Jumaat, 30 Oktober 2009

Urus Niaga


Perhatikan urusniaga berikut..

1. "kereta ini dijual secara tunai, maka harga on the road berjumlah RM 50,000".
Ini adalah jual beli secara tunai. Kalau penjual beritahu harga kos + untung, ia dinamakan bai’ murabahah. Kalau penjual tak beritahu, ia adalah bai’ musawamah.

2. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami membenarkan pembayaran ansuran dibuat selama 5 tahun, dan harga kesemuanya on the road akan menjadi RM 60,000.”

Ini adalah jual beli secara tertangguh. Dikenali sebagai bai’ bithaman ajil atau bai’ muajjal. Malah, jual beli murabahah dan musawamah juga boleh dibuat secara tertangguh. Jual beli tertangguh adalah salah satu kaedah muamalat yang halal.


3. “Kalau tuan tidak cukup duit, pihak kami boleh memberikan pinjaman 100% dengan kadar faedah 4% untuk tempoh 5 tahun.”

Ini adalah riba al-qard. Riba disebabkan hutang.


4. “Dan sekiranya tuan tidak dapat melangsaikan hutang kereta ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan, kami boleh memanjangkan tempoh hutang tuan dengan tambahahan.

Ini adalah riba jahiliyyah. Riba disebabkan penghutang tidak dapat membayar hutang mengikut masa yang ditetapkan, lalu pemiutang tambah jumlah bayar balik.


Perbankan Islam banyak menggunakan cara 2.

Perbankan konvensional menggunakan cara 3 dan 4 , atau gabungan kedua-duanya sekali dalam kebanyakan majoriti urusniaga mereka.


Kad kredit adalah salah satu contoh aplikasi riba jahiliyyah. Kalau anda gagal bayar balik selepas tamat tempoh grace period, anda akan dikenakan riba.


Tetapi ada juga kad kredit yang patuh Shariah. Berikut adalah senarai bank dan kontrak shariah yang digunakan dalam kad kredit yang dikeluarkan oleh Perbankan Islam.


1. Bank Islam, berasaskan kontrak Tawarruq.
2.
AmIslamic Bank, berasaskan kontrak Bai Inah.
3
. Bank Rakyat, berasaskan kontrak Tawarruq.
4.
BSN, berasaskan kontrak Bai Inah.
5.
Maybank Islamic, kontrak Bai Inah.
6.
CIMB Islamic, kontrak Ujrah.
7.
HSBC Amanah, kontrak Ujrah.


Setakat artikel ini ditulis, ini sahaja kad kredit yang dikeluarkan oleh institusi perbankan Islam yang saya tahu.


Walaupun kad kredit sebegini disahkan sebagai patuh Shariah, tetapi disiplin dalam menggunakan kad ini adalah masih sama seperti anda menggunakan kad kredit konvensional.


Berhutang itu pada asalnya harus. Apa yang perlu diperhalusi adalah, sama ada proses keberhutangan kita itu berlandaskan riba atau tidak. Sekiranya proses keberhutangan itu mengikut panduan Islam, maka ia dibenarkan. Harus diingat, hutang yang halal juga wajib dibayar.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belilah secara tunai....mula2 simpan duit bwh bantal....hehehe

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post