Isnin, 20 Januari 2020
𝙒𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙃𝙚𝙗𝙖𝙩
Jin ular
Rasulullah SAW menggolongkan Jin itu ada tiga. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abi Tsa’labah al-Khusyaniy R.A, Rasulullah SAW bersabda: .
Maksudnya: Jin terdiri daripada tiga golongan. Satu golongan mempunyai sayap dan terbang di udara, satu golongan berbentuk ular dan anjing, manakala satu golongan lagi mendiami sesuatu tempat dan berpindah-randah seperti Arab Badwi.
Riwayat Al Hakim dalam Al Mustadrak & Al Tabrani
Jin jenis ular ini sangat suka masuk rumah manusia. Anehnya, jin berbentuk ular tidak masuk melalui pintu tapi tiba-tiba muncul di dalam rumah.
Jin berbentuk ular tidak melingkar seperti ular ketika saat diam. Tetapi ia selalu memanjangkan tubuhnya. Ia juga tidak mengerdipkan matanya. Kadang-kadang jin berbentuk ular ditemukan sedang bersembunyi di dalam almari dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda jika nampak ular jangan lantas cepat-cepat dibunuh. Sebaiknya ucapkan salam terlebih dahulu seperti, "salamun ala nuhin fil alamin, salamun ala sulaiman fil alamin". Hal ini dijelaskan dalam Sahih Muslim.
Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW mengecualikan jenis ular tertentu. "Dari Abu Lubabah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah kalian (langsung) membunuh ular (di dalam rumah), kecuali setiap ular yang terpotong (pendek) ekornya dan memiliki dua garis di bawah badannya, kerana ular jenis ini dapat menggugurkan kandungan dan membutakan mata. Maka bunuhlah ia."
Biasanya, jika ia adalah jin, maka akan hilang seketika. Jadi, pastikan dulu apakah itu ular sebenar atau jadi-jadian.
Kalau kita membunuh ular jadi-jadian, maka ia boleh mendatangkan masalah. Seperti kita tahu, jin adalah makhluk yang punya sifat mendendam. .
Wallahualam.
Isnin, 16 September 2019
Sabar Dimanakah kita?
Pelbagai persoalan merempuh benak hati kita berkaitan keperitan musibah yang dihadapi. Hakikatnya, cabran dan dugaan ini tidak lebih sekadar untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dalam diri manusia itu sendiri. Sabar tidak boleh ditakrifkan sekadar pada perlakuan sebaliknya perlu difahami secara terperinci mengikut metodologi pemerhatian dan pengkajian tentang pengertian sabar kepada hati nurani manusia. Sesungguhnya, Sabar itu memerlukan ilmu pengetahuan untuk kita memahami keperluannya terutama untuk kita aplikasikan dalam konteks diri kita sendiri, keluarga, dan masyarakat. Imam Al-Ghazali dalam kitab karangannya Ihya 'Ulumuddin menjelaskan maksud sabar iaitu menanggung segala kesukaran fizikal. Sabar juga membawa maksud menahan segala kehendak nafsu syahwat yang ada dalam diri seseorang yang sering menyuruh kita melakukan kemaksiatan kepada Allah. Sesungguhnya sifat sabar itu memerlukan penghayatan secara berterusan, bukan boleh diaplikasi kepada cara perlaksanaan semata-mata.
Sabar itu banyak jenisnya dan yang berada dalam konsep yang berlaku pada dirinya sekarang adalah konsep sabar dalam menghadapi musibah. Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditimpa musibah ketika mana kematian puteranya Ibrahim, sehingga mengalir titisan air mata baginda kerana terlalu sedih. Pun begitu, baginda sendiri berkata: "Itulah tandanya rahmat ke atas hamba-hambaNya yang bersifat belas kasihan..
Hakikatnya, kecelakaan dan musibah serta malapetaka yang berlaku ke atas diri kita adalah bertujuan untuk menguji kesabaran manusia. Seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam seharusnya bertenang walaupun gelojak jiwanya mengarah ke arah mengikut hawa nafsu seperti mana yang berlaku ke atas orang arab jahiliyah yang mengoyak-ngoyak baju, menampar pipi, tidak makan dan sebagainya akibat terlalu sedih. Jelas perbuatan tersebut lebih menjurus ke arah emosi semata-mata sedangkan sesuatu yang sudah berlaku itu tidak mungkin kembali kepada keadaan yang asalnya.
Kita harus menyedari bahawa segala musibah yang berlaku itu adalah ujian dari Allah, seterusnya yakin dan redha akan ketentuan qadha dan qadar Allah. Firman Allah:
mereka itulah yang diberikan pahalanya dua kali ganda disebabkan mereka bersabar - al-Qasas:54
Firman Allah lagi: Hanya orang yang sabar akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan - Az-zumar:10
Sebagai mukmin, kita tidak harus cepat putus asa, atau lemah semangat tetapi sentiasa mengharapkan rahmat dan redha Allah. Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya setiap musibah yang berlaku itu tidaklah dijadikan oleh Allah secara sia-sia melainkan untuk menebus dengannya akan dosa-dosanya yang lalu. Saidina Ali ada bermadah: Jika engkau sabar, takdir itu akan berlaku juga pada dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Akan tetapi, jika engkau tidak sabar sekalipun, takdir tetap berlaku juga cuma pada kali ini engkau berdosa.
Sesungguhnya di sebalik kesusahan ada rahmatNya. Sikap cepat melatah boleh memudaratkan diri kita sendiri kerana kita akan lebih mengutamakan emosi berbanding pemikiran yang waras. Tambahan pula, sikap seorang mukmin ialah mengutamakan metod ilmiah atau mudahnya memikirkan secara terperinci akan sesuatu hal sebelum tindakan diambil. Kita mesti bertindak atas dasar pemikiran yang waras. Kerana tindakan melulu tanpa berlandaskan akal fikiran, bisa mengundang bahaya dan kesusahan kepada diri kita sendiri.
Khamis, 12 September 2019
Belajar Berfikir
Pemikir bukan pelajar merbahaya.
Selasa, 10 September 2019
MARI MENGENAL ANTIBODI
#vaksinlahbeb
Antibodi adalah salah satu cara tubuh mengenal dan melawan jangkitan. Antibodi atau immunoglobulin dirembes oleh sem-sel B.
Antibodi boleh jadi molekul yang bebas dirembes keluar dari sel kedalam plasma darah, atau melekat pada permukaan sel B sebagai reseptor sel B (BCR).
Fungsi antibodi adalah untuk mengenal patogen atau antigen asing. Antibodi akan melekat pada antigen tersebut dan mengaruh aktiviti mengenyahkan antigen tersebut dari tubuh. Sama ada mengaruh pematian antigen itu sendiri atau mengaruh sel imun melakukan fagositosis.
BAGAIMANA ANTIBODI MENGENAL ANTIGEN?
Antibodi adalah molekul glikoprotein berbentuk Y. Dihujung dua tangan (arm) yang membentuk Y tersebut terdapat bahagian ‘paratope’ yang unik.
Kenapa ia unik?
Paratop tersebut adalah ‘memori’ yang mengenal antigen pada bakteria atau virus. Unik terhadap bakteria atau virus tersebut.
Macam mesin pengenalan cap cari yang telah tersimpan data kita. Kita sua saja jari kita, sekaligus ia akan mengenal identiti dan mengakses data kita.
Seperti cap jari kita, paratop tersebut adalah unik dan identikal dengan bahagian unik bakteria atau virus (digelar epitop).
JADI BAGAIMANA PULA TUBUH KITA BOLEH MEMPUNYAI PELBAGAI DATABASE BAKTERIA, VIRUS DAN PATOGEN LAIN?
Pengenalan unik tersebut diperoleh apabila sel imun kita ‘bertemu’ dengan patogen. Bagi patogen unik, ia tersimpan dalam sel T dan sel B memori yang merembes antibodi.
Apabila sel-sel imun kita bertemu, mengenal dan membina pertahanan terhadap patogen, barulah maklumat tersebut tersimpan dalam sel-sel imun memori kita. Sel-sel tersebut berfungsi sebagai database virus bakteria tubuh kita lah.
Kalau tak pernah jumpa? Mungkin kawan atau lawan tak akan dapat dikenal. Hanya apabila dijangkiti barulah kita mengenal patogen tersebut.
FUNGSI VAKSIN
Fungsi vaksin adalah bagi mengenalkan tubuh kita terhadap bakteria atau virus khusus dalam vaksin tersebut.
Kalau vaksin terhadap polio, kita mengenalkan tubuh kita dengan virus polio. Kalau vaksin measles, kita kenalkan sel imun tubuh kita dengan virus measles. Kalau vaksin meningococcal, kita kenalkan tubuh kita dengan bakteria Meningococcal meningitidis melalui epitop polisakaridanya.
Lain vaksin, lain mekanisma pengenalan epitopnya terhadap tubuh. Namun, setiap vaksin unik untuk membina imuniti terhadap bakteria atau virus khusus.
Macam kita beli antivirus komputer, mesti ada database pengenalan terhadap virus kan? Kalau virus baru yang tidak dikenal... mahal macam mana pun antivirus korup lah juga komputer 🙈
Tak bahayakah kenalkan tubuh dengan patogen bahaya, virus? Bakteria?
Fungsi vaksin adalah untuk
(1) mengaruh tubuh mengenal patogen khusus dan membina imuniti terhadapnya dengan memberi pengenalan terhadap epitop unik bakteria atau virus tersebut.
(2) Aruhan imun tersebut tidak akan mendatangkan jangkitan. Kerana sediaan vaksin menggunakan hanya sebahagian bakteria (seperti vaksin meningococcal hanya polisakarida kapsul luar bakteria sahaja), atau mengunakan patogen mati (polio) atau dilemahkan (MMR).
PENGAMBILAN VITAMIN MENINGKATKAN PARAS ANTIBODI?
Ya benar. Pengambilan sesetengah vitamin meningkatkan paras antibodi. Tetapi yang paling utama sekarang, jika antibodi tersebut tidak mempunyai paratop pengenalan terhadap bakteria dan virus khusus... ia tidak bermakna juga.
Sebab? Maklumat virus dan bakteria khusus tersebut tidak ada dalam ‘database’ tubuh kita. Yang ada cuma antibodi yang mengenal patogen umum. Jadi yang meningkat tinggi dengan pengambilan vitamin adalah antibodi terhadap patogen umum.
Bagaimana mahu melawan ketenteraan US sedangkan maklumat kita hanya pada ketenteraan negara Gabon?
Togoklah, telanlah megadose vitamin. Tubuh kita perlu mengenal patogen baru dapat melawan dan membina pertahanan terhadap patogen tersebut.
Haaa... dah kenal konsep antibodi kan?
Nanti slow slowww kita bincang pasal IgA, IgG, IgM, IgE pula ya. Semua adalah jenis2 antibodi imunoglobulin. Mesti ada paratop pengenalan juga. Cuma beza asal, lokaliti dan fungsinya.
RUJUKAN
Janeway C (2001). Immunobiology (5th ed.). Garland Publishing.
Wahl A, van den Akker E, Klaric L, Štambuk J, Benedetti E, Plomp R, Razdorov G, Trbojević-Akmačić I, Deelen J, Van Heemst D, Slagboom PE. Genome-wide association study on immunoglobulin G glycosylation patterns. Frontiers in immunology. 2018 Feb 26;9:277.
Isnin, 15 Julai 2019
INOVASI KEUSAHAWAN ISRAEL
INOVASI KEUSAHAWAN ISRAEL
.
1. Kuasa sebenar bukan pada jerit laung. Ia pada kuasa ekonomi. Ia akan serlahkan genius potensi diri sebenarnya. Inovasi keusahawanan.
.
2. Dunia telah berubah. Pada tahun 2006, antara 10 syarikat terbesar, 5 darinya syarikat berasaskan tenaga dan minyak. Hanya satu syrikat berasasakan teknologi maklumat iaitu Microsoft.
.
3. Sepuluh tahun kemudian, 2016, lima (5) syarikat IT dalam senarai dan hanya satu syarikat tenaga dan minyak yang tinggal. Tiga yang teratas adalah Apple, Alphabet (Google) dan Microsoft.
.
5. Kuncinya inovasi. Apple, Microsoft, Google, Amazon, Facebook - semuanya ada pusat penyelidikan di Israel. Big Data, Connectivity and Artificial Intelligence. Industri lama ditambah baik dengan industri baru.
.
6. Dulu pertanian. Sekarang Precision Agriculture. Mereka guna tiga (BD, C, AI) yang tersebut diatas dan dengan drone setiap baja akan sampai tepat pada tanaman yang ditarget. Bukan lagi menabur baja atau sekadar menyembur racun tapi dengan "precision agriculture" setiap tanaman dapat bahagian mereka secukupnya dan pada masanya (timing). Produktiviti bertambah.
.
7. 90% dari air yang terbuang dikitar semula dengan bijak melalui teknologi di Israel. Inovasi mereka mengubah dunia. Di sebilangan negara Afrika, rakyat terpaksa berjalan 8 KM untuk dapatkan air. Dengan teknologi Israel, air diperolehi mudah depan rumah.
.
8. Di India, 65% dari rakyat mereka petani. Teknologi Israel meningkatkan penghasilan 5 kali ganda. Mereka kuasai macam macam termasuk sebagai world leader dalam cyber security.
.
9. Penduduk Israel hanya 9 juta orang . 1% penduduk dunia adalah 90 juta. Ini bermakna ia hanya 1/10 dari 1%. Sedikit. Dan ... dan mereka dapat 20% dari pelaburan dalam cyber security. Mereka "mengangkat 200 kali lebih dari kekuatan diri".
.
10. Netanyahu kata, dulu Israel dipencilkan. Sekarang mereka ada hubungan diplomatik dengan 160 buah negara. Mereka sedang "birukan" dunia. Mana mana negara yang tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel lah yang akan terpencil nanti.
.
11. Memdalami ini - apakah kita mahu sekadar menjerit dan melaung. Berpecah dan bergocoh sesama kita? Di manakah kita 10 tahun akan datang. Di manakah kita duhai bangsa ku?
.
12. Kita selalu rasa hebat berkompang, pukul "gendang tali kecapi". Hakikatnya kita bangsa yang "pukul orang tak pernah mati".
Jumaat, 5 April 2019
Fanatik menutup fikiran
FANATIK MENUTUP FIKIRAN
1. Sama ada dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen. Sikap yang seperti itu dinamakan dengan fanatik atau taksub. Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak yang lain itu telah memberikan hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat itu sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta yang diberikan.
2. Fanatik ini telah berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu. Ia sehingga membawa kepada permusuhan sesama Islam dek perbezaan pendapat dalam hukum syarak. Sehingga dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidil Haram, Mekah umat Islam bersolat dengan empat imam dan setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Setiap makmum akan memilih imam yang sesuai dengan mazhabnya. Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Hal ini berterusan, sehinggalah gerakan pembaharuan pemikiran agama berjaya menghapuskan kekarutan tersebut. Bayangkanlah jika hal tersebut berterusan sehingga hari, di kala umat Islam begitu lemah dan berpecah.
3. Selepas Rasulullah s.a.w wafat, baginda meninggalkan ramai para sahabah yang merupakan ilmuwan besar bagi umat ini. Namun, tiada seorang di kalangan para sahabah yang agung itu menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain. Perkara yang seperti itu tidak pernah dilakukan oleh khalifah yang empat Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali. Tidak juga ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka jauh lebih memahami syariat RasululLah s.a.w dibandingkan orang selapas mereka.
4. Malangnya, apabila zaman imam-imam mazhab yang utama seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain-lain tokoh lagi, tiba-tiba ada dalam kalangan pengikut mereka yang taksub lalu mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambil pendapat dari imam yang lain. Ini seperti pengikut fanatik Mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari Mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik Mazhab Malik yang menghalang membantah orang Morocco mengambil pendapat selain dari Mazhab Malik. Atau pengikut fanatik Mazhab al-Syafi’i yang membantah orang Malaysia mengambil selain dari Mazhab al-Syafi’i. Atau fanatik Mazhab Hanbali di Saudi yang membantah selain dari pendapat dalam Mazhab Hanbali.
5. Kontradiknya, dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa imam-imam tersebut kesemuanya adalah tokoh-tokoh sarjana Ahli Sunnah, tetapi menolak keilmuan mereka hanya kerana faktor daerah atau negara. Pada hal, para imam itu sendiri tidak pernah mengajar demikian dan kebanyakan negara-negara yang wujud ini belum pun terbentuk pada zaman mereka apatah lagi pada Rasul s.a.w.
6. Tokoh ulama dan fekah yang terkenal, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan berkata: “Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini?!! (Dr Abd al-Karim Zaidan, Al-Sunan al-Ilahiyyah, m.s. 147, Beirut: Muassasah al-Risalah)
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...