Isnin, 2 November 2009

Zuhud


Terpandang satu majalah lama yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Majalah THE EDGE satu Temubual yang dibuat oleh Farish A Noor ini dibuat dalam bahasa Melayu Kelantan dan Kedah dan dibawah setiap perenggan soal-jawab itu ada terjemahan dalam bahasa Inggeris. Kalau selama ini anda ada salah faham atau skeptikal mengenai Tuan Guru Nik Aziz

Antara yang menarik dan sesuai untuk dikongsi dalam blog ini …

Soal: Jadi adakah kesederhanaan Ustaz ni mengikut prinsip bahawa ‘aku ni kaya pasai aku miskin; aku miskin maknanya aku ni bebas; bebas dari kehendak?

Jawab: Miskin tu yang kita kato zuhud. Zuhud ni maknanya kito ada harto, ada harto banyak, tapi kito tak tamok. Kito tak dipengaruhi oleh harto. Kalau kito tak dok harto, nak beli apo? Yang cam nu bodoh!

Kito nak keno cari harto sebanyak boleh, tapi jangan sampai harto mengusai kito. Misalnya, kito masuk dalam perahu dalam laut – tak po. Tapi bilo kito dalam perahu tu, jangan biarkan air laut masuk dalam perahu. Kalau masuk air laut dalam perahu, maknanya habih la kito.

Jadi harto tu macam air laut loh – biar ado harto, nak jadi jutawan, tak po. Tapi jangan biarkan harto tu masuk dalam ruh kalbu kito.


Bagaimana mahu Jadi kaya



Sebenarnya ada banyak cara nak jadi orang kaya. Selama ni yang kita tahu melalui bisnes sahaja Disini saya dedahkan rahsia. Saya akan membantu anda untuk memilih jalan yang sesuai untuk anda.

1. Kahwin Raja / Sultan bakal Raja / Sultan

Tapi pilihan ini lebih cerah bagi orang perempuan. Orang lelaki yang biasa-biasa setakat naik motor cabuk jangan mimpi lah nak tackle puteri raja.

Tapi perempuan yang berminat pun kena banyak kali cermin diri.

2. Kahwin orang Kaya

Pun pilihan ini lebih cerah peluang bagi perempuan. Lelaki yang kaya lebih ramai. Yang tua, dah ada anak 3,4 takpe. Lagi tua lagi banyak santan. Lagi bagus orang kata.

Tengok Siti. Tengok Ekin.

Tapi tak ramai lelaki sanggup kahwin dengan perempuan yang jaaaauuuuuh lebih tua dari dia.

3. Harta Warisan

Kalau ayah atau ibu anda termasuk dalam list orang kaya Malaysia, anda memang sangat bertuah lah.

Tunggu jelah masanya. Dapatlah tu.

4. Jadi penjenayah

Pergi bank, rompak. Samun rumah orang.

Tapi kalau kena tembak polis di jalan raya, harapnya sempatlah mengucap.

Tapi kalau mati dalam tahanan polis, itu takpe. Ramai yang sanggup nak bela. Disanjung bagai hero lagi.

5. Join skim cepat kaya

Walaupun bukan semua orang akan kaya bila join SCK. Tapi 10% daripada mereka akan jadi kaya raya.

Yang asyik terkena tu bila anda lambat, lembab, baghal, bodoh, bahlol. Tapi kalau anda cepat, kenal penganjurnya, pergh.

Tapi kalau mahu cari rezeki dengan jalan yang batil, teruskanlah. Besarkan anak-anak dan sara keluarga dengan rezeki sebegitu. Barakat salamat.

6. Jadi ADUN atau ahli Parlimen

Jangan jadi calon ADUN atau ahli Parlimen Be End. Kalau takde duit, jangan harap lah boleh jadi calon senang-senang. Boleh muflis tu kalau tak cukup duit nak mintak cawangan, bahagian senyap.

Kalau anda nasib baik, masa penamaan calon, ada orang tarik anda ketepi sekejap dan bagi cek kosong.

Kalau tidak, berdoalah negeri anda tu menang tipis. Besarlah chanceanda nak jadi orang kaya baru tidak lama selepas tu.

Ops, sebelum tu jangan lupa ambil dulu sedekah seks atau terima rasuah untuk luluskan projek.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Urus Niaga


Perhatikan urusniaga berikut..

1. "kereta ini dijual secara tunai, maka harga on the road berjumlah RM 50,000".
Ini adalah jual beli secara tunai. Kalau penjual beritahu harga kos + untung, ia dinamakan bai’ murabahah. Kalau penjual tak beritahu, ia adalah bai’ musawamah.

2. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami membenarkan pembayaran ansuran dibuat selama 5 tahun, dan harga kesemuanya on the road akan menjadi RM 60,000.”

Ini adalah jual beli secara tertangguh. Dikenali sebagai bai’ bithaman ajil atau bai’ muajjal. Malah, jual beli murabahah dan musawamah juga boleh dibuat secara tertangguh. Jual beli tertangguh adalah salah satu kaedah muamalat yang halal.


3. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami boleh memberikan pinjaman 100% dengan kadar faedah 4% untuk tempoh 5 tahun.”

Ini adalah riba al-qard. Riba disebabkan hutang.


4. “Dan sekiranya tuan tidak dapat melangsaikan hutang kereta ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan, kami boleh memanjangkan tempoh hutang tuan dengan tambahahan.

Ini adalah riba jahiliyyah. Riba disebabkan penghutang tidak dapat membayar hutang mengikut masa yang ditetapkan, lalu pemiutang tambah jumlah bayar balik.


Perbankan Islam banyak menggunakan cara 2.

Perbankan konvensional menggunakan cara 3 dan 4 , atau gabungan kedua-duanya sekali dalam kebanyakan majoriti urusniaga mereka.


Kad kredit adalah salah satu contoh aplikasi riba jahiliyyah. Kalau anda gagal bayar balik selepas tamat tempoh grace period, anda akan dikenakan riba.


Tetapi ada juga kad kredit yang patuh Shariah. Berikut adalah senarai bank dan kontrak shariah yang digunakan dalam kad kredit yang dikeluarkan oleh Perbankan Islam.


1. Bank Islam, berasaskan kontrak Tawarruq.
2.
AmIslamic Bank, berasaskan kontrak Bai Inah.
3
. Bank Rakyat, berasaskan kontrak Tawarruq.
4.
BSN, berasaskan kontrak Bai Inah.
5.
Maybank Islamic, kontrak Bai Inah.
6.
CIMB Islamic, kontrak Ujrah.
7.
HSBC Amanah, kontrak Ujrah.


Setakat artikel ini ditulis, ini sahaja kad kredit yang dikeluarkan oleh institusi perbankan Islam yang saya tahu.


Walaupun kad kredit sebegini disahkan sebagai patuh Shariah, tetapi disiplin dalam menggunakan kad ini adalah masih sama seperti anda menggunakan kad kredit konvensional.


Berhutang itu pada asalnya harus. Apa yang perlu diperhalusi adalah, sama ada proses keberhutangan kita itu berlandaskan riba atau tidak. Sekiranya proses keberhutangan itu mengikut panduan Islam, maka ia dibenarkan. Harus diingat, hutang yang halal juga wajib dibayar.


Khamis, 29 Oktober 2009

Middle-Class, Belanjawan 2010 dan 1Malaysia


Subsidi petrol sentiasa diberi perhatian dalam setiap kali belanjawan dibentangkan. Dan kadang kala ini memberi impak kepada seorang PM yang dipilih. Tidak dinafikan ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.

Pendapat saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.
Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.

Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.
Walaupun minyak terpaksa dijual RM 100 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari.

Lihat Bagaimana kualiti jalan, bas awam, teksi, ERL, Star, Putra dan KTM komuter di Malaysia? Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ? Bagaimana tol boleh dihapuskan ?

Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.

Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.

Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.

Contoh dalam Belanjawan 2010 :
Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?

Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.

Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.

Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.

Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.

Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.

Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?

Selasa, 27 Oktober 2009

Jambatan runtuh di Kuala Dipang


26 Okt.2009.( malam )

Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Tapah, Ipoh; Perak .

Demikian dilaporkan oleh beberapa media hari ini, mereka adalah peserta kursus / perkhemahan kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran.ketika entri ini ditulis berbagai pihak sedang berusaha mencari dan menolong para pelajar yang terlibat.

Marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga para pelajar yang menjadi mangsa runtuhan tersebut. Juga kepada para guru yang sekian lama mendidik mereka dan berdoa untuk kejayaan mereka.

Diharap dan didoakan semoga mereka semua selamat.
.....

Terkini.
19 pelajar yang terlibat dilaporkan selamat.

Nikah di Thailand

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post