Isnin, 26 Oktober 2009

Kamera Minda Anak-anak


Jika anak-anak hidup dalam kritikan
mereka akan belajar mengutuk

jika anak-anak hidup dalam permusuhan
mereka akan belajar bergaduh

jika anak-anak hidup dalam keaiban
mereka akan sentiasa berasa bersalah

jika anak-anak hidup dalam toleransi
mereka akan belajar menjadi penyabar

jika anak-anak hidup dengan penghargaan
mereka akan belajar menjadi budiman

jika anak-anak hidup dengan saksama
mereka akan belajar menjadi adil

jika anak-anak hidup dengan persahabatan
mereka akan belajar berkasih sayang

jika anak-anak hidup dengan kemesraan
dan pendampingan
mereka belajar untuk menjadikan dunia tempat
paling harmoni,indah dan membahagiakan..

nukilan dari seorang sahabat

Tiada ulasan:

Feature Post

Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Natanz Musnah: Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran Pada tengah malam tadi, Israel telah melanc...

Popular Post