ini tidak pernah wushul kepada Allah Ta’ala kecuali hanya kata-kata lisan dan nama saja.” Dan kata Imam Al Ghazali lagi:”Mereka ini mengaku dirinya telah sampai kepada Allah Ta’ala dan tergolong orang-orang muqarrabin(orang yang hampir dengan Allah Ta’ala).Padahal di sisi Allah Ta’ala tak lebih dari pengkhianatyang mungkar dan munafik”.

Marilah kita memohon keampunan dan Rahmat dari Allah Ta’ala supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang di murkai Allah. Berlindung kita dengan Allah Ta’ala daripada segala kejahatan yang dijadikanNya.

c. Tiada boleh sampai kepada mertabat haqiqat sebelum menjalani syariat dan tariqat mengikut yang di sepakati dalam sunnah perjalanan kaum sufi. Dan haram berguru kepada seseorang yang belum sempurna keempat-empat perkara iaini Syariat,Tariqat ,Haqiqat dan Makrifat mengikut segala adab dan kawaid kaum sufi.

d. Untuk memahami I’tiqad yang benar itu semestinyalah mempelajari Ilmu Usuluddin bagi Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dibangsakan kepada Imam Abu Hassan Asy’ari dan Abu Mansur Maturidi sepertimana yang ditulis oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Ismail Bin Omar Abdul Aziz dalam buku Aqidah Ahlus Sunnah Waljamaah m/s 36 jilid 1 bahawa:
“Berkata Imam Tajuddin As Subki yang kembali ke rahmatullah pada tahun 771 hijrah dalam Syarah Aqidah Ibni Al Hajib : ‘Yang dimaksudkan dengan nama Ahlus Sunnah wal Jamaah pada masa sekarang(pada masanya) ialah pengikut-pengikut Al Imam Al Asy’ari yang mati tahun 324 hijrah dan pengikut-pengikut Al Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kembali ke rahmatullah pada tahun 332 hijrah’ ”.

Dalil Kedua:
Perlu dilihat dari sudut kepentingan Ilmu Usuluddin dan kedudukannya terlebih dahulu dan setelah jelas tentang kedudukannya maka nyatalah betapa perlunya ilmu ini dalam perjalanan atau suluk kita ke makrifatullah.
Adapun Ilmu Usuluddin ini adalah ilmu yang paling asas sekali, tanpanya seseorang itu tak akan mengenal Tuhannya. Dan bilamana Tak kenal bagaimana nak menyembahNya?
Lihat mabadi Ilmu Usuluddin. Bahawa kedudukannya adalah usul bagi agama dan segala ilmu yang lain berpunca dari ilmu ini! Dalam kitab Risalah Tauhid di sebut :
“Nisbahnya dengan ilmu yang lain ialah ilmu yang dibangsakan kepada agama Islam yang paling utama(pokok) sekali. Dan kelebihannya iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain. Dan juga kerana Ilmu Usuluddin(Ilmu Tauhid) ini jadi asal bagi segala ilmu-ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi kerana mulia maudhu’nya(perbahasannya) iaitu Zat Tuhan dan Rasul. Dari itu jadilah ia semulia-mulia ilmu.”

Masakan kita kata Ilmu Usuluddin ni tak penting atau pun bolehkah kita memperkecilkan dia semata-mata kita sudah memperdalami Ilmu Haqiqat atau Ilmu Zauk? Sebenarnya tak faham ilmu haqiqat masih boleh dimaafkan tapi awas kalau tak faham atau tak belajar ilmu Usuluddin buruk padahnya!

Bahkan ada setengah kitab Usuluddin dalam membicarakan tentang mabadi(pembukaan atau sari kata) Ilmu ini seperti yang tercatit di dalam kitab Peta Aqidah Tauhid jilid pertama yang di susun oleh Imanuddin Yahya bagi Pasentren Islam Al Ansar Tanjung Pura Langkat bahawa:
“Bahawa tiada ditimbang amalan seseorang jika seseorang itu tiada mempelajari iaini jahil akan Ilmu Tauhid(Ilmu Usuluddin) ini”.
Faqir percaya semua bersetuju akan kepentingannya TERUTAMA bagi mereka yang nak terjun ke alam tariqat, haqiqat dan makrifat. Tiada alasan, soal tidak memadai dengan mempelajari Usuluddin tanpa memperkayakan dengan ilmu tariqat dan haqiqat itu persoalan kedua tetapi nak memperemehkan kepentingan Ilmu Usuluddin Faqir dalam apa keadaan sekalipun tidak bersetuju.

Faqir juga mengharapkan kita insya’allah lebih berhati-hati dalam persoalan membicarakan maratib ilmu(Tertib ilmu).

Jangan sampai kita memperemehkan atau memperbandingkan (mengikut fikiran nafsu samar kita) ilmu-Ilmu Islam sampai kadang kala terlancut perkataan ‘Ilmu hak tu tak sampai kemana’ atau ‘sekadar ilmu kulit sahaja’ dijauhkan Allah daripada kita bersikap demikian. Itu tanda kita jahil adab.
Sebenarnya semua ilmu tak kira asalkan ilmu itu dibenarkan syara sementelah ilmu yang dituntut syara maka wajib kita mencintainya nisbah melihat keindahan ciptaanNya.

Dalil Ketiga
Dalam Buku Ilmu Tasauf karangan Ulama Diraja Ustaz Muhamad Samman Khati yang di susun oleh Saudara Mokhtar Petah menjelaskan kepada kita bahawa wajib bagi orang yang ingin terjun ke dalam dunia keruhanian (Tariqat). Mesti mempelajari dan mahir dalam bidang Usuluddin supaya tidak sesat dalam perjalanannya kerana syaitan sentiasa berusaha merosak kan I’tiqad si salik supaya hancur segala amalannya.

Dalil Keempat
Dalam Kitab Sirrus Salikin bagi karangan Syeikh Abdus Samad Al Falimbani Jilid Ketiga ada menyatakan bahawa syarat untuk seseorang itu berbai’ah tariqat terlebih dahulu mursyidnya mengajar akan taubat dan ilmu fardhu ‘ain iaitu Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqah dan Ilmu Tasawuf maka barulah ia ditalkinkan dia akan tariqat.Apatah lagi bukan terus belajar haqiqat !!

Faqir menyambung kata Syeikh Daud Al Fathani bahawa:
“Betapa ia dapat Ilmu haqiqat padahal Ilmu Usul belum ia tahu dengan baik dan ilmu syariat yang zahir tiada dapat ia faham pada pekerjaan ibadat yang fardhu dan sunat dan sah dan batalnya istimewa pula ia mengetahui ilmu Tariqat. Maka takut diri tiada ada orang yang berkepercayaan pada agamanya pada Usuluddin , ilmu yang zahir lagi mudah maka apa pula kita percayakan dia pada ilmu haqiqat yang tiada sempurna kepadanya melainkan dengan ‘suluk’ pada guru yang mursyid lagi yang washil ilallahi Ta’ala dengan zauk dan wajdan yang di dapatnya dengan syuhud dan a’yan dan tiada lagi berkehendak kepada dalil dan burhan”.

Kesan dan akibat jika Ilmu Usuluddin diabaikan atau tiada mahir dalam persediaan untuk menjalani Ilmu Tariqat dan ilmu Haqiqat.
a. Dikhuatiri akan menyebabkan fahaman pegangan I’tiqad terkeluar dari mazhab yang diredhai iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara tidak disedari dan mengakibatkan terkeluar daripada kaedah sunnah kaum sufiah sepertimana dikatakan oleh Qutubul Ariffin Al Kabir Syeikh Abdul Aziz al Dabbagh r.a. dengan katanya :
“Tidak akan terbuka (dari selindung hijab) kepada seorang hamba melainkan jika ia berada dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak ada seorang wali Allah dari aqidah selainnya.”

Maka akan terjadilah penyelewengan yang menyeret orang lain kekancah zindiq akibat kecuaian ini. Justru itu lahirlah bermacam-macam fahaman yang pelik-pelik sesat lagi menyesatkan misalnya yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani dalam Kitab Sirrul Asrar dan Tuhfatur Raghibin bagi Syeikh Muhammad Arsyad yang menyatakan puak sesat dalam kaum yang ingin bersufi. Perkara-perkara salah I’tiqad ini adakalanya berhubung dengan ketuhanan adakalanya berhubung dengan kenabian adakalanya berhubung dengan sam’iyat iaini perkara-perkara ghaib yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. contohnya

Berkaitan Ketuhanan:
i. Mengi’tiqad Tuhan dan hamba bersatu.
ii. Mengi’tiqad Allah Zat dan hamba sifatNya.
iii. Mengi’tiqad diri adalah dari Nur Tuhan.
iv. Mengi’tiqad dirinya Allah.
v. Mengi’tiqad Allah bertempat dan berpihak.
iv. dll yang seumpama dengannya yang bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
.
Berkaitan kenabian:
i. Mengi’tiqadkan ada nabi selepas nabi Muhammad.
ii. Mengaku diri sudah jadi nabi atau dirinya diresapi ruh Nabi Muhammad.
iii. Menafikan kenabian Muhammad zahir yang maklum dan menetapkan sebenar nabi adalah Muhammad awal saja iaini nur saja
iv. Nabi melakukan dosa.
v. mertabat wali mahsum macam nabi.
vi. dll yang seumpama dengannya.
.
Berkaitan perkara² Sam’iyat:
i. Akhirat sebenar tiada tapi akhirat sebenar di dunia ini.
ii. Kiamat sebenar adalah kiamat diri dan kiamat alam sebenarnya tiada.
iii. Mengaku Imam Mahdi atau jadi tentera-tenteranya dan cofirm jadi ahli syurga.
iv. Neraka sebenarnya tiada Cuma ada pada istilah saja begitu jugalah syaitan ,syurga, loh, arasy dan sebagainya kesemuanya ujud dalam istilah saja tiada hakikatnya.
v. dan lain-lain I’tiqad yang seumpama dengannya.
Kesemua di atas tadi adalah contoh-contoh I’tiqad yang sesat lagi menyesatkan yang tiada boleh di pegang dalam menjalani jalan tariqat .(boleh rujuk Risalah Tasawuf Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal sebagai panduan berhubung dengan I’tiqad yang sesat bagi yang nak bersufi).
b. Tertipu di alam malakut iaini alam keruhanian
Bilamana tiada punya ilmu yang cukup terutama Ilmu Usuluddin(tak terkecuali Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf sekurang-kurangnya kadar fardhu ‘ain) maka syaitan dan jin(makhluk halus) akan mudah memperdayakan dan dah banyak terjadi. Apabila seseorang berada di alam ini segala macam tipudaya berkumpul di sini. Apa yang faqir di beritahu bahawa pokok persoalan tipudaya di alam ini ialah untuk merosakkan niat dan I’tiqad bagi orang yang menempuh di alam ini. Sebab itu di samping ilmu yang mencukupi bimbingan Syeikh Mursyid yang kamil mukamil amat penting di sini. Di alam malakut ini seseorang akan di buka sesuatu yang ajaib, indah(di sisi alam rendah) tapi penuh prasangka dan apabila prasangka sudah terkena maka title diri pun menjelmalah.
Mulalah dah mengaku sultanul Auliya, Wali Quthub, Wali abdal, Ghaus tak kurang juga versi nusantara panglima hitam, Panglima Berantai, Hang Tuah, Tuk janggut, Daeng Prani, Daeng Selili dan macam-macam lagi yang kadangkala menakutkan menggayatkan orang yang mendengarnya mungkin juga tak lama lagi timbul pulak Osama Ben Laden di alam malakut. Dijauhkan kita oleh Allah Ta’ala akan terkena sangkaan dan di lindungnya di atas jalan syariatNya.

Ada juga yang percaya pada tanasukh iaini ruh wali menyelap ke dalam tubuhnya ini juga suatu bahaya yang merosakkan iman dan Tauhid kita kepada Allah Ta’ala. Manakala kalau fasal mimpi saja bagi yang menempuh alam ini bertambun banyak asyik-asyik mimpi , kadangkala dah kerana terlalu ta’asub dengan mimpi semua kerja buat dan usahanya pasti tunggu mimpi kerana di sangka mimpi tu ilham.

Alam ini juga selalu terjadinya kasyaf kauni iaini tersingkap baginya rahsia sesuatu benda(taraf keduniaan) atau apa saja pandangan yang di nisbah kepada bathin termasuk dalam hal perubatan, menilik(scan), nampak atau berfirasat akan hati atau sifat orang lain yang kesemuanya ini masih bukan tujuan tariqat yang sebenar dan bilamana seseorang terhenti pada hal-hal ini maka syaitan telah berjaya memesongkan tujuan dan niatnya dan akhirnya segala macam keupayaan zikir-zikir atau wirid-wirid atau muraqabahnya dapat di gunakan secara halus atas maslahat diri(keduniaan) cuma versinya saja bertukar atau datang di bisik akan hati kecil bahawa aku sudah kasyaf, aku sudah boleh scan hati orang, aku sudah boleh bantu orang lain jadi mungkin Allah dah lantik aku menjadi waliNya sebab semua permintaan aku sudah dimakbul Allah. Maka ujub pun datang menyelinap dalam hati kecil kita tanpa disedari habis segala amalan kita hancur sehancurnya. Mohon kepada Allah Ta’ala akan taufiq dan hidayahNya. Mengapa kita suka pada title atau suka membuat pengakuan?

Lihat bagaimana sikap baginda Rasulullah s.a.w. bila dalam satu riwayat bahawa Allah Ta’ala bertanya kepada semua Ulul Azmi:

Wahai Nuh siapa kamu? Aku najiyallah(yang di lepaskan oleh Allah), Wahai musa siapa kamu? Aku kalamullah. Wahai Isa siapa kamu? Aku ruhullah(Yang dimasukkan ruh oleh Allah ke dalam perut Siti Mariam tanpa bapa) Wahai Ibrahim siapa kamu? Aku Khalilullah (Teman bagi Allah) dan bila di tanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. Wahai Muhammad siapa kamu ? maka jawab baginda s.a.w. Ana yatim( aku anak yatim tiada ibu dan ayah).

Baginda seorang nabi yang paling tinggi mertabatnya dan tiada yang paling atas mertabatnya di sisi Allah Ta’ala melainkan hanya baginda seorang tapi terlalu merendah diri jauh dari inginkan sebarang gelaran tapi kita baru boleh berzikir sikit baru boleh sholat sunnat terbuka di alam malakut saja dah terkejut dan terus mabuk dengan pengakuan demi pengakuan. Itu tandanya syaitan dah tipu kita supaya kita leka dengan sanjungan orang ,suka dengar pujian orang itulah suma’ah namanya iaini penyakit hati yang menyerang kita tanpa kita ketahui akibat cuai belajar ilmu tasawuf dan usuluddin.

Mudah saja kalau kita nak ukur diri kita sendiri caranya ialah bilamana kalau orang puji kita atau orang sayang kita atau orang angkat kita apa agaknya rasa hati kecil kita ? rasa syok dak, rasa bangga ke, rasa lega ke kalau ada berdegup rasa-rasa ini itu tanda jangan harap kita boleh terselamat di alam malakut ni kerana pengaruh dunia dan maslahat diri masih menebal atau menyorok di dalam sanubari kita. Sebab itu niat dan Tauhid mesti tepat , padu dan murni samada ilmunya , amalnya ataupun halnya.

Suatu masalah.
Nanti ada yang berhujjah pulak mengapa Syeikh Abdul Qadir Al Jilani mengaku dia nya sultanul Auliya dan kewaliannya amat tinggi sehingga dikatakan leher para wali di bawah kakinya? Soal Syeikh Abdul Qadir Jilani itu soal lain dan ada cerita lain dan tak boleh di anggap takabur. Soalnya apakah kita ni dah sama taraf dengan Syeikh Abdul Qadir Jilani ke ?

Bagaimana ibadatnya, ilmu nya samada muamalahnya mahupun mukasyafahnya, mujahadahnya, wara’nya ukur lah dulu baru boleh pasti! Yang faqir risau air kaki Syeikh Abdul qadir jilani pun belum sama taraf dengan kita lagi apatah lagi nak di ukur dengan ilmunya, amalnya dan sebagainya.(maaf bahasa agak kesat) Maka berpijaklah bumi yang nyata. Akuilah kelemahan dan kedhaifan kita itu lebih baik untuk kita dari kita daripada mengaku benda yang kita sendiri tiada di beri ilmu tentangnya.
Ingatlah segala maqam yang di kejar, title, ilmu keramah ibadat kita masih belum ada jaminan kita selamat di sisi Allah Ta’ala sedangkan Allah hanya menjamin orang yang benar-benar ikhlas terhadapNya. Dan sesungguhnya ikhlas itu rahsia Allah Ta’ala dan segala ibadat yang diterima Allah Ta’ala di akhirat nanti hanyalah ibadat yang ikhlas maka siapakah boleh mendakwa di sini (di dunia ini) bahawa dia sudah ikhlas? Sebab itulah orang yang mengaku itu dan ini seolah-olah telah ketahui amalannya sudah makbul apa benarkah dia? Gunakanlah aqal dan timbangan syara’ supaya kita tidak ta’asub buta ! Wallahu’alam.

Masalah kedua.
Timbul pula satu dakwaan bahawa berkawan dengan makhluk halus iaini jin atau khadam atau muakal ayat adalah satu kiramah juga. Ini adalah merupakan suatu ‘gejala’ atau tipudaya di alam malakut ini akibat daripada tak menguasai ilmu Usuluddin(darihal bab perkara-perkara yang menyalahi adat).
Bukannya semua di alam malakut ini boleh kita terima sewenang-wenangnya. Memang ada pendapat ulama berpendapat bersahabat dengan jin itu hukumnya harus TETAPI ada syarat-syaratnya dan bagi murid yang hendak dan sedang berjalan menuju makrifat dengan sebenar-benar makrifat kepada Allah Ta’ala maka HARAM dia bersahabat dengan jin walau apa jenis jin pun (walau kembarnya sekalipun) bahkan layan pun tak boleh kerana jin itu sendiri ada jazbahnya(tarikan) yang tersendiri yang mana jazbahnya itu amat bertentangan sekali dengan jazbah fillah (untuk makluman lanjut sila baca Buku Mengenal Diri dan Wali Allah karangan Ustaz Mustapha al Jiasi anak murid Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal Syeikh Mursyid Tariqat Ahmadiah dalam bab Keramat Khadam).
Ada juga yang berpendapat bahawa bersahabat dengan makhluk halus itu adalah suatu kiramah atau anugerah dari Allah. Pendapat ini tidak benar kata Syeikh Abdul Wahab Asy Sya’roni di dalam kitab Yawaqitu wal Jawahir yang dinukil dari kitab Tuhfatur Raghibin :
“Bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji. Barangsiapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama maka orang itu sangat jahil. Kerana yang ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasiq. maka orang yang beraqal berlari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan dia(jin) seperti liar ia bersahabat dengan orang fasiq”.

Dan kata Syeikh Mahyuddin Ibnu Arabi dalam kitab Al Futuhat yang faqir nukil dari kitab Tuhfatur Raghibin iaitu :
“Adalah orang yang sekedudukan dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan Allah kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat Nya”.
Dan di jelaskan lagi oleh kitab yang sama (Tuhfatur Raghibin) :
“Dan terkadang menyangka oleh yang sekedudukan dengan dia (jin) itu bahawa segala perkara yang dikhabarkan oleh jin daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah karamah daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkanya itu adalah bathil. Dan hanya adalah yang kesudahan jin kepada manusia itu bahawa di beri tahu akan segala khasiat segala tumbuh-tumbuhan, dan khasiat batu dan kahsiat isim dan huruf maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimiya jua iaitu ilmu yang di cela syara’ “.
Ini menunjukkan dakwaan bersahabat atau bersekedudukan dengan jin (makhluk halus) sebagai karamah adalah suatu kesilapan besar! Sudahlah menjadi hijab dalam perjalanan makrifat kemudian di ajar pula ilmu-ilmu yang menyebabkan kita akan bertambah jauh dari Allah Ta’ala. Adakah ilmu ini (ilmu yang di ajar oleh jin atau makhluk halus) di panggil laduni, waridat, ilham atau mukasyafah? Pohon kita kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan di simpangkan dari fahaman ini.!
Sebab itu biar kita di pimpin oleh Syeikh Mursyid yang arif lagi alim benar(alim syariat dan alim haqiqat) atau istilah lain ‘tahu benar’ barang yang haq dan bathil darihal alam malakut ini.
Ada juga mengkiaskan bagaimana Nabi Sulaiman a.s. boleh bersahabat dengan jin mengapa kita tak boleh? Ini adalah kias yang tidak kena pada tempatnya. Jangan samakan mukjizat dengan diri kita yang penuh dengan noda dan dosa. Itu adalah suatu kesilapan yang amat besar !
Para ambiya adalah ma’sum dan mereka di kurniakan mukjizat dengan bermacam-macam yang hanya Allah Ta’ala saja Yang Maha Mengetahui akan hikmahnya. Memadailah kita mengikut akan barang yang nyata dalam syariatNya jangan cuba untuk menyeluk lebih jauh tanpa bimbingan guru yang aribillah.
Jangan taasub dengan mazhab tariqat sahaja.
Di antara gejala ‘sempit fikiran’ dan perkara yang di larang ialah ta’asub pada wasilah atau mazhab tariqat. Pengertian taasub pada wasilah ialah bermaksud kasihnya terhadap tariqatnya sehingga membawa cedera pada Tauhid dan ubudiyyahnya. Sehingga ada yang mendakwa bahawa hanya tariqatnya saja yang paling top, paling hampir, paling berkesan bahkan di dakwanya tariqat merekalah yang paling suci dan tiada tariqat yang paling hebat kecuali tariqatnya saja.
Inilah akibatnya apabila penguasaan ilmu di abaikan sewaktu sebelum bertariqat atau mengabaikan proses menuntut ilmu dikala sesudah bertariqat. Pemahaman kepada mazhab jamaah tariqat yang sempit menyebabkan fitnah akan merobek di dalam perjalanan kita.
Kembalilah kepada asas ilmu Tasawuf yang menuntut kepada tawadhu’ dan kerendahan diri yang benar. Jangan adakalanya kita sebagai yang menjalani ilmu tariqat itu di satu masa terlalu merendah diri tetapi di satu masa pula terlalu taasub dan meninggi diri seolah-olah orang lain seperti ‘katak keredek’ yang tiada dapat apa-apa habuan rahmat Allah Ta’ala.
Janganlah kita anggap kasyaf yang ada pada kita (kononnya) sudah menyebabkan kita memandang rendah pada orang yang tiada bertariqat atau golongan awam kerana ketahuilah kasyaf yang semacam itulah yang akan membawa kita kepada bahaya ujub dan penyakit terkena sangka yang bathil. Apa yang faqir di ajar bahawa sifat orang kasyaf ini amat tawadhu lagi begitu menyembunyikan pandangan kasyafnya. Tidak di hebahkannya bahkan lagi tersingkap kasyaf maka lagi jahil dia sabit tenggelam dalam Kebesaran Allah Ta’ala.

Secara lazimnya ahli tariqat yang sempit fikiran dan ditimpa ta’asub buta merasakan kasyaf yang didapatnya itu sudah sampai pada kemuncaknya dan yang paling malang sekali di yakinkan bahawa kasyaf itu melebihi dari usul kaum sufi iaitu Al Quraan dan Sunnah.
Sehingga ada puak yang melampau dalam dapatan ruhani mereka sehinggakan seolah-olah mereka sudah sampai sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. sampai. Alangkah malangnya dipohon lindung daripada Allah Ta’ala akan puak ini.
Sebenarnya ketahuilah bahawa Tariqat secara umumnya ialah jalan mengenal Allah Ta’ala atau jalan menuju kepada kehampiran(qurb) kepadaNya dengan mendapat redha dan kasihNya. Adapun Ulama sufi menjelaskan bahawa jalan menuju kepada Allah Ta’ala itu terlalu banyak dan ada yang mengibaratkan sebanyak bilangan nafas makhluk. Ini bermakna terlalu banyak dan tiada di hinggakan! Bayangkan betapa banyaknya jalan yang menyampai kepadaNya. Dan ada ulama mengatakan seumpama sebanyak jari jejari yang menghubung kepada satu titik pusat dan ini bermakna terlalu banyak tariq atau cara yang menyampai kepadaNya. Dan ada orang yang Allah Ta’ala sampaikan ke hadratNya tanpa melalui jalan mazhab tariqat (yang khusus) iaini tanpa syeikh. Mungkin saudara akan terkejut ! Memang benar kata faqir. Sebab itu faqir kata ilmu Allah Ta’ala Maha Luas bukan seluas fikiran kepala kita jadi jangan ta’asub buta pada wasilah!

Ini dinyatakan di dalam kitab Ad Durun Nafis yang Di karang oleh Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris Al Banjari :
“Syahdan maqam inilah (iaini maqam Wahdatul af’al) yang mula-mula ia anugerahkan Allah Ta’ala kepada orang yang salik(yang belajar setingkat demi setingkat di bawah pengawasan Mursyid) atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orang yang majzub umpamanya dan erti orang yang majzub itu di ambil Allah Ta’ala dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal ZatNya dan SifatNya dan asmaNya dan af’alNya daripada tiada mengerjakan ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada ijazah masya’ih.”
Ini bermakna harus bagi Allah Ta’ala memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk di perkenalkan DiriNya dengan jalan majzub atas sifat Kehendak dan Pemurah dan PengasihNya. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:
“Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki dan memberi hidayah siapa yang dikehendaki”.

Inilah yang dinamai sebagai ‘Kurnia’ iaitu sesuatu yang di dapat bukan dengan jalan ikhtiar tetapi atas kehendak dan pilihan Allah Ta’ala sendiri. Manakala jalan usaha untuk menujunya iaitu dengan ibadat amal dan bimbingan Guru di namai akan ‘anugerah’ Allah Ta’ala atas ikhtiarnya di dalam taat. Cumanya orang yang majzub itu khusus dan bukan umum dan bukan sunnah untuk di ikut secara lazim(biasa). Dan akhirnya orang yang majzub itu sendiri akan kembali menjadi salik.
Fahamilah ini betapa luasnya rahmat Allah Ta’ala dan apa yang penting supaya kita belajar dan terus belajar supaya tidak menjadi sempit fikiran dan dijauhkan Allah Ta’ala dari menjadi orang yang ta’asub buta.

Wallahu’alam.

~ Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post