Rabu, 18 Februari 2009

Kejayaan stail short-cut

Kejayaan dicapai, bila Anda berjaya mencapai apa yang Anda targetkan. Namun, ia bergantung pada seberapa besar kehendak Anda, matlamat, azam dan cita-cita Anda.
Mungkin, kejayaan menjana pendapatan tertentu, kejayaan dalam kerjaya kerana dinaikkan pangkat atau kejayaan mencapai matlamat perniagaan Anda. Stail kejayaan ada berbagai.
Bagi saya, ada dua bentuk, dua nama.
Nama panggilan ni saya cipta sendiri. Kat situlah saya panggil kejayaan dengan dua versi berbeza, kejayaan stail shortcut atau kejayaan stail full version.
Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak.
Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!
Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal.
Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal.
Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!
Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada.
Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.
Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.
Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!

Mencari Cinta?

Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanaka h saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. .............

Kesimpulannya. .. janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan. .

Khamis, 11 September 2008

TAMAK


Renungan bersama!!!
Penyakit tamak ini ialah suatu sifaf ingin menguasai atau mendapatkan bahagian lebih banyak dari orang lain. Nama yang lain dari sifat tamak ialah loba atau serakah.
Pada umumnya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup di dunia. Tamak terhadap harta benda, dengan jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyak-banyaknya. Tidak peduli apakah dengan cara yang halal mahu pun haram. merampas hak orang lain, merugikan kepentingan umum dan lain-lain sebagainya.

Nabi Isa as. pernah mengatakan bahawa tamaknya manusia terhadap harta benda itu tak ubah seperrti orang yang sedang meminum minuman yang memabukkan, semakin di minum semakin berkurang rasanya dan tidak puas-puas. Baharulah mereka akan berhenti minum. kalau sudah mabuk atau tidak sedar diri.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa tamak terhadap harta benda atau tamak terhadap kekuasaan itu tidak akan bertahan lama, dan pada tingkat terakhir pasti akan mengalami kejatuhan, sebab tidak sesuai dengan nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.

Islam mengendalikan hawa nafsu terhadap harta benda itu dengan mengadakan batasaan. Iaitu dibolehkan mengejar harta benda, tetapi melalui jalan-jalan yang sah dan halal. Kemudian apabila sudah sampai satu batas jumlah yang tertentu. maka hendaklah dikeluarkan zakatnya, infak, sedekah dan lain-lain.
Harta Yang Berkat
Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh baginda. Kemudian baginda bersabda,:"Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah."

Beneficial things in daily life..

Ants Problem:
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.



To get pure and clean ice:
Boil water first before freezing.





To make the mirror shine:
Clean with spirit



To remove chewing gum from clothes:
Keep the cloth in the freezer for an hour.



To whiten white clothes
Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes 10.


To give a shine to hair:
Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.





To get maximum juice out of lemons:
Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.





To avoid smell of cabbage while cooking:
Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking.





To rid the smell of fish from your hands:
Wash your hands with a little apple vinegar.





To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.





To boil potatoes quickly:
Skin one potato from one side only before boiling.





To boil eggs quickly:
Add salt to the water and boil.




To remove ink from clothes:
Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.



To skin sweet potatoes quickly:
Soak in cold water immediately after boiling.






To get rid of mice or rats:
Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.


Ahad, 13 Julai 2008

Khasiat Kulit manggis

KHASIAT KULIT MANGGIS >
> Kulit manggis jemur untuk keringkan dan jadikan serbuk. Masuk dalam capsule.
> Ambil setiap hari. Dekat US harga sebotol jus kulit manggis adalah RM900.00+
> Benda ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja????
> > > KHASIAT KULIT MANGGIS - JANGAN ABAIKAN
> 1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
> 2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
> 3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
> 4. Anti-ulcer (stomach, mouth and bowel ulcers)
> 5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
> 6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
> 7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
> 8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown
> to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
> 9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
> 10. Anti-aging(Anti penuaan)
> 11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)
> 12. Anti-viral (membunuh kuman)
> 13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
> 14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggela kkan kulat)
> 15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)
> 16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, L DL /membuang kolesterol)
> 17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)
> 18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
> 19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
> 20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan
> gula dalam darah)
> 21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
> 22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
> 23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
> 24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
> 25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
> 26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
> 27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
> 28. Anti-Parkinson
> 29. Anti-diarrheal
> 30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
> 31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
> 32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
> 33. Anti-cataract (prevents cataracts)
> 34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

> > GOUT
> > Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan.
> Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya
> > 1. Ambil buah manggis
> 2. Kupas > 3. Isi dia enak di makan
> 4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
> 5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
> 6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
> > Pernah terbaca satu artikel di Majalah Kesihatan. Ekstrak kulit manggis di jual usd240 di USA . Atau RM900.00

Khamis, 10 Julai 2008

BULAN REJAB

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Selasa, 24 Jun 2008

Malaikatmu


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...Dia bertanya kepada Tuhan :

"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?

"Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .

"Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akanberbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu

dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihat Mu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepada mu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Akuakan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat didengar, dan sang bayi bertanya perlahan :

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post